Pssssttt! Pssstttt!
Nak bagitau yang entry ni adalah amat penting! Kiranya segala info yang aku nak share ni adalah berkaitrapat dengan trip aku aritu yang telah menerjah beberapa buah bandar yang beriklim sejuk yang agak extreme.
Jadik bagi mereka yang berminat nak terjah jugak. Harapannya entry ni dapat membantu. Tetapi, kali ni aku hanya fokus pasal mode of transportation yang aku gunakan. Yang lain-lain tu, insyaALLAH aku akan selitkan dalam entry yang berikutnya.
Tapi sebelum tu, aku nak cerita la mukadimah kenapa aku buat winter trip ni agak lain dari ape yang aku nak buat. Actually, bila datang ke UK ni memang orang kata try la travel pegi negara sekian-sekian sebab cantik dan menarik kalo suka nak explore. Sebelum aku datang lagi ke sini, memang ada plan nak pegi terjah tempat-tempat seperti Prague, Vienna, Budapest, Copenhagen dan lain-lain bandar kat Europe ni lah. Yela, dah alang-alang dah duk sini setahun camtu why not try amek peluang nak tengok tempat baru.
So far, Alhamdulillah ada beberapa bandar di Europe ni dah berjaya aku terjah sendiri. Tetapi after a while aku rasa aku nak tengok something different. Tak dinafikan yang bandar-bandar kat Europe ni agak berbeza antara satu sama lain. Kalo bukan nature, ada pulak bandar. Old town tak terkecuali. Tapi aku macam rasa lama-lama agak sama je semua tempat ni even tho actually ianya berbeza kalo kita tengok betul-betul akan sesuatu tempat tu. Jadik aku dapat idea nak tengok tempat sejuk yang ada salji, ada aurora borealis dan jugak Russia! So, target trip winter ni memang ultimate dream would be watching the northern lights as well as to be in Russia.
Jadik... peluang tu takkan datang selalu. Kebetulan ni pulak dah penghujung tahun 2014 dan musim sejuk bakal menjelma tak lama lagi. Lagi-lagi bila aku check tiket flight pun agak murah. So, apa lagi! Yang penting, kita secure ticket flight dulu. Ingat motto aku "No Ticket, No Talk!" Bila dah secured ticket, barulah aku boleh plan pape yang patut. Tapi aku takdelah buat perancangan yang beria. Semuanya aku buat skit-skit sebab agak busy dengan dengan study. Plus, aku kene save duit untuk trip ni sebab nak terjah negara yang agak mahal dari segi kos sara hidupnya. Dan jugak aktiviti yang aku nak buat pun agak banyak nak pakai duit. That's why selama 2 bulan lebih takde pegi mana-mana. Demi mega trip katanya! Ahaks!
Ayuhhh! Tanpa buang masa, aku mulakan. Kalo ada yang tertinggal tu. Harap maaf ler.