Monday, May 20, 2013

Hong Kong 2013 - Part 6 : Night View from The Peak & Open Roof Bus ride!

Assalamualaikum!!!

Nothing much to share. Bersambung dari edisi lepak kat Starbucks. Bila rasa langit dah nak gelap tu, kitaorang mula naik ke Sky Terrance untuk tengok view dari atas. Dari atas ni boleh tengok Kowloon dari Hong Kong Island. Kat atas ni pun ade gak macam 1 sudut macam LOVE CORNER macam kat Namsan Tower, Seoul. Nasib baik takde padlocks je. Sume benda nak love love love nih! Rimas! Hahahah

Layan gambar jela ek....








Kami tak spent lama kat atas tu, angin terlalu kuat dan sejuk. Orang pun giler babs ramai. Nak posing pun payah haiii~ Dah turun tu, kenela beratur lak untuk naik tram turun. Okla takdela lama sangat. Kat atas The Peak ni ada wifi free. Gunakan sepenuh kemudahan untuk hilangkan kebosanan time beratur tu ye. Hehehe. 

Dah sampai bawah tu, rasa macam jauh la pulak nak menapak pegi ke stesen MRT terdekat yakni Admiralty Station. Kebetulan memang ada 1 bas (No. 15C) yang jenis open-roof yang akan bawak kita terus ke Central Pier. Tambang untuk seorang adalah HKD4.20/pax. Honestly, ni first time aku naik bas jenis open-air macam ni. Excited tu ada gaklah! Hahaha. Sambil layan lampu-lampu dari bangunan tinggi-tinggi. 





Bas yang aku maksudkan. Ni hentian terakhir di Central Pier



From there, kitaorang naik balik Star Ferry menuju ke Tsim Tsa Tsui. Since malam masih muda, around pukul 8 malam macam tu, Kitaorang plan nak pegi ke Ladies Market untuk carik souvenirs skit nak bawak Malaysia. Katanya! Hahaha. 

Since masing-masing takmau menapak ke MRT Station yang terdekat, kitaorang naik bas terus dari Star Ferry Pier tu. Nombor bas yang available untuk terus ke Ladies Market ialah no. 1, 2, 4 & 6. Macam mana aku tau? Tanya pakcik bas ler yang duk tercongok kat tepi hentian bas tu. Hehehe. Tambang adalah HKD4.70

Actually, kitaorang dah terlepas stop untuk ke hentian yang sepatutnya. Terpaksa naik bas patah balik. Kali ni, bagitau terus kat driver suruh stop kat hentian yang paling dekat untuk ke Ladies Market. Hentian yang patut turun ialah Hentian Soy Street. Ada panel kat driver bas bagitau hentian mana dan di seterusnya. Kene alert jela. 









Takde shopping banyak mana pun.  Aku grabbed t-shirts Hong Kong 2 helai. 1 helai boleh dapat dalam HKD20/helai. Macam-macam design ada... boleh pilih yang mana nak. Ada gak beli fridge magnets dalam HKD10/biji. Susah betol nak harga bargain kat sini. Rata-rata takmo kasik. Actually dah murah dah tu. Standard harga kat Hong Kong. Aku pegi dulu pun harga sama gak. 

Dah dapat hasil rampasan yang tak seberapa, jom balik ke hostel! Naik bas jela dari jalan besar tadi no.203 ke TST. Tambang HKD4.90/pax. Kalo naik MRT pun harga tetap sama. Kene tau bas nombor berape je nak naik untuk menuju ke destinasi pilihan hati. Signboard bas ada, jangan risau. Ada macam-macam nombor boleh pilih. 

Makan malam aku dah lupa. Rasanya makan megi je malam tu. 

Berakhirlah aktiviti untuk hari ke-2. 

Esok nak pegi mana lak? 

Hurm..... 

Till then... wasalam! 

8 comments:

  1. "Say I Live You at The Peak"?...arghh...perlu repeat lah kalau mcm ni..ahahaha

    Jangan rimas2..kalau ada love baru hidup ceria dan bahagia kan...eh ye ke..eheheehe

    ReplyDelete
  2. Gitewww. love love bagai. hahahaha. jangan sampai org tersayang tu jeles ye. kekeke.

    ReplyDelete
  3. heheh...
    eh...kalau akak ke sini
    sah
    akan cepat letih...
    (eh..ade org ajak kerr???)

    hahaha...
    love hate relationship huh??

    ReplyDelete
  4. besar ke kawasan dekat atas tu henry, tengok ramai orang jer...macam mana nak jerit i luv u, malulah, hehe...

    pasal bas ni kena study balik kalau nak pergi, kalau pergi ramai-ramai banyak mata boleh tengok, kalau sesorang takut terlepas jela...

    ReplyDelete
  5. Huhuhuu.. say i love you.. kalau nak kata i hate you kat atas tu boleh tak? hahahhaa...

    nampak gaya penggunaan bas macam sama dekat london.. just kene tahu no ape dan nak ke mana.. good job..

    ReplyDelete
  6. perangai peniaga ladies market mmg camtu kan...susah nak bargain...mcmnpn harga tshirt kat sini dah murah compare to stanley market...

    ReplyDelete
  7. sgt syok kalu nek kt atas Sky Terrance tuihh....tp sgt sgt sgt la sejukkkkk...dengan angin malam punya kuat..menggigil beb..tp sgt la best..moment yg best bile dpt nek sampai atas skali walaupun rase sgt2 gayat...hehe

    ReplyDelete
  8. same blog for traveler around the world especially in Indonesia

    Travel guide to Indonesia


    ReplyDelete