Wednesday, November 20, 2013

Kansai, Japan 2013 : #2 - Memahami Sistem Keretapi di Kansai

Ohayōgozaimasu!!!

Entry ini berkaitan dengan:
* sistem keretapi (railroad network) di Kansai dan sewaktu dengannya. 
* cara-cara untuk ke Nara dari Kansai International Airport. 

Alrite! 

Untuk entry kali ni aku try fokus lebih kepada sistem pengangkutan utama aku ketika berada di Kansai selama 7 hari ni yakni train! Maybe entry ni tak selengkap mana untuk orang lain, tapi aku try huraikan setakat mana yang aku tau, aku faham dan aku apply untuk panduan korang nanti kalo terjah ke Kansai. Kira tak payah pening kepala, just try simplified benda yang susah jadik mudah. InsyaALLAH. 

Setakat mana yang kita tau, kalo datang Jepun ni salah satu benda yang mungkin kita tengok jadik gerun adalah railways map dia. Hahah yela, negara Jepun ni memang diiktiraf mempunyai sistem keretapi yang paling kompleks dalam dunia. Berlingkar-lingkar, bersimpang-siur tak macam sesetengah negara. Walaupun aku rasa pegi Seoul dulu pun subway dia pun dah ada lebih dari 15 Lines agak gerun dah time tu, tapi kat Jepun ni ada lebih daripada tu. Tak hanya mempunyai subway, tetapi shinkansen, train yang dikendalikan oleh syarikat keretapi yang berbeza! Camne tu? 

train, subway dan jugak JR map termasuk skali shinkansen punya train

Haaa.. macam mana pening tak tengok map kat atas tuh? 

Usah gusar dan khuatir, benda-benda ni semua tak penting dah.  Tak perlu nak hadam segala line yang kat dalam map kat atas tu. Cukup untuk korang tau line mana yang perlu korang naik, turun, transfer dan lain-lain. Plus, stesen mana untuk setiap attractions yang korang nak terjah. The rest, is the most awaited adventure of your lifetime. Ewahhh~ 

Sepanjang kat sana maksud aku Osaka terutamanya, antara stesen yang akan slalu terjah adalah Osaka Station, Namba Station dan jugak Umeda Station. Kiranya 3 stesen ni antara yang central untuk ke mana. Tu dari pemerhatian aku la. Harus ingat, Osaka Station sendiri pun dah 5 kali ganda besar dari KL Sentral tu sendiri. Semua jenis railway lines akan lalu situ. Plus, pintu exit pun ada banyak. So, adalah penting untuk tau exit mana yang patut kita amek supaya tak perlu menapak terlalu jauh. Nescaya, kalo tersalah exit, mau patah kaki takpun terjelepuk tepi tangga nak patah balik. 

********************************************

Alrite!

Aku sambung balik cerita ketibaan di Kansai International Airport. Alhamdulillah selamat mendarat lebih kurang jam 7 pagi waktu tempatan. Excited giler babs nak terjah Negara Matahari Terbit  yang kemajuannya sudah jauh meninggalkan negara kita nih. 

Proses imigresen berjalan dengan lancar, takde soalan pun yang ditanya oleh pegawai tu. Usai, dorang lekatkan setem imigresen tu, terus pegi amek beg pulak. Tapi kali ni ada seekor anjing duk berkeliaran sambil hidu-hidu beg penumpang yang baru sampai. Comel sungguh anjing tu weyyy! Bulu dia jenis yang fluffy tuh. Bukan jenis yang air liur meleleh kaler hitam. Ni anjing putih. Takdela risau kali terlekat ke apa. So far takde benda buruk yang berlaku. Alhamdulillah... 

Dah kuar dari arrival hall, cari kerusi nak duduk kejap sebab masing-masing nak kene bersiap dan menyegarkan diri yang mana muka masing-masing dengan sememeh air liur basi melekat sume. Yela, dari airport ni, kitaorang akan terus shoot ke Nara. Kira takde nak check-in hostel ke ape dulu. Yang penting, kita terjah! Masa tu adalah emas. 


Tengah duk belek-belek barang tu, ada datang 2 orang pegawai airport tu (lelaki dan perempuan lengkap pakai suit) macam nak interview skit sambil belek-belek passport kitaorang. Katanya just a random check je plus salin sesuatu dalam buku kecik dorang tu. 

Antara soalan yang ditanya (sambil senyum, sengih ala-ala kera busuk dah aku tengok):

  • buat apa datang ke Jepun?
  • datang dengan sape?
  • brape lama kat sini?
  • nak pegi jejalan kat mana?
  • stay kat mana nanti?

Bila kene soal macam ni, tak perlu nak gabra ke ape. Just jawap macam bercakap dengan kawan-kawan je. Tak perlu nak rasa rimas ke ape whatsoever, sebabnya dorang hanya menjalankan tugas. Dorang pun bukannya nak berkasar ke ape. Asyik duk say "i'm sorry... hait hait..." "hait lagi.. hait lagi..." 


Less than 5 minutes, dorang pun blah. 

kat arrival hall tak besar mana pun

Dah sume setel, terus pegi ke Kansai-Airport Station kat 2nd Floor di Terminal 1. Jangan risau sebab ada signboard kalo takut tak jumpa. *pffft* 

Bila sampai kat depan stesen, mula macam cuak dan blur. Honestly speaking, aku takdela buat proper research pun pasal ke ape. Cuma ada baca la skit-skit info yang penting-penting buat panduan. 




Weh.. nak naik ape nih? Haram tak faham macam mana nak beli tiket, nak pegi mana, nak baca train map etc. Walaupun ada la dalam bahasa inggeris nama station. Tapi nak navigate tu mula-mula agak blur. 

Website penting untuk navigate train --> Hyperdia 

Sebelum ni bila buat research, aku just buat research thru Hyperdia ni macam mana nak pegi ke Nara from Kansai Airport. 

Untuk ke Nara from Kansai International Airport, just search "Kansai Airport ---> Kintetsunara"

Daripada website Hyperdia tu, nanti akan keluar beberapa option route yang boleh kita pilih. Ada yang mahal, ada yang murah, ada yang express, ada yang jenis banyak kali transfer, ada yang takde transfer. Daripada situ, kita boleh pilih yang mana cost saving dan cepat tanpa perlu banyak kali tukar train. 

Harus ingat, bila kene transfer tu jangan ingat tukar platform sebelah-sebelah. It's a no no. Sebabnya kalo kene transfer train, memang kene berjalan dari platform A ke platform B yang jaraknya mungkin dalam 500-600 meter. Kira ada turun naik tangga ye. Takde walkalator ke ape. Eskalator insyaALLAH ada. 

Dalam situasi aku pulak, kitaorang kene carik stesen yang tengah-tengah nak berdekatan dengan stesen hostel kitaorang yakni "Dobutsuen-Mae Station, Midosuji Line (Merah)". The nearest station would be Namba Station. Kebetolan route yang kitaorang amek tu untuk ke Nara memang akan lalu ke Namba Station. Sebab nak tinggalkan semua beg kitaorang ni dalam loker nanti. Takdela pegi Nara bawak anak beruang kat belakang masing-masing. Ye dok? 

Mula-mula tu memang nak follow route yang diberikan oleh Hyperdia tu, then Miss B pulak terjumpa pasal "Nara Pass" yang boleh dibeli terus dari kaunter plus lebih jimat skit dari beli normal tiket. 

info kat depan kaunter tiket

tiketnye kecik tu je, tapi pembalut tiket tu besar! hahaha 

So, dari airport ni aku akan naik dua line train 1) Nankai Line menuju ke Namba Station. Kemudian aku kene tranfer pegi ke 2) Kintetsu Line di Osaka-Namba Station

Namba Station dan Osaka-Namba Station adalah stesen yang SAMA cuma tempatnya adalah berbeza yakni kene menapak skit turun naik tangga. Senang cite, Namba Station duk atas darat, tapi Osaka-Namba Station duk bawah tanah. Hahaha. 

Dah jom naik train!!! Tak sabar nak posing maut tepi rail ketapi nih! Hahaha. 

Dah turun sampai ke platform yang sepatutnya, aku rasa korang perlu take note benda alah ni. Pasal sistem dan jadual keretapi dorang ni. Benda ni hanya apply kepada normal train tidak kepada subway. 

Mohon tengok gambar kat bawah:

ni adalah jadual waktu ketibaan train. ada pukul 7.01am, ada 7.20am, ada 7.31am. Jangan risau, sebab memang punctual!

kategori train, ada Rapid Express, Rapid, Semi-express, Sub Semi-express dan jugak Local. Make sure tau stesen mana nak turun sebab ada sesetengah rail ni tak berhenti di stop tu. ada banyak jenis rail macam ni untuk elakkan kita naik train yang amek masa yang panjang ke sesuatu stesen. Kalo boleh, elakkan naik Local Train sebab dia akan berhenti di setiap stesen! Unless, stesen yang korang nak turun tu hanya boleh dilalui dengan naik Local. Macam mana nak tau, ada papan tanda dan jugak boleh dikesan kat badan gerabak keretapi yang lalu tu. No worries. 


Pada mulanya, aku tak perasan benda ni, hanya perasan bila dah sampai kat Osaka-Namba Station. So, dari Kansai Airport menuju ke Namba Station, kitaorang naik Local Rail! MasyaALLAH... lama okayyyyy sebab dia berhenti kat setiap stesen. Nak tambah lak ada certain stesen dia stop dalam 5 minit camtu. Ada dalam sejam lebih baru sampai kat Namba Station. Hahaha since masih lagi dalam mood excited. Mula duk bergambar kat dalam train tu. Yela, tak ramai orang... nak malu apekan. Ahaks!

Dah lama duk dalam train tu, akhirnya sampai gak kat Osaka-Namba Station. Nampak pulak signboard Kintetsu Line just follow the sign. Dalam perjalanan tu nampak la "Coin Locker". Haaa ape lagi teruslah simpan anak beruang ni dulu. 

Ada banyak jenis saiz loker bergantung kepada brape banyak nak simpan la kan. Macam kitaorang amek paling besar yang berharga 800yen/loker untuk 24 hours tak silap aku. Hanya boleh masukkan coin 100yen X 8 keping. Kene la pulak pegi tukar duit kecik. *Duh~* Instruction turun disediakan dalam bahasa inggeris. No worries. Kalo taknak loker besar, ada loker yang kecik harga pun berbeza. Paling murah adalah 300yen.  


loker paling besar boleh muat 4 ekor anak beruang termasuk 1 baby beruang! hahaha ketat, sentat, dan padat dalam loker berharga 800 yen nih!


Dah setel simpan barang ni, apa lagi... jomlah naik train Kintetsu Line menuju ke Kintetsunara! Tak sabar nak naik rusa nih. Haaa kat Kintetsu Line ni pun ada beberapa kategori rail jugak. Untuk ni kitaorang naik Express train menuju ke Kintetunara! Untuk jimatkan masa. 

gerabak train menuju ke Nara. perghhh, badan gerabak keretapi tu bersih okayy! takde habuk langsung siap berkilat lagi tu. aku suspek, dorang mop/basuh setiap hari. Memang bersihhh! walaupun gerabak tu agak berusia dari usia aku sendiri. memang well-maintained! 

dah ready berjalan nih! ce teka yang mana satu kaki Kak Coco?


21 comments:

  1. kasutnya kakcoco warna koko sebelah kau ....pening kepala tengok map

    ReplyDelete
  2. lbh kurang map subway kt korea, mula2 dulu mmg rasa cam nk terbarai otak nak cuba hadam semua, tp bila dah pegi, dah tau keadaan cmne, senang dah, yg penting kite tau destinasi yg kita nk pegi tu kena turun kat mana..

    mesti korang termenung sekejap lps imigresen tu kan..haha..awal2 slalu blur, kdg2 nk cari exit pun x jumpa..hahaha..kena ambil masa bertenang dlu..

    ReplyDelete
  3. Kasut kak coco adelah kaler cekelat belah kiri kasut kaler merah ... dapat ape2 tak kalau betul jawapan aku nih??

    ReplyDelete
  4. hahaha... tgk map tu pun dah fening2 :P
    pernah alami perasaan sama.. blur tak tahu nak buat apa bila tak faham nk beli tiket train tu.. nasib la berkumpulan :D

    ReplyDelete
  5. @Nurzakiah Hanum,
    hiks, kejap je pening tu. takde hal lah!



    @Kak Zee,
    hahahah pening ke akak? pi telan panadol sat.



    @Yayanrahman,
    ya betoll.. tp korea dlu atleast subway saje. ni kat jepun, sume main taram masuk dlm 1 map. hiks. hahahah mcm termenung gakla tp kejap je. kene cepat2 sedar



    @Azra,
    ahaks. pandaiiii! hahaha takde hadiah hanya suka suki je. ;p



    @Time Traveller,
    nasib baik berkumpulan that's why cepat jumpa solution dia. takdela termangu-mangu sendiri. ;)

    ReplyDelete
  6. Nasib baik tugas aku ikut je so tak pening pon.

    ReplyDelete
  7. OMK...map train dia bole tahan. lagi dasat dari tube london meh.

    btw..keep reading on the kintetsunara..as it appears to me as kiteretsu..hehehe. gara2 berpinar tgk map train.

    ReplyDelete
  8. ok aku baca pun dah pening...kena baca lain kali la masa tenang2 sikit..baru mudah nak digest!hahaha

    ReplyDelete
  9. Muka Kak Koko pun saya tak kenal, apa lagi kasutnya :P

    Wah berselirat betul jaringan subwaynya...macam Shanghai pun ada.

    ReplyDelete
  10. Negara maju kecil dari msia tapi map public transport..wahhh..tengok pun dah seram..

    Lepas baca entry....dah mula start itirenary..walhal lambat lagik..

    antara byk2 kaki tu JM terpikat ngan yg berkaki MERAH...kaki kak Coco..mestilah yg paling kecik dan comei kan

    ReplyDelete
  11. kannnn? senang jer train kat jepun ni...tak paham if org kata susah la sesat la...kalo dah tau ke mana nak pegi and kat mana nak turun, insyaAllah, takkan berlaku kesilapan disitu :)

    good info abg john!

    ReplyDelete
  12. bermotifkan apakah soklan itu ditanya "mana satu kasut kak coco?"

    haish..(nasib baik tak pakai kasut sukan)

    mujur akak just follow (di kala kemurungan mengenangkan kamera)

    ReplyDelete
  13. Ala penat la aku kena komen kali ke 2, smlm aku dh komen tau! frust la aku bukan yg pertama cam ni!! #bermotifkan dengki

    Anyway, hyperdia ni memang best, senang nk plan route kite kat sana, janji tau tempat nak naik/turun, zassss sampai.. aku salute la sapa yg cipta website Hyperdia ni. Satu lagi yg mcm ala2 ni jgk Jorudan, dua2 ni memang membantu time aku pegi Trip kansai aku tahun lepas..

    #eiiii #semak #betul #la

    ReplyDelete
  14. Apa different subway ngn train kat jepun?

    ReplyDelete
  15. @Janggel,
    untungla takyah pening2. hiks.



    @Agip Roslan,
    hahaha tube london, no comment. belom dapat merasa lagi camne. insyaALLAH. one day. ;) hahah kiteretsu tu tak silap aku kartun kan? hahahah nama lebih kurang jah.



    @DJ,
    hahah baca slow2. actually senang je bila dah smpai sendiri nnt. ;)



    @Naramas Aman,
    hahaha akak tak kenal akak coco? nnt sy tepek gambar dia besar2 nnt. hiks.



    @Jari Manis,
    takdela seram mana pun bila sampai sendiri. senang sangat! ;) untungla dpt naik MAS nnt. jeles.



    @Biqque,
    kannnn! couldnt agree more!



    @Kak Anash,
    hahahah takkan nak bgtau suruh teka kasut saya lak kan. kekekk ;p bertabahlah akak dengan kamera yg disayangi itu.



    @Chawanna,
    bertabahlah anda. cuba lagi lain entry ek. kannnnn thanks for the info! dpt dari blog ko kan. ok nk masukkan lagi satu link tu nnt.



    @Aina,
    lebih kurang LRT = Subway, KTM Komuter = train.

    ReplyDelete
  16. boleh pening utk seketika sementara otak nak proses map train tuh..tapi nasib baik ramai2 kan kalo tak mau gugur gak selai dua rambut dok pikir!

    kasut kak coco adalah kasut cekelat sebelah kasut merah!

    ReplyDelete
  17. hi mr.john, first time nk drop komen kat sini. pandai awk bercerita. rasa mcm travel sesama lak.

    ReplyDelete
  18. Pergi hari tu makan dua hari baru boleh hadam peta train dorang LOL

    ReplyDelete
  19. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    ReplyDelete