Saturday, September 20, 2014

Bhg.3 | Stuttgart’s Municipal Library, Jerman

Guten Tag!!! 

Bak kata orang  Jerman kepada anda semua. Atau dalam bahasa inggerisnya adalah selamat tengah hari. Hari ni hari Jumaat kan? Aku nak hidangkan sesuatu yang ringkas dan boleh menyegarkan bijik mata. Esok dah weekend, maka kene ler enjoy! 

Kalo ikutkan dari entry aku sebelum ni, malam tu aku berangkat menuju ke Stuttgart dari Heidelberg. Tak jauh pun perjalanannya naik train, dalam sejam camtu. That's why aku amek train malam. Kira bila sampai sana, terus check-in hostel untuk tido, dan esoknya terus keluar jejalan. 

Untuk berkaitan dengan transporation dan jugak accommodation, sudah aku share dalam entry mula-mula aritu. Boleh rujuk ---> Tips di Jerman 

suasana dalam coach kelas ke-2 dalam train menuju ke Stuttgart dari Heidelberg

Friday, September 19, 2014

Bhg.2 | Hujan di Heidelberg, Jerman

Alrite!

Bersambung dari entry pertama sebelum ni, lepas dah naik train menuju ke Heidelberg dari Frankfurt city. Takde masalah, smooth journey orang kata. Aku dah simpan siap-siap direction untuk ke hostel aku ni. Kalo nak jalan kaki memang agak jauh so kene naik bas dalam 15 minit camtu. 

Time tu tak silap dah lebih pukul 10 malam dah. Kira suasana kat train station tu agak sunyi. Aku tak buang masa terus la pegi ke hentian bas untuk ke hostel. Terus nampak bas yang patut aku naik tu. Actually, kene beli tiket dulu kat mesin kat luar tu takpun boleh beli dengan driver bas. Tapi ntah taktau la aku blur kot time tu, aku menonong je naik bas tanpa beli tiket. Tak lama lepas tu bas dah gerak. 

Cuak gak kang tiba-tiba ada orang datang check ke ape. Tapi nasib baik takde pape. Timbul rasa bersalah sebab orang kat sini kan amat memegang teguh akan prinsip Trust tu. Kira dorang percaya yang penumpang akan bayar. Nasib la dapat tourist macam aku yang tak bayar tambang. Hiks. Kalo tak silap tambang dalam less than EUR2/way camtu.

Nak buat camne, sebab kelam kabut takut kene tinggal dek bas kekdahnya.

Wednesday, September 17, 2014

Bhg.1 | Seharian di Frankfurt, Jerman

Alrite!

Mukadimah entry pasal Jerman dah aku sempat ceritakan dalam entry sebelum ni. Harap dapatlah bayangan tentang ape yang aku alami kat Jerman. Kalo ade rezeki, insyaALLAH rezeki korang pulak.

Untuk bandar pertama yang aku terjah kat Jerman ni adalah Frankfurt. Merupakan bandar ke-5 yang terbesar di Jerman. 

Nape aku turun sini? 

Sebabnya tiket flight paling murah turun sini via Ryanair. I love Ryanair. Ahaks! Turun kat airport Frankfurt Hahn. Aku ingatkan airport ni dekat la dengan city centre. Tapi rupanya..... pfffttt! Almost 2 jam jugaklah dalam bas tu. Untuk jarak perjalanan kira-kira 122km. Maybe ni low-cost terminal kot. Kecik je airportnya tapi okla.

Seperti biasa, flight aku awal pagi. Jadik kene bergerak dari Birmingham menuju ke Stansted Airport naik bas National Express seawal jam 2 pagi. Giler awalkan? Nak sampai pulak ke airport tu amek masa kira-kira 3 jam lebih. Sempat la aku membuta dulu dalam bas. Disebabkan summer break masih lagi berlangsung time aku sampai tuh perghhhh ramai giler orang duk beratur untuk security check. 

Honestly, time tu aku macam agak cuak gaklah takut tak sempat lepas dengan security check ni untuk terus ke gate yang sepatutnya. Walaupun dah siap-siap buat web check-in tapi kegusaran tu tetap ada orang kata. Dalam duk cuak-cuak tu, semuanya teratur je. Nasib proses scanning tu tak lama sangat. Kira banyak kaunter bukak so cepat la semua orang lepas. 

Monday, September 15, 2014

Tips : My Trip to Germany 8D7N

Kisah baru!

Kisah baru ke masalahnya? Ahaks. Ni cerita dah nak lapuk dah tapi baru sekarang ada mood nak mengarangnya. Ni semua gara-gara terlalu banyak vitamin M, duk uruskan perpindahan ke rumah baru, dengan dengan musim kelas yang baru bermula. So, segalanya perlu diberikan keutamaan berbanding berblogging ni. 

Tapi takpe. Kalo ada mood, boleh la mengarang ni. Kalo tidak, duk diam-diam jela tengok ape yang berlaku kat luar sana. 

Mid-august aritu dalam 14-21 Ogos, aku dah berpeluang pegi travel lagi. Ni semua gara-gara tiket yang agak murah yang aku jumpa lepas balik dari summer trip aritu. Godek punya godek terjumpa tiket murah pegi ke Germany ni lebih kurang GBP51 in total untuk route dari London --> Frankfurt & Berlin --> London

Okla tu kan? 

Apa lagi? Klik ler button Confirm! Lepas tu duk diam-diam.... sampailah satu ketika baru start buat research. Buat research pun takdela beria sangat pun. Actually, aku dah malas nak beria-ria buat research ni.  Cukup sekadar ape orang kata tau secara kasar / roughly tau ape yang boleh tengok kat sana nanti. 

Tuesday, September 2, 2014

P7 | Summer 2014 | Keindahan Alhambra, Granada

Buenos días!

Orait! Entry kali ni bersambung untuk kesekiankalinya. Tak sabar aku nak abeskan cepat-cepat. Sebabnya, 1 September ni dah start kelas semesta baru. Maka, tamatlah cuti summer aku untuk tahun ni. Sekejap je abes kalo dipikirkan. Takdela lama mana pun. Tapi adela dalam 2 bulan lebih camtu. Hiks.

Untuk perjalanan hari ni, aku akan check-out dari Osio Hostel kat Cordoba ni setelah 2 malam kat sini. Terima kasih diatas hospitality yang diberikan. Aku siap buat laundry lagi kat sini. Kene bayar EUR5 untuk sekali cuci. Okla takdela banyak mana nak cuci. Bila asyik berpeluh time travel gini, tak selesa okeh nak pakai balik baju yang rasa macam kotor. Bila dah basuh tu lega la gak. Nasib baik sini cepat kering. Panas ler katakan... even waktu malam sekalipun. 

Hari ni akan naik train skali lagi selama 2 jam lebih menuju ke Granada. Yang paling utama nak jejak kaki ke kota Alhambra. Femes tempat ni. Kiranya amatlah mainstream dikalangan tourist ni. 

Hurm.. ada ke yang pegi Granada tapi tak singgah Alhambra? Persoalan kat situ. ;)

view dari train menuju ke Granada