Thursday, September 12, 2013

Makanan ketika di Jeju Island & Seoul, Korea Selatan

Assalamualaikum!!!

Okeh... bersambung lagi kisah Jeju Island ni. Kalo nak bercerita tempat-tempat menarik yang sempat aku singgah rasanya semuanya aku dah ceritakan dalam entries yang lepas-lepas. Kalo ada masa yang lagi panjang, maka panjang lagi langkah boleh jejak. Kalo grab Jeju Island Maps tu macam-macam kita boleh tengok attractions yang boleh dilawati. Okeh enough with that.

Bila kita travel/makan angin ke negara asing yang majoritinya bukan "moslems Malaysia", makanan halal menjadi sesuatu yang amat penting bagi diri setiap ummah moslems. Yela, makanan yang ditelan tu bakal menjadi darah daging sebati dengan tubuh badan kita. Kalo makan benda haram, maka gelaplah hati kita nanti. Tetapi, Islam tu mudah. Kalo kita betol-betol faham apa yang dikehendaki dalam Islam tu, insyaALLAH semuanya takde masalah. 

Honestly, aku pun takdela baik mana pun yakni ilmu agama pun takdela tebal dalam jiwa ni. Manusia skang kebanyakkan lalai dalam kehidupan seharian termasuklah aku sendiri. Jadiknya, pape yang aku ceritakan dalam entries yang lain ambilkan yang baik, kalo yang jahat tu jangan diikutkan. 


Sebagaimana yang kita tau, Korea ni agak payah nak carik makanan halal. Kalo di Seoul, ada beberapa kedai makan halal yang boleh diterjah tu pun selalunya kebab, kalo nak makan proper kene pegi ke Itaewon yakni agak jauh sebenarnya. Kalo kat Jeju Island lagi laa... takde satu pun kedai halal whatsoever not even kebab! 

Solutionnya, kitaorang ada bawak makanan sendiri dari Malaysia untuk back-up. For this time around, aku bernasib baik sebab travelmates aku sudi masak ikan bilis goreng pedas dan jugak masak rendang daging untuk dibawak ke sana. Kira sempatlah dalam 4-5 kali makan kat sana. Tu pun dah sangat-sangat bersyukur. Nasi pulak kiraorang beli je instant rice kat convenient store 24hours tu. Sebekas dalam KRW1,200. Harga bergantung kepada saiz pulak.  Senang beli instant rice tu, terus campak dalam microwave selama 2 minit. Walla sedap makan panas-panas. Nasik dia macam pulut skit sebab dia sticky rice. So, tak payah la gigih bawak beras dari Malaysia semata-mata nak tanak nasik kat Korea. 

dalam bekas berbalut dengan pita pelekat yang banyak giler tu ada ikan bilis goreng yang amat sedappp!

travelmate aku suka makan nasik dengan seaweed ni beli kat convenient stores gak. sedap skit kasik rasa masin-masin

free drinks given by Yeha GH during happy hour

rendang daging yang menyelerakan jugakkk!

ikan bilis goreng yang kruk kruk bila makan. hiks

-smile-

Makanan kat atas ni semua abes licin ketika berada kat Jeju Island. Alhamdulillah tak membazir. 

So, time kat Seoul pulak kene la carik alternatif lain untuk isi perut ni sambil berikan tenaga. Aku tak berani nak kata lebih-lebih sebab lain orang lain pandangan dia. Sebagai contohnya, aku ni takdelah jenis main bedal je makan bila berada kat overseas. Kene la tau apa yang kita makan and what not. Bukan jenis yang main sumbat je dalam perut as long as bukan daging babi. Tidakkk ye... itu bukan caranya. 

Tetapi ada jugak manusia ummah moslems sejati ni, kalo pegi overseas ni mesti kalo nampak orang pegi try makan itu, makan ini duk tanya "halal ke?" pastu jenis perangai yang expect ada logo halal JAKIM tertepek kat pintu masuk kat kedai makan korea. Ko mampu camtu? Hayoh... sila terbuka skit minda dan akal tukan. Kalo pada mulanya hati kita dah yakin halal untuk di makan, tapi dek kerana percakapan orang lain kata "halal ke?" terus terdetik was-was, maka hukumnya dah jatuh haram untuk makan. Ngerti? 

Time kat Seoul, aku bernasib baik sebab travelmates aku ni dah selalu sangat pegi Seoul plus boleh la cakap skit-skit dalam bahasa korea yang membolehkan untuk berkomunikasi dengan orang korea ni terutamanya kalo nak bertanya makanan ni ada bercampur dengan any kind of meats ke seperti ayam/daging/babi dan lain-lain. Dia bagitaula hanya boleh makan seafoods sahaja. Makanan yang ada daging/ayam tu semua takleh langsung. So, jadiknya ahjummah/ahjussi tu dah ngerti yang kami ni takleh makan. 

Jadiknya, bila kat Seoul ni aku dah memang aim nak try beberapa jenis makanan korea yela. kalo datang jauh-jauh tak sah kalo tak try makanan asli orang korea ni. Terutamanya macam alaaa aku dah lupa apa nama dia. Nanti kalo sape-sape tau tolong kasik aku sedikit pencerahan ye. 

Travemate aku ni tau satu tempat baru, kene naik subway turun kat stesen Sindang. Tempat ni dikenali sebagai Sindang Town. Kirany kat sini femes abeslah kalo nak makan. Jadiknya... untuk dinner kitaorang menuju ke sana. Ada banyak kedai yang duk menjual makanan yang sama. So, selepas ditilik-tilik kedai mana yang menyakinkan untuk masuk, terus kitaorang masuk. Tapi sebelum tu travelmate aku ni tanya dulu, kedai ni ada jual any daging/ayam/babi ke tak. Alhamdulillah... ahjummah tu dengan yakinnya kata kedai dia takde jual segala-mala benda tu. Hanya seafoods. Jom la carik tempat duduk okayyy! Untuk set untuk 4 orang makan ko. Lantaklah puas-puas! 

Pembetulan takut disalah ertikan: Travelmate aku dah ceritakan dengan jelas kat aku tadi, takut menimbulkan kontroversi. Actually, kat area Sindang Town ni boleh dikatakan semua kedai ada jual daging babi tu sendiri. Tapi makanan yang kitaorang makan ikut gambar kat bawah ni adalah Sindang Dubboki je yang hanya ada telur, sayur, megi ramyeon dan benda2 yang takde kaitan dengan unsur segala jenis daging. Dan kami yakin untuk makan setelah Travelmate aku explained panjang lebar kat ahjummah tu sebelum makanan untuk kitaorang. ;)

Jom layan gambar!

pintu gerbang Sindang Town

deretan kedai-kedai makan

kedai ni lah yang kitaorang makan

radish. rasa macam jeruk betik. sedap!

harga dan menu untuk dipilih, tapi menu yang kitaorang pilih adalah sebelah kiri yakni set untuk 4 orang. TETAPI telah difilter oleh ahjummah supaya tidak mengandungi segala unsur jenis daging.

Sindang Dubboki sebelum dimasak. ada telur, rice cakes, instant noodles, sayur, kuih ubi tu dah kuah ala-ala tomyam pekat 

tengah dimasak... menggelegak depan kitaorang. tak sabar nak makan!

dah nak abes licin makan! kembong perut makan sebab portion agak banyak! patut order untuk 3 orang makan je

dah kenyang tu, order lak pat bin soo a.k.a ais kacang versi korea. sedapp!!! 

bahagian dalam kedai makan 

Selain tu, ada gak kitaorang makan tengah hari kat kedai kebab halal kat area Hongik. Ada kiosk kebab halal kat situ dari Istanbul. Aku pun dah lupa direction nak pegi sana, so jangan tanya. Jumpa pun sebab bernasib baik. 

kebab yang berharga KRW4,000 untuk 1

Okeh dah tu jela aku nak share pasal makanan yang makan time kat korea nih. 

Oleh itu, segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk tu datang dari kelemahan dan kekurangan diri aku sendiri. 

Correct me if I'm wrong. 

Till then..wasalam! 

30 comments:

  1. Thanks bro for the very useful info. Keep it coming.

    ReplyDelete
  2. best
    dapat travelmate pandai cakap korea?

    wow

    ReplyDelete
  3. dulu...masa pg hatyai...kwn aku sibuk nk cari buah yang halal dimakan...aku sampai sakit2 jiwa pikir buah apa yg halal dimakan tu...last2..dia kata...'buah ni br halal...org islam jual...'merujuk kepada penjual yg pkai tudung...

    susah ooo klu org berpikiran cm ni pg travel...

    ReplyDelete
  4. betul ke kedai yg ada signboard tu kedai seafood? tuan kedai tu mmg confirm ckp seafood ya?

    sbb sy tgk dkt signboard, ada tulis kaki ayam (닭 발)

    dan dlm gambar menu tu pun ada gambar makanan yg selalunya b'unsurkan cik bab (순대)- guna pig's intestines.

    kalau dia ojing-eo sundae (오징어 순대 squid sundae)takpa.

    maaf ya,cuma sy berkongsi sedikit apa yg sy tahu.

    ReplyDelete
  5. John, yg korang makan dalam kuali tu yg mane menunye? yg belah atas kiri yg ade rega 11k, 14k, etc etc tu ker?

    Aku nak pinjam gambo depan kedai ni wat reference nanti...

    ReplyDelete
  6. Henry --> pendapat awk tentang makanan bila kt oversea tu memang boleh diguna pakai. Perasaan was-was memang patut dibuang!! Kat korea ni boleh makan dari dalam periuk..kuali..lesung batu..hahaha!!

    ReplyDelete
  7. @CapAyamTraveller,
    terima kasih bro. ;) insyaALLAH.



    @Kak Anash,
    untungla kan~ kekeke. ;p



    @Lana_Liyana,
    sakit jiwa kalo jumpa org mcm tu kan? aku tinggalkan je biar kelaparan kat situ! hahaha giler kejam!



    @Dreamer,
    terima kasih. actually sy dah betolkan kenyataan saya kat atas tu. dah dpt explanation panjang lebar dr travelmate saya. harap ianya jelas. papepun, sy berterima kasih atas penjelasan tersebut. ;)



    @Azra,
    apa yang kitaorang makan ade dalam tu, tapi Travelmate aku dah bagitau ahjummah tuh suruh dia alter dia hidangan tu supaya takde unsur segala jenis daging. amek set utk 4 orang time tu. rasanya 19k tak silap.



    @Zila,
    yup.. perasaan was-was tu mmg kene buang jauh2. yang penting selidik dan yakin sebelum buat keputusan. insyaALLAH semuanya selamat. amin...

    ReplyDelete
  8. Kat tempat non muslim, makan buah-buahan. Selain itu,bawa biskut dan rice cooker kecil.

    Tq for your valuable info.

    ReplyDelete
  9. Tengah-tengah travel dapat mkn nasi+smbal bilis+rendang+kicap kira hebat dah tu hahahaa..

    Sindang Dubboki tu mmg ramai jer makan.. as long tak campur pape yg tak halal..

    ReplyDelete
  10. Henry fox--> setuju statement ko tuh..bile pegi negara org don't expect menu yg sama cam negara sendrik. Op koz la restorant kat korea akan tayang menu kebanggaan dorang cik bab kat buku menu sbb tarikan utama restaurant ni adalah local people dorang dan bukan org muslim.

    Bare in mind kalo gi masuk restaurant halal kat sana pun make sure korang bace dulu buku menu tu. Sape kate logo HALAL menjamin segalanye? especially to a country yg baru belajar tentang kewujudan islam ni <--merujuk pada negara korea la ye.... sbb aku ade tebace kedai kat itaewon yg ade logo HALAL tapi dlm menu ada SAMGYEOPSAL (삼겹살)<-- APAKAH?? ni dish yg 100% guna usus babi hokey...so macam mane lak tuh? ape pun research itu sgt penting jgn hanya berpandukan satu source or kata2 org sahaja.

    Tak yakin nak makan local food dorang sila toksah gatai2 nak pi rase pastu dok blame org lain..huuu..

    Oh lagi satu, recently ade tebace Paris Baguette kat sana dah dpt cert halal..sejauh mane benonye?? ada yg kata pegi tapi x jumpe pun logo halalnye. hanya ade few roti je yg ade halal so please ye jangan hanya berpandukan huruf HALAL semata dikedai but make some research on it ye..
    hahhahahaha panjang lak wei aku komen..puhuhu

    ReplyDelete
  11. tepuk dada, tanya selera..
    Islam tu kan mudah... wat ape nak rumitkan..
    nice one lah bro!

    ReplyDelete
  12. Ohmaiiii pat bin sooo.. huhuhuhu.. pae makan y manggo nyer kat jeju. mmg sodap... :)

    ReplyDelete
  13. banyak nyer entry ko aku tertinggal beb, nak kena menelaah balik satu-satu, ahaha...setuju tu dengan pendapat ko, kalau dah rasa was-was tu, baik cari altenatif lain. tapi, tengok korang heaven jer makan, dengan kicap bagai, ahaha...

    ReplyDelete
  14. Teringat kat daging masak dendeng.... entah bilelah kak anash nak masak.

    ReplyDelete
  15. Henry Fox,
    Bagus tu. Makanan halal penting. Walau susah macammanapun di tempat orang, kena makan yg halal juga.

    ReplyDelete
  16. semalam ada gak pinjam gambar penulis untuk tanya kengkawan korea, dan ye sama seperti penjelasan tuan punya blog..huhu, so pada sape-sape yang nak g Korea, tu buang perasaan was-was ye, tapi bak kata penulis dan comenters yang lain tu jangan main bedal je kalo ade certain kedai yang tanda halal tu sebab tak semestinya halal..kalo teringin sangat nak makan roti kat korea ni, pegi la area itaewon.. kat situ ada satu bakery korean muslim, nama dia salam bakery kalo tak salah :) dan satu lagi kalo nak selamat cari lah member korean sorang dua,or malaysian yang study kat sana n minta diaorg tolong tulis or text kat phone bgtau yg kita ni muslim n x makan those things tu, so senang g mana2 tunjuk je text tu kat ahjumah kedai tu..huhu.. mcm yg ex sy text dlu, jdi xde la risau nk try makanan korea :D

    ReplyDelete
  17. Makanan..belum berpeluang mkn makanan HALAL di Korea ni..kalau teringin sgt ke Seoul Garden je...

    ReplyDelete
  18. @Khairudin Lim,
    yup.. tu yang sebaiknya. tp antara gigih dan tak gigih je nak bawak rice cooker tu. ;)



    @Time Traveller,
    hahaha tula. syukur alhamdulillah, kicap tu actually ade org tinggal kat Yeha GH tu. brand Jalen. hahaha. yupp dukbboki tu sedapp tp lama2 makan muak gak. hiks.



    @Miss,
    haaaa terima kasih miss, panjang lebar penerangannya! kudos!



    @Phoenix,
    ya betol! tepuk dada tanya selera masing2. ;)



    @Iza,
    sedapkannn!!! rindu lak nak makan lagi. padahal blh je nak buat sendiri. hahaha.



    @Orga,
    bertabahlah bro. kicap tu nasib baik ada org tinggalkan. bolehla buat ada rasa skit.



    @Janggel,
    kannn! mohon kak anash masak! hahaha



    @Naramas Aman,
    yes betol tu akak. halal itu penting. ;)



    @Mie Aiecha,
    betol.. kalo ada kawan2 yg stay sana atau pandai ckp korea, amek advantage kat dorang supaya tolong yng mana patut. ;)



    @Jari Manis,
    insyaALLAH.. nnt ade peluang jangan lupa merasa.

    ReplyDelete
  19. mak esah makan roti dgn serunding jer...huhuhu...nak mkn kat kedai tak mampuuuu...

    ReplyDelete
  20. Best g Jeju kan..best best..hihi..makan..ciku makan sambal ikan bilis kering gak ngan nasi instant tu plus rebus telur.hihi.

    Kat busan kami makan bakar sendiri seafood yang ada kuali atas meja tu gak...takde le was was..insyaAllah sume halal yang masuk perut.hihi.
    best ever Jeju.
    TQ for sharing lots of info.

    ReplyDelete
  21. Last year akak g mkn kt sindang ni jugak... mmg sedap dan pedas berapi... tp bila mkn dgn jeruk tu kurang rasa pedas... yg bwk kitorg mkn kt situ students msia yg blaja kt sana.... so dia dh pilih menu yg halal in shaa allah... katanya dorg kat sana leh pki 4 mazhab... kalo pki mazhab syafie je mmg tak mkn la dorg kt sana... wallahualam

    ReplyDelete
  22. btol 2 bro klu mkn dkat korea kene yakin jer..been there once,,sgt excited..area sindang 2 klu nk mkn tteokboki yg sdap dkat kedai name Sindangdong klu xslap..

    ReplyDelete
  23. I pon suke korea sbb ia macam japan( been there before)... pastu tgk running man yg berlakon kat pulau jeju pon mmg menarik hati untuk ke sana.. food lg laaa I enjoy esp bibimbab n kimchi....

    ReplyDelete
  24. Senang makan di itaewon. Jgn kira seafood ajer dah halal. Jangan kira xde babi ajer halal. Jgn kira xde mkn x semelih ajer halal. Cuba fikir minyak masak dan apa2 lain yg dia pakai sama. Kena faham - korea, taiwan, japan etc nama aja boleh survive mkn seafood tp ingredient lain yg dia kelaskan seafood selalu ada jugak bersanggit komponen tak halal. Islam itu mudah jadi cari yg meyakinkan. Bukan "islam itu mudah" tapi lepas tu main agak2 jer.

    ReplyDelete
  25. Nice tips untuk orang yang bakal berkunjung ke sini. Makanan halal memang isu penting.

    ReplyDelete
  26. Info yang boleh dijadikan guide jika nak pergi ke Korea.
    Makanan adalah salah satu faktor jika ingin melawat sesuatu tempat tue.
    Tapi takleh nak expect semua kena dengan tekak kita kan..
    Terbaik la...

    ReplyDelete
  27. baru habis baca semua entry pasal Jeju do...nice one...saya akan pegi December ni...byk info2 berguna sy dpt dr your entry psl Jeju...thanks again for sharing...

    ReplyDelete
  28. Best Nyew Ada Kawan Travelmates...Nak Travel Tapi Takde Member...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... jom travel ngan sya.. sya pon mcm tu.. suka travel tapi tak der org nak ikot... last2 amik la tour yg open group..hahaha..

      Delete