Saturday, July 23, 2011

Roadtrip in New Zealand - Day 9

Selamat Berhujung Minggu!!! Arini aku chill chill je kat umah. Lagipun kat luar tu hujan dan asyik duk bunyi guruh je. Better berhibernasi kat umah je. Betol tak? Hihihi...

Christchurch - Auckland

Arini semua bangun awal jugak, plan nak check-out dari holiday park dalam pukul 8.30am untuk terus ke airport. Kami ada connecting flight ke Auckland via Air New Zealand. Breakfast arini ialah ikan makerel dalam tin, calamari dan nasik putih. Tapau dalam tupperware masing-masing sebab tak lapar lagi. Pagi yang sejuk serta nyaman. Before check-out, left a thank you note. Pastu drop-off kan kereta sewa di tempat yang dijanjikan dengan Shoestring.


motif? sebab sedapppp....chips tu hanya 0.99sen sahaja! Wajib beli!

Seperti yang aku ceritakan dalam post sebelum ni, aku belum lagi book accommodation kami ketika di Auckland. Pada asalnya nak overnite kat YHA Hostel kat Auckland. Tapi aku pendamkan dulu niat aku tu, dah sampai New Zealand baru book. Kira macam ambush jelah. Kami sampai di airport untuk check-in, makk aihhh punya laaa ramai orang duk beratur. Penat duk berdiri. Time ni nampaklah beberapa muka Malaysian sedang nak check-in jugak. Senyum diberikan oleh kami, sebab tak mau dicop sebagai Malaysian yang sombong di oberseas. Flight delayed. Hurm...



Boarding hall, kecik je kan?


sob sob sob....
 Bila dah nak berangkat ke Auckland tu, aku dah jumpa 1 bed & brekafast yang berdekatan dengan airport. Aku dah bertanyakan kepada receptionist kat Christchurch Holiday Park tu, holiday kat north island yang mana dekat dengan airport. She said Manukan Holiday Park. Bila aku nak book dah full house. So, time aku duk google google tu, terjumpa Skyway Lodge. Baca reviews dari orang ramai pun cakap host dan accommodation dorang memang bagus, friendly dan baik. Tak buang masa, pagi tu aku call dorang nak tanya ada vacancy ke tak. Alhamdulillah, ada kekosongan. Rate dorang kasik ialah NZD29/pax untuk bilik 3orang. Pastu, dorang juga ada menyediakan shuttle dari Skyway Lodge ke airport. To and fro dengan charge hanya NZD5/way. Nasib kami baik sekali lagi, host tu hanya cakap NZD10/way for 3 of us. Dah jimat kan? Hahaha...heppy nih! Bila dah touch down kat Auckland Airport, terus call dorang suruh datang pick up kitaorg. Tunggu kat Door 1. Dalam 15minit dorang sampai dengan van merah. 








Bila dah siap check-in dan bayar semua skali dengan shuttle untuk esok pagi ke airport, kami terus masuk bilik untuk solat dan menunaikan mana-mana hajat dulu. Plan kami harini ialah untuk ke City Centre Auckland. Nak tengok Sky Tower. Jarak perjalanan dari Skyway Lodge ke Auckland City mengambil masa kira-kira 20minit dengan menaiki bus. Bus boleh didapati di seberang jalan tempat kami menginap dengan menaiki bus yang bernombor 334, 327 dan 328. Tambang untuk sehala ialah sebanyak NZD5.60. tapi kalo untuk return, dinasihatkan untuk mengambil 1 day pass yang hanya berharga NZD10/pax. Boleh naik bas tanpa henti. Hahah...

Kami keluar berjalan menuju ke bus stop yang 3 minit berjalan. Tak tunggu lama, terus bus sampai. Dalam perjalanan hampir terlelap sebab bosan. Ramai jugak orang awam yang gunakan bus ni, memang perkhidmatan bas dorang memang efficient. Hampir terlelap. Kami diberitahu oleh host Skyway Lodge tu untuk turun di Queen Street setelah sampai di Auckland City. Kami berhenti di bus stop di Queen Street yang berhadapan dengan kedai @ teater ShowGirl. Jikalau turun di sini, make sure naik bus untuk pulang ke tempat asal adalah tempat yang sama. Kalo nak ingat, ada kedai Coffee Club depan bus stop tu.








Jalan-jalan tanpa arah tuju ketika ini. Just jalannnnn je. Tengok-tengok souvenirs shop. Beli sedikit je untuk nak abeskan duit yang mana patut. Hihihi.... Bila dah duk jalan-jalan tu, perut mestilah lapar betol x? Dah la angin sejukkk je ni. Cari la kedai makan. Berpandukan GPS kat handphone, terjumpa beberapa kedai turkish kebab yang halal. Tapi sebelum sampai tu, ternampak lak international food court, try masuk apa yang ada. Haha...terjumpa 1 kedai muslim. Apa lagi, makan proper meal nampaknya malam ni.


 Harga pun tak mahal la, kira standard harga kat New Zealand. Jangan lak expect murah ye. Jom tengok apa yang kami order.

NZD10.90

NZD11.90

NZD11.90

NZD4/bottle
Portion makanan kat atas adalah besar, penat wehhh nak abeskan ni. Makan slow-slow. Bila dah kenyang, keluar dari food court tu, terus cari kat mana lokasi Sky Tower ni, dari jauh memang dah nampak dah.


Berjalan lebih kurang 500meter, sampailah di tempat yang dituju tu....amek-amek pictures je. Tak masuk pun sebab dah takde masa dah. Boleh buat skyjump jugak kat sini harganya lebih kurang NZD200++ mahal kan? Huhuhu... Lepas dah siap tu, terasa sejuk la pulak. Singgah kat coffee shop yang bernama Coffee Club. Beli hot chocolate yang berharga NZD4.90 dan cappucino NZD5.60 kalo tak silap. Perghhhh...memang syiokkk minum air panas sejuk-sejuk camni.


kasino yang terkenal





Lepas tu, dah penat semuanya, mulalah cari jalan pulang. Beli kebab untuk makanan untuk pagi esok sebab kami dah kehabisan stok makanan. Tunggu bus kat tempat yang aku bagitau tadi. Lebih kurang 15 minit bus pun sampai. Tertido pulak dalam perjalanan pulang tu. Penat sangat. Nasib baik kawan aku kejutkan, kalo tak memang duk tido dalam bus jela malam tu.






Sampai semula ke Skyway Lodge lebih kurang pukul 8.30 malam. Rasa macam dah tengah malam. Malam tu main internet kejap dengan bayaran NZD3/hour tapi NZD7 untuk unlimited usage sampai pagi esok. Bestlah duk situ, plus panas je rasanya sebab heater berfungsi dengan elok. Hihi...aku rekomen sape nak stay sini untuk overnite.

Skyway Lodge
30 Kirkbride Road
0800-726880-800 (Free calls)
Hosts : Scott & Micky


Till then..

3 comments:

  1. Terjumpa blog u! :) anyway, nak tnaya la..ade recommendation for accomodation untuk 8 orang plus 2 babies. tgh dok survey2..lagini...

    Thanks!

    ReplyDelete
  2. @Kemang,
    thanks a lot bro, pasni ko lak.

    @Skinny Yash,
    hurm...mybe u boleh try Top 10 Holiday Park. Kat NZ byk holiday park. Tapi make sure pilih yang Top 10 tau, sbb memang tip top accom. Plus harga pun tak mahal.

    ReplyDelete