Wednesday, May 15, 2013

Hong Kong 2012 - Part 4 : Masjid Ammar, Wan Chai & Dimsum Halal

Assalamualaikum!!!

MasyaALLAH.... dalam dua tiga hari ni, cuaca kat Kuala Lumpur ni sangat panas! Even time tido waktu malam pun boleh berpeluh. Aritu hujan setiap petang, sekarang panas terik. Kalo nak buat fotografi ni memang cantek je sebab langit biru memanjang plus awan kepul-kepul. Tapi hazabnya nak duk tengah panas, memang membuatkan kbai jela. 

Papepun, meh aku sambung siri jelajah di Hong Kong. Masih lagi di hari ke-2. Langsung dari Central Pier, kitaorang gunakan jejantas besar yang berwarna biru untuk ke jalan besar. Hurm, aku pun dah lupa patut panggil apa. Tapi aku panggil jejantas jela. Jejantas ni menuju ke City Hall, MTR Hong Kong Station, Central dan jugak Connaught Road. Ramai orang guna jejantas ni. Kiranya teduh skit time berjalan compared jalan kat bawah tu. 

Destinasi kami seterusnya ialah nak pegi ke Masjid Ammar. Salah sebuah masjid di Hong Kong ni. Since hari pun dah almost tengah hari, amat sesuailah kalo terus pegi masjid ni. Sebabnya kat masjid ni ada kantin makanan halal kalo nak singgah makan. Waktu operasinya hingga jam 3 petang sahaja. Lepas tu dah takde. 

Cara yang aku rasa sesuai nak pegi sana ialah dengan menggunakan tram. Tapi tempat nak naik tram pun kene pegi je jalan yang sepatutnya. Sebabnya tram ni berjalan atas landasan, so route dia takde belok kiri atau kanan. So, kami just jalan sampai hujung jejantas biru ni. Then, turun ke jalan sampai nampak sebatang jalan yang agak sibuk dengan laluan bas ataupun tram. 

Jejantas biru

Kalo nak naik Hop-On,  Hop-Off bus pun ada kat Central Pier ni. 

Kedai APPLE! Besar weyyyy!

Kat hujung tu la ada stesen tram. Aku dah lupa apa nama jalan tu. 

Time kami nak sampai tu, tiba-tiba hujan renyai-renyai. Nasib baik tak lebat. Sempat jalan sampai ke stesen tram. Stesen tram dia kecik je macam in between jalan raya. Hanya boleh berdiri. Takde kerusi untuk mereka yang memerlukan. Before naik tram tu, aku check dulu which tram yang patut aku naik since ada beberapa tram yang destinasinya adalah berbeza. Kene check dulu. Ada papan tanda kat tepi kiri dan kanan stesen tram tuh. In english pun ada. 

Untuk menuju ke Masjid Ammar ni, kene naik tram ni menuju ke Tonnochy Road (hentian no. 47E). Tambang tram untuk seorang adalah HKD2.30/pax. Tak kisahlah berapa jauh korang nak turun, tambang tetap sebanyak tuh. Murah kan? Tak mahal... salah satu pengangkutan yang mesti try kalo datang Hong Kong. Warisan yang masih dikekalkan walaupun dalam kepesatan pembangunan kotaraya. Kalo tak silap aku, Penang dulu pun ada tram kan? Aku penah nampak landasan dia dekat dengan kedai nasik kandar Line Clear. 



Tingkat atas dalam tram


Perjalanan dalam tram tu tak lama pun lebih kurang 10 minit. Actually kalo nak jalan kaki pun ok je. Tapi agak memenatkan jugaklah. Aku buat macam ni, naik tram dulu makan kenyang-kenyang dan nak balik nanti boleh jalan kaki. Lalu di celah-celah bangunan pencakar langit. Rekabentuk setiap bangunan pun menarik untuk kita tengok. Since, hari ni hari ahad, setiap celah lorong atau jalan memang penuh dengan manusia yang keluar jejalan. 



Dah sampai hentian no. 47E. Macam mana nak tau, kat setiap stesen tu akan ada papan atas kat atas, kene jeling-jeling tengok setiap kali tram berhenti. If not, terlepas ler. Mau kene menapak balik kan! Dah turun dari tram tu, kene lintas jalan. Disebabkan tram tu berhenti betol-betol tengah jalan in between ke depan dan ke belakang jalan raya, make sure korang lintas jalan menuju ke bahagian kanan korang. Meaning, pandang ke depan after turun tram tu, lintas jalan bahagian kanan korang. Haaa... faham ke ni???  aku pun dah pening! Hahaha...  Kalo nak senang, di after lintas jalan tu akan nampak macam pagar basketball court. 

After dah lintas jalan tu, kene jalan di celah basketball court tu. Akan ada anak tangga menuju ke atas. Naik anak tangga tu sampai jumpa kedai 7-Eleven kat depan tu. Lintas jalan kecik tu menuju ke hadapan. Jalan terus dan sampai hujung belok kiri. Masjid Ammar, betol-betol belah kiri tu. This time, aku dah tak sesat! Senang je perjalanan kami nih.  Alhamdulillah....


Pagar belah kanan ni ialah basketball court!

Lintas jalan dan jalan hingga hujung 7-eleven ni. 


Time kami sampai ni, lebih kurang jam 1 petang. Zuhur masuk lebih kurang jam 12.15 tengah hari. Kawasan sekitar boleh nampak muslim agak ramai keluar masuk dari kawasan masjid nih. Tapi memang ramai warga Indonesia datang keluar masuk yang aku nampak. Tanpa buang masa, terus naik ke tingkat 5. Kat situlah terletaknya kantin makanan halal tu. Hehehe. Since memang waktu lunch hour, keadaan memang penuh dengan orang sedang menikmati makanan masing-masing. Nasib baik ada meja untuk 4 orang. Terus chopp! Ada jugak kaum lain datang makan. 



Amek menu terus belek-belek nak makan apa. Bila datang negara yang serba mahal ni, makan adalah dalam keadaan sharing basis. Berjimat cermat katanya! Hanya order 1 pinggang seafood fried rice je, yang lain-lain amek dimsum! Even air pun takde order okay! Nasib baik masing-masing memang bawak bekalan air sendiri. 




Korang nampak kan harga-harga untuk setiap makanan. Kene pandai bajet kalo nak makan yang mana.  Ada yang mahal, ada yang murah. Kalo makan macam lauk-pauk agak mahal. Maybe for a big family memang sesuailah. Tapi yang penting kita pegi amek dimsum dulu kat kaunter. Just tunjuk nak makan yang mana, nanti pekerja dia amekkan. Panas-panas wooo!!! 

Silalah jamu selera kawan-kawan~ 




Steamed shrimp dumplings

Steamed Siu Mai with Chicken

Deep fried dumplings with chicken

Steamed eggplant with shrimp paste


Chicken and black mushrooms buns!

Steamed soybean sheets with chicken and vegetables

Seafoods fried rice

Makan begitu berselera la wehhh... terasa lama sungguh tak makan proper foods. Hahah kiranya melantak dengan begitu rakus! Tak pandang kiri kanan dah! Yang penting sempat snap-snap gambar dulu.  Adakah aku mengalami penyakit mental??? Oh nooo!!!! 

Bila makanan tinggal skit tu, aku buat kira-kira brape total yang kene bayar nanti. Yela, main amek je. Kang kene bayar mahal, mau tak pengsan sorang-sorang. Kira... punya kira... aku tengok macam takdelah mahal sangat. Tak sampai HKD100 lagi pun makan untuk semua ni. So, aku suggest, apa kata kita amek 3 bakul lagi dimsum. Why not splurge skit untuk makan kali ni. Yang lain kata okayyy! Kembang kempis hidung aku! Hahaha... 

Jom makan lagi!

Red bean paste buns!

Steamed Siu Mai with beef

Deep fried dumplings with shrimp and chinese chives

Total harga yang kami bayar untuk semua makanan diatas adalah HKD132. Kiranya lebih kurang HKD33/pax. Okla kan.. makan pun sangat puas hati. Semuanya licin. Average harga untuk 1 bakul dimsum tu adalah HKD9 hingga HKD13/bakul. 

Lepas dah kenyang makan tu, beransur ke dewan solat untuk solat. Ruangan solat lelaki dan perempuan berlainan aras. Tempat nak amek wuduk pun lain-lain. Kene turun ke level bawah. Kalo ada botol minuman kosong, boleh re-fill air minuman berdekatan dengan tempat amek wuduk tu. Ada water dispenser.



Pasni sambung...

Till then... wasalam! 

20 comments:

  1. Aku rasa memang aku kena repeat la HK ni, sebabnya hari tu tak sempat nk merasa naik tram double decker tu, bukan tu je, star ferry tu pn tak naik gak..hahahaha..harus dah ni aku cek2 tiket murah hehehe

    ReplyDelete
  2. haih *menjeling2 tiket HK yg burn*

    mmg kena pi ni!

    ReplyDelete
  3. korang....
    jom nak?
    err...
    (sapa nak belikan tiket kapalterobang akak nih???hahahah...beli tiket-fail..nak bejalan-lajuuu yo..)

    heheh...

    ReplyDelete
  4. Hamboih Akak tu... siap jom korang bagai.... motif sangat.

    Wow banyak nya makanan Halal di HK. kekeke. (sambil telan nasik briani gam mamak mari).

    ReplyDelete
  5. yup2 dimsum dekat masjid ni sedap,last time kiteorang pegi,stay dekat causeway bay hotel kat belakang masjid ni, memang banyak makanan halal, kat depan hotel ( belakang masjid ) ada satu kedai jual makanan arab , nama kedai " Istanbul", pastu sebaris dengan 7 eleven tu, kat hujung ada jual pizza halal :)

    ReplyDelete
  6. aku hari tu sesat wei nk pgi sini. turun naik tram/ bukit dgn bag luggage. gile horror.

    tapi bile dah sampai rasa nk menjerit kegembiraan wei. dapat pulak makan dimsum sedap. wahhhh. Alhamdulillah, dapat aku solat kat sini juga. :)

    ReplyDelete
  7. @Chawanna,
    giteww nak repeat bagai. sila sila sila~ ;) mohon tiket murah!



    @Biqque,
    haihhh... kene tggu promo gak nih! *taknak kalah*



    @Kak Anash,
    hahaha motif jom nak ke mana? akak nk sponsor tiket ke? kekeke.



    @Janggel,
    kannnn! sgtla amboihhhhhhhhnya! untungla makan makanan mamak~



    @Aimi Laili,
    i see... thanks for the tips! ;)

    ReplyDelete
  8. cpt2 smbg entri u.. i nk g ahad neh.. sng nk refer anythng.. hehehe

    ReplyDelete
  9. cpt2 smbg entri u.. i nk g ahad neh.. sng nk refer anythng.. hehehe

    ReplyDelete
  10. mencikk..hari tu pergi tak sempat nak gi makan dimsum kat sini

    apa kata kak Anah dan janggel..jom kita kita ke HK...tetiba nak masuk daun keladi....ehahahah

    ReplyDelete
  11. Ha.. hari tu nekcik sesat you!!..sampai kat causeway tu..nak pergi masjid ammar..2,3 taxi tak tahu...nak naik bas pun kami tak tahu..oh akan nekcik terjah jua lagi untuk ke sini..insyaallah..semuga tak sosek kali kedua nanti!! tq for your good info Henry Fox!!!

    ReplyDelete
  12. bagusnya kasi penerangan nk ke masjid ni.ok akan masuk dalam list :)

    ReplyDelete
  13. cantiknya gambar2 yg ditangkap..suka tgk tau...
    seronok tgk org gi travel

    ReplyDelete
  14. @Erika Anuey,
    yeayyyy! kudos to u~



    @Rose Zan Rahim,
    aisehh... takleh ler nak type cepat2 sbb malas. hahaha.



    @Jari Manis,
    hahaha bertabahlah... next time boleh pegi lagi nnt. haaa ape lagi janggel and kak anash, ikutlah JM!



    @Nekcik,
    hahaha dulu time 1st time sy pegi pn sesat gak! jauh giler pusing! akhirnya smpai jugakkkK!



    @Emy tak kecik,
    terima kasihh! sharing is caring. jgn lupa terjah!



    @Kutopsecret,
    jgn lupa berangan! insyaALLAH tercapai!

    ReplyDelete
  15. adoiyaaii sedapnya ghope dimsum dia... panas2 lagi tu..!
    NI yang rasa nak makan je balik ni kat Sogo ahhaha

    ReplyDelete
  16. Adoi ! Terliur akak dibuatnya bila tengok dumpling, dimsum, pau tu semua. Geram! Gambar pulak cantik HF ambil. Pakai lens apa ek?

    ReplyDelete
  17. @AnakOmak,
    hahahah sedappppp jugak rasanya! kat sogo ade ke. kekeke.



    @Naramas Aman,
    saya guna nikkor lens 18-105mm je akak. ;)

    ReplyDelete
  18. Operation hours untuk kedai dimsum ni macammana eh? Ada baca 10am-12pm & 6pm-9pm. Tapi, dalam ni 1tghari.. Please advice. Thanks

    ReplyDelete
  19. Terimakasih atas penerangan saudara

    ReplyDelete