Tuesday, July 19, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 6

Arini gambar-gambar agak banyak dan cerita agak panjang. So, bear with it ok! Enjoys....

Queenstown - Place that I missed the most!

Assalamulaikum.....

Jom sambung hari ke-6 di New Zealand dan sekarang berada di Queenstown. Pagi yang cerah dan ceria buat kami semua. Maybe sebabnya, kaum hawa selama melayan Nora Elena sampai pukul ntah berapa. Sedap-sedap aku tengah tidur, terkejut dorang menjerit cakap, “Best giler Nora Elena!!!”, “Wahhhh…romantiknya Seth Tan!!!”. Haishhh….

Breakfast roti scrabble eggs and baked beans. Ala-ala omputih skit pagi ni. Makan panas-panas….yummy! Sementara menunggu kawan-kawan bersiap dan breakfast, aku pegi kat reception untuk book skydive aktiviti dari Nzone. Actually, tak payah buat booking kat reception apartment tu pun takpe. Boleh pergi sendiri terus ke sana yakni office NZone tu. Saje nak ikut tips yang ada dalam majalah. Booked untuk buat skydiving setinggi 9000kaki dengan bayaran NZD269. Mahal kan? Takpelah, bukan selalu datang sini. Alang-alang, kena habis sikit untuk diri-sendiri. Actually, setelah sampai ke ofis NZone, depa hasut aku suruh amek 12000 kaki sebab lagi puas hati dan dapat men adjustkan diri terlebih dahulu untuk amek pictures. Dapat masa freefall selama 45 saat instead of 15 saat untuk 9000 kaki. Worth every penny walaupun kena tambah NZD60.


sekitar di Oaks Shore Apartment, Queenstown
Dalam pukul 9 pagi macam tu, kami bergerak menuju ke Queenstown, iaitu Bandar dia. Tak jauh pun, dalam 4-5km sahaja. Dekat kan? Kalo bukak map Queenstown, boleh nampak betapa senangnya jalan-jalan kat sana. Btw, alert kat mana ada tanda “P”. Sebabnya, kat situ ada car park yang boleh park untuk jangka masa yang lama dengan bayaran yang agak berpatutan, iaitu NZD0.50/hour. Bayaran boleh dibuat up until 6pm. Sundays and Public Holidays are free…. Kalo nak parking kat bahu jalan, hanya dibenarkan untuk jangka masa pendek seperti 5 minit, 10 minit je. 

Dah buat bayaran parking, apa lagi jalan-jalan ler…hari ni agak relax sedikit takde rushing-rushing sangat. Cuaca pun elok je tapi still sejuk menggigil. Cari kat mana lokasi company Nzone tu iaitu di Shotover Street. FYI, sepanjang jalan ni banyak sangat company yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Masing-masing memberikan diskaun yang memberangsangkan. Kat sini juga, ada disediakan cyber cafĂ© kepada sesiapa nak jenguk-jenguk FB or email. 




 
Dah jumpa company tu, tanya berkenaan booking yang telah dibuat. Dorang cakap akan bergerak ke sana dalam pukul10.20 pagi. Since awal lagi, kami pusing-pusing dulu di kawasan sekitar. Memang menarik la Bandar Queenstown ni. Bandar dia tak besar mana, tapi once berada kat sana rasa macam nak stay lama. Tak balik-balik. Dengan view yang superb, penduduk yang baik. Btw, penduduk kat Queenstown hanyalah seramai 4000 orang. Tapi ketika peak season, boleh mencapai kira-kira 10,000 orang. Kebanyakannya adalah tourists. 

Lepas dah siap pusing, masuk balik office NZone. Dorang cakap ada delay skit. So, maybe gerak pergi tempat pelepasan lebih kurang pukul 11 pagi macam tu. So, kami pun pegi pusing-pusing lagi. Ternampak kedai souvenirs kat seberang jalan. Masuk, not bad jugak harga-harga barang yang dijual. Agak murah and as expected. Tapi tak beli lagi, sebab memang plan nak beli kat DF Souvenirs. Tak jauh dari tempat kami berada. Just a few hundreds metres. Hahaha…

 
Tiba masanya untuk berangkat. Kepada para peserta, mereka akan dibawa menggunakan van company kaler hitam. Since, aku membawa rombongan cik kiah, we decided to drive on our own to that area which is about 14km. Naiklah kereta, bawak slow-slow sebab speed limit hanyalah 50km/hour. Hurm…penat kaki duk menahan pedal minyak. On the way ke sana, terserempak lak segerombolan biri-biri yang berpindah kawasan. Apa lagi, menjerit la kami dalam kereta. First time ni jumpa biri-biri banyak macam ni. Macam kena serang dek biri-biri. Banyakkkkkkk gilerrrrr!!! Plan nak turun amek gambar dalam kawangan biri-biri. Tapi ada lak kereta kat belakang., so amek picture dari dalam kereta jela. Tapi sumpah weiii, tengok biri-biri yang bulu tak bercukur tu. Punya laaa tebal macam singa pun ada. Memang besttt tengok keadaan macam tu. 




 
Dah sampai. Park kereta siap-siap dan berjalan menuju ke tempat menunggu. Tempat menunggu pun cantik. Walaupun cahaya matahari memancar dengan terik, tapi maintain je sebab sejuk dan nyaman. Breakfast aka brunch skali. Coffee and tea ada disediakan percuma. Free flow. Ko nak minum brapa liter pun boleh. Perghh…memang layan minum hot coffee time sejuk-sejuk camni. Memang terasa kat oberseas la…Layan beb! Datanglah assistant NZone bagitau yang aku akan fly dalam lebih kurang 30 minit lagi. Tunggu next instruction dia. So, lepak-lepak lagi. Kawan-kawan aku dah macam-macam pose dah amek. Gigih sungguh laaa dorang ni. Takpelah, bukan slalu kan datang sini. Hihihi








 
Lebih kurang jam 1.30 petang camtu, assistant tu panggil untuk giliran aku lak untuk buat terjunan. Untuk trip ni ada 5 orang yang akan terjun. Sebab plane yang jenis ringan tu. Muka dah start pucat dan cuak. Yelahkan, macam-macam duk bermain kat fikiran skung. Asyik duk mengucap dari tadi ok! Siap pakai jumpsuit, tali keselamatan sume. Kami diberikan penerangan mengenai terjunan yang bakal kami buat. Before tu, photographer yang telah di assigned kan akan amek video kami terlebih dahulu. Time ni laaa nak cakap “mum, dad…I love you” haishhh…berangan speaking omputih ni. Kat umah takdelak nak panggil mum dad ok! Hahahaha. 

 
Tiba masanya untuk naik kapal terbang, perghhh….jalan macam cara nak pegi berperang nih! Ala-ala dalam movie tu…jalan nak pegi berperang sambil angin dari kipas plane tu bertiup kencang. Ecececece…..hahahaha. Berangan! Masuklah kami dalam badan pesawat. Duduk rapat-rapat. Setiap terjunan akan diikuti oleh jurugambar dan instructor yang terikat kat belakang badan kita.  Kemas ikatannya. Lepas dah terbang lebih kurang 5minit, para penerjun untuk 9000kaki akan terjun. Cuakkk beb. Angin dah laaa kencang. Dah abes dorang terjun, naik lagi sampai 12000kaki. 1st ialah aku yang terjun, mengesot sama-sama instructor tu sampai ke muka pintu pesawat. Sua muka ke arah jurugambar yang duk berdiri kat pintu untuk amek gambar. Lepas itu, yang aku ingat aku dah melayang ke udara…….andrenalin rush yang sangat-sangat kuat. Muka ni maintain senyum jek…sampai naik kejang tulang rusuk pipi nih. Yela kan, nak amek pictures yang senyum jek. Hahah…memang hidung, mulut dah tak rasa pape dah. Yang aku duk ingatkan, kasut aku laaa kot-kot tercabut! Hahahaha…. 






 
Selepas 45 saat freefall, payung terjun terbuka. Hahahah…lega skit rasanya. Tapi still gayat…menjerit laaa tanda seronok. Means dah selamat…..btw, view memang super duper cantikkkkk!!!! Nak tunggu sampai jatuh ke tanah ambil masa kira-kira 5-10minit. Time tu, enjoy laaa view puas-puas, biar berbaloi harga yang dibayar… Alhamdulillah….aku selamat kembali ke Bumi. Happy tak terkata. I DID IT!!! HOW BOUT YOU GUYS??? I EMBRACED MY FEAR!!!! 




Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami beransur pulang ke apartment kami untuk solat dan makan kecil-kecilan. Kemudian, kami keluar kembali ke Bandar Queenstown untuk naik gondola menuju ke puncak bukit yang menampakkan view keseluruhan Queenstown. Parking banyak..dont worry. Time tu dah kira-kira pukul4 petang. Just nice sebab leh Nampak view siang dan malam skaligus. Bayaran untuk return gondola adalah berjumlah NZD25/pax. Kat atas sana ada permainan luge, NZD10/ride. Gondola dia agak scary sebabnya curam….tapi besttt woo. Hahahah. Luge lak, memang best. Sape-sape yang penah main kat Singapore, memang macam ni lah permainan dia. Dah selesai semua tu, turun semula. Bila dah sampai kat tempat kereta hari dah gelap. 

sekitar apartment kami

Lake Wakatipu








tak masuk pun sebab tak cukup duit. NZD33/pax

 
Kami bercadang untuk shopping souvenirs dulu di DF Souvenirs sebelum kami dinner. DF Souvenirs ni berada tidak jauh dari office Nzone tadi. Hanya 3 blok walking distance. Sambil hirup udara malam yang dingin tu….hihihi. Kat sini banyak jugak laaaa duk borong-borong souvenirs seperti fridge magnet, keychains, t-shirts, sweaters, tea towels dan lain-lain pada harga yang sangat-sangat murah berbanding kedai-kedai souvenirs yang lain. Anda akan dapat rasakan perbezaan yang ketara. Banyak jugak hasil borongan masing-masing. Hihihi…tu pun rasa tak cukup lagi. Hihihi


Bag Tags...comellll!!!!

kedai LV tepi jalan aja.....depan sampah. hahaha
Lebih kurang pukul 7 malam, perut dah berbunyi. Plan asalnya nak makan Turkish kebab. Tapi since ada Nando’s kat sini yang halal, kami bersepakat untuk makan diluar pada malam itu. Saja nak tukar angin. Hihihi. Harga memang standard untuk quarter meals iaitu NZD14.90/set tidak termasuk drinks. Sedap jugak rasanya….makan hingga kenyang. Balik umah tengok balik gambar-gambar arini dan kemudian membuta….hahaha. 



Till then, see ya!!!

19 comments:

  1. aku dah komen td tp hilang pulak...adoi!

    tahniah weh sbb ko dah berjaya buat benda yg sume org nak buat (tmsuk aku). yg penting ko dah berjaya fight fear tu & aku pun hrp klu ada rezeki aku nak try jgk buat benda ni. hopefully dlm 1-2 thn lagi.

    best gile kena serbu kambeng. aku yg dah byk kali pegi pun lum penah encounter dgn segerombolan kambeng oke, so ure lucky! tp saiz dorg mmg super kan, rasa nak kidnap sekor je buat binatang peliharaan dlm umah. kot2 boring ke bleh suh dia duduk buat kusyen kaki..kusyen kambeng mahai kot!! ko ada tgk rege dia? gile.

    apapun mmg qtown yg terbaek la. aku this time pun duduk sana je..tak p mana, klu pegi pun mebi wanaka. aku nak test snowboarding tu best ke tak sbb aku dah penah main ski. klu best bleh aku ripit lagi next time.

    kwn aku ckp skrg dah -5..dah pesan aku bwk baju tebal2 sbb dia ckp tak sama mcm las winter masa kitaorg kat timaru. ok yg masa kat timaru tu aku duduk hadap heater je smpai habis gas...ni aku tak taula..apa2 pun aku tak sabar ni sbb katanya cantik gila time winter :)

    ReplyDelete
  2. 1stly,gambar skydive tu betul2 terserlah ko maintain senyum sampai sudah.betul2 hebat lah beraksi dpn kamera walaupun tgh terjun camtu.superb view..subhanallah.tgk gambau pun dh rasa gayat. :p

    2ndly,gila banyak biri-biri!!! gilelah..dh mcm tgh demonstrasi aman pulak aku tgk..kikiki..nice2,teringin nak gi nz lah cmni. :)

    ReplyDelete
  3. omo, kecut perut aku tgk ko skydive.. mesti jantung rase nk tercabot kan!

    ReplyDelete
  4. pehh gile lah.. hebat! hahaha kl wa..mugnkin dh pengsan atau pening lalat kat atas tu..hehe

    gile byk biri²!! comel2.. ni yg makin tak sabar nk ke sana ni..haihhh

    ReplyDelete
  5. Omo..omo..nak buat skydiving!! thrill nye..
    cantiknye NZ! really really nice pic! keep it up. ^^

    ReplyDelete
  6. masyaallah, cantik tempat kau pergi ni. siap kongsi jalan dengan biri2 lagi, betapa amannya kat sana kan. moga aku dapat turut menjejaki tempat yang sama sikit hari lagi. cuma tukaran duit makin melambung ni bdk2. seriau aku.

    ReplyDelete
  7. ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! banyak nyer sheeppppppppppppppppppppppppppppp!!! i nak mintak doa kat Allah supaya i jugak nampak sheep sebanyak ituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

    ReplyDelete
  8. Hua..tabik sama lu bro!!!! Skydive tu... I masih contemplating nk try bungy jump ke tak..skydive tu rasenye tidak la berani kot..huhuhu.. Wah bestnye queenstown!!

    ReplyDelete
  9. pehh skydive..huuhu =.="
    anyway nice pics! especially pic mase skydive tuh..berbaloi!

    ReplyDelete
  10. @fatt,
    yup....aku dh fight my own fear. mcm tak sangka je aku dpt jugak buat. xtau laaa...kalo kene terjun sorang2 mybe agak takut. tapi sebab ade org kat blakang tu yg berani skit. InsyaALLAH...pasni turn ko lak. ko msti bwt lebih byk pose dari aku tau. kalo aku ada masa, aku attach video skali. tapi camne ek?

    psl kambing tu, mmg tak sangka sebenarnya...masin mulut kawan aku sbb dia kata asyik nak tgk kambing byk2. haaa...amek ko byk nak mampos! mmg rezeki kamila...alhamdulillah. kusyen kulit kambing mahal seyyy....jgn memain. masuk ratus2 jugak laa.

    qtown mmg terbaik. kalo sape2 tak penah smpai mybe tak tau mcm mana rasenye. wow...sejukkk tu beb. leh beku jwbnya...byk baju panas tebal2 beb. kang beku tak balik msia. ;p just kidding. mudah-mudahan ko enjoy kat sana k! btw, winter mmg awesome!!!

    ReplyDelete
  11. @Ninie Hanis,
    yup...mmg senyum je smpai ke sudah sbbnya takut amek pics mulut masam. hahahahahahha...kejang urat pipi ni haa. View mmg superb, xleh nak gambarkan dgn kata2.

    mmg bykkkkk biri2, hepy tgk. hope you will go there and pls go there for honeymoon!

    @Iwa,
    hahha...aku duk mengucap je b4 terjun tu. hahahah

    @Hanie,
    takkan pengsan punye sbb duk takut dan excited! biri2 mmg banyak...sila pegi sana ok!

    @Zarina,
    kak rina, mmg cantik....rasa mcm tak nak balik Msia dah. rindu dah ni.....huhuhu

    @Zura Aini,
    InsyaALLAH pasni ko pn akan sampai kat sana jugak. mmg akan menghargai alam yang indah ni. mmg currency dorang tgh naik ni....nyesal tak beli awal2 time earth quake aritu.

    @BlueEwoke,
    tenkiu2.....aku pn bangga dgn diri aku sendri.hihihi aku pn rse nk try bungee jump gk. tapi duit lak tak cukup. mybe next visit? hahaha....kalo bwt skydiving mcm ultimate xtvt kat sana kalo tak silap.

    @Kemang,
    2 words, sila jeles.....huhuhu. insyaALLAH, ade impian, ada determination. pasni ko lak ke sana.

    @Arabella,
    worth every penny i byr for the photos. my lifetime memory. =)

    ReplyDelete
  12. damn! seriously cool!
    envy your sky diving :D

    ReplyDelete
  13. Salam..

    aku baca entry ko pasal skydiving tu pun aku punya hearbeat dah laju giloss.. cemana nih?? takut sehh.. anyway, congrat sbb dah berjaya conqure your fear..

    ReplyDelete
  14. @Fid Abdullah,
    jgn takut...selawat byk2. bila lg nk bwt bnda2 extreme cmni. btol x? kene buat jugakkkk!!!

    thank you!

    ReplyDelete
  15. tu ler pasal.. hai.. maybe I'll do it when I turned 40.. haha.. hopefully I will not have a heart attack.. :p. Ada benda nak tanya.. tapi aku email ko jer lah nanti.. or msg kat FB ker.. hehe

    ReplyDelete
  16. kalau curi 10 ekor bebiri dari beribu tu,agak tuan dia tahu ke...

    ReplyDelete
  17. memang best terjunan tu. kira dah boleh pakai pingat airborne nih hehehe. & pics himpunan biri-biri tu, memang menarik sekali.

    ReplyDelete
  18. Saya bru jw lepas tengok RunningMan, derang ada misi bt SkyDiving tp at DUBAI. wahhh.. excited nya tgk. Hehe..

    ReplyDelete