Wednesday, October 5, 2011

Ke Medan, Indonesia pulak aku! : Hari - 3

Assalamualaikum......kembali bersiaran! 

Jom aku sambung hari-3 aku di Medan, Indonesia. Cuaca di sekitar hotel agak mendung. Dah diberitahu awal-awal oleh tour guide kami, Ramli untuk berkumpul kat lobby hotel lebih kurang jam 8.15 pagi. So, we all kene turun breakfast awal la. 

Breakfast kat Niagara Hotel ni pun takde buffet. Waiter akan datang amek order nak makan apa. Tak boleh nak order sesuka hati ye, basic menu yang ada ialah roti bakar, nasik goreng, mee goreng dan mehoon goreng. Tu jela. Boleh pilih 1 menu sahaja setiap seorang. Aku duk rasa memang tak berbaloi kot kalo nak buat buffet sebab orang yang datang menginap tak ramai mana pun. Lagipun bukan cuti sekolah. Lengang je keadaan coffee house tu. Semua orang order nasik goreng. Ciput je nasik. Ada telur mata sapi, sayur skit. Jadikla kirenye.

Yang sebelah kiri ni, aku ingatkan biskut semprit! sekali lain daaaaaa......adush!

Lepas dah siap-siap makan tu, tengok Ramli dah sampai. Check-out dari hotel dan terus gerak untuk amek 2 kapel lagi yang menginap di sebuah resort berdekatan dengan pinggir Danau Toba. Dorang menginap di Danau Toba International Cottage. Lupa lak nak tanye dorang perasaan menginap kat situ sebabnya betol-betol di tepi tasik. Tapi tak nampak view dari atas la. Tapi agak dekat dengan pekan. Kalo tak salah dari pemerhatian aku. 

Then, aktiviti kami untuk pagi tu ialah melawat Pulau Samosir iaitu pulau yang terletak kat atas Danau Toba ni. Saiz pulau adalah lebih besarrr dari Singapura tau! Jangan main-main. Orang batak ramai tau kat sini. Kang makan korang hidup-hidup. Muahahaha. Jeti untuk naik feri ke Pulau Samosir terletak bersebelahan cottage ni. Tak jauh rupenye. Tambang untuk ke sana tidaklah diriku tau sebabnya sume dah ditanggung oleh ejen kami. Aku bet tak mahal laaa... kalo tak silap aku, dalam blog Zilla - MyStoryMories die ade bagitau tambang yang perlu dibayar. Perjalanan menaiki feri ni mengambil masa kira-kira 45minit. Kami bergerak bersama-sama 1 lagi rombongan pelancong cina. Tak ramai pun dalam 6 orang camtu. Maybe 1 family gamaknya.



Sedikit info mengenai Pulau Samosir ni, aku copy paste dari Wikipedia, just in case korang malas nak google.

"Samosir, or Samosir Island, is a large volcanic island in Lake Toba, located in the north of the island of Sumatra in Indonesia. Administratively, Samosir Island is governed as six of the nine districts within Samosir Regency. The lake and island were formed after the eruption of a super volcano some 75,000 years ago.[1] The island was originally connected to the surrounding caldera wall by a small isthmus, which was cut through to aid navigation."

"At 630 km², Samosir is the largest island within an island, and the fifth largest lake island in the world.[2] It also contains two smaller lakes, Lake Sidihoni and Lake Aek Natonang. Across the lake on the east from the island lies Uluan Peninsula. The island is linked to the mainland of Sumatra on its western part by a narrow land connecting the town of Pangururan on Samosir and Tele on mainland Sumatra. Tele consequently offers one of the best views of Lake Toba and Samosir Island."



Bila dah sampai di pertengahan jalan, kami dihidangkan dengan lagu dendangan seorang budak yang ada atas feri tersebut. Aku suspek dia ni orang batak jugak. Tengok dari segi rupa je. Memandai je aku ni kan? Hahahaha.... Lama jugak die ni duk melalak @ menyanyi. Tahap konpiden yang sangat tinggih! Syabas untuk kamu! Tapi bila die dah siap menyanyi tu, tentula ada ongkosnya...takde yang pree ye...so, just hulur laa yang mana mampu. Anggap jela macam sedekah. Tapi budak ni kekwat tau, syiling taknak terima. Hanya duit kertas sahaja. Reasonnya, tak laku kat Pulau Samosir. Lantak ko la budakkk.

By the way, aku ternanti jugak mane budak-budak yang suke berenang yang feri pastu suruh pelancong baling duit dalam tasik. Tapi batang hidung pun takde nampak. Hurm...

Lepas tu, sampai laa kami ke jeti yang terdapat kat Pulau Samosir. Jeti ni memang berdekatan dengan Kampung Ambarita. Di situ ada perkuburan Raja Sidabutar selain kerusi daripada batu dan tempat sejarah Raja Siallagan. Sepanjang menuju ke tempat kerusi batu ni, penjual gerai-gerai duk pujuk-pujuk suruh masuk kedai dorang beli barangan. Yang aku nampak barang terjual di setiap kedai adalah sama. Ade yang jual krafttangan, t-shirts, souvenirs dan lain-lain. Ade sorang mamat ni, a.k.a orang batak, sendiri berjanji dengan kawan aku yang kawan aku akan beli dari dia after dah abes lawatan ke kerusi batu. Eh, pandai-pandai je ko ye, kawan aku tak kate pape pun. Cinabeng betol! Kami buat taktau, sekali skala cakap "terima kasih" je. Tapi the way dorang approach pelancong suruh beli barang dorang seakan memaksa. Rimas!!! 

Aku syak, kalo guna ariel ni memang terang giler TV!

Lebih kurang berjalan kaki lebih kurang 100meter, kami sampai ke tempat perkampungan orang batak. Memang tempat ni adalah tempat wajib pelancong lawat ketika datang ke Pulau Samosir. Kat sini ade replika rumah-rumah kaum batak yang ada macam-macam jenis. Kat situ jugak, ade muzium yang boleh masuk. Takde pape pun dalam tu, kecik je....pastu memang berbahang semacam je. Seperti biasa adelah seorang dua orang yang duk approach nak tukar duit laa...nak jual barang la. Haishhh. Then, kami berehat sebentar sambil mendengar cerita dari Ramli mengenai kaum batak ni. Sedikit sebanyak masuk jugaklah dalam telinga aku yang tak brape nak peka sangat. Hihihi.... Ramli cakap, orang batak ni kalo pilih perempuan berdasarkan kebesaran buah-buahan yang mereka miliki. Kecik-kecik tak main tau! Hahaha....seorang lelaki mampu memiliki 30 orang anak. Perghhh gila ko! Memang kilang btol! Kalo korang perasan memang diletakkan replika buah-buahan tersebut di depan rumah. Simbol kesuburan katanya.  




Lepas dah abes briefing dari Ramli, kami beredar ke sati lagi section dimana upacara kaum batak dalam memancung kepala orang zaman dolu-dolu la. Upacara korban ni memang wajib diadakan untuk menghukum pesalah yang melakukan kesalahan. Pastu, lepas dah mati orang tu, dorang buat BBQ ajak 1 kampung makan sekali. Hooorayyy!!! That's why timbulnya mitos, orang batak makan orang. Tapi sekarang ni, orang batak dah tak makan orang dah. Dorang masuk uang je dari pelancong. Kalo tidakkk...korang tau la jawapannya. ;p. 
Kiri: Kalendar orang batak, Kanan: Buku tilikan

Lepas dah abes lakukan korban macam kat atas tu, kami beransur pulang. Tapi kene lalu kedai-kedai souvenirs dorang nila. Lemas...lemas. Dorang duk hasut je suruh masuk kedai dorang suruh pecah telur untuk hari tu. Pastu suka menipu pulak tu. Ade ke patut cakap t-shirt RM5 je sehelai...pastu bila tanye rupe-rupenye 50,000 rupiah! Babeng kan? Pastu buat alasan "saya ingatkan RM5 itu 50,000 rupiah." Cam lahanat! Pastu, bila kita taknak beli, macam nak paksa-paksa lak. Tapi aku cam takut gak kalo tak beli, kang dorang ni guna ilmu hitam ke putih ke. Kita mana la tau kan. Dorang ni kan pecaya kat karut-marut nih. Nak tawar lebih-lebih pun takuttt je. Cuak beb gua cakap lu. Aku sempat la beli 1 longgok keychain tulis danau toba ukiran kayu. Okla tak mahal. Ade 10 bijik, bila aku kira balik dalam 80sen je sebijik. Okla tu. Kawan aku sempat rembat t-shirts kat sini. Kainnye agak tebal dengan kaler-kaler terang. Tapi aku tak beli pun. Malas nak bargain. Cuakk beb. We all memang jalan dalam group je. Tak berani nak tinggalkan sorang-sorang. Nanti jadi lemah dengan godaan mereka nih. Sabo jela. Bila dah setel tu, terus pegi jeti duk atas feri balik. 
Ingatkan dorang dah stop ikut kami, rupe-rupenye skali lagi.....dorang follow naik sampai atas feriii!!! Siap duk hangkut barang-barang skali untuk jual. Puas dorang duk pujuk. Kami dah malas dah nak layan. Berjuta alasan duk kasik cakap takde duit laa, mahal laa bla bla bla. Ended up, we all buat bodoh je. Pandang tempat lain. Perghh..gila laa dorang ni. Memang paksa-paksa suruh beli. Aku perasan, dorang takde lak duk kacau pelancong cina tu. Duk kacau kami yang melayu ni je. Maybe sebab senang nak communicate kot. Haishh...rimas! 

Lepas tu, feri gerak menuju ke Kampung Tomok. Tak jauh dari Kampung Ambarita tu. Goodbye! Bila dah sampai Kampung Tomok, gerai-gerai jual souvenirs lagi banyakkk dari tempat sebelum ni. Pastu, orang-orangnya tidak se'extreme' kat Ambarita. Senang je nak beli. Aku jumpe fridge magnets yang murah kat sini laaa...tawar-tawar dapatlah dalam 8000 rupiah untuk sekeping. Kira murah dah tu. Sempat laa beli skit. Pastu pusing-pusing, terus masuk feri balik. Dah takde ape sangat yang nak beli lagi. 





Dalam lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami sampai ke jeti Parapat. Lega rasanya dapat larik dari kaum batak. Seram sejuk je rase. Tak berani laa aku nak duk lama-lama. Huhu...later, terus pegi lunch kat Pekan Parapat. Tak jauh dari tempat kami berada dalam 15 minit camtu. 





Kemudian sambung perjalanan ke Brastagi. Lebih kurang 3-4 jam perjalanan. Lama jugak tu. Kali ni kami dapat tengok keindahan Danau Toba dengan lebih jelas, sebab matahari memang memancar cantik je. SubhanaALLAH...cantik gilerr! Macam kat oberseas pulak. Eh, aku orang sini ke? Lol.... Jom layan.....kalo tak silap aku, kat kawasan sini memang paling cantik pemandangan Danau Toba! 




Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami singgah di sebuah restoran di Simarjarungjung yang menyajikan teh halia, teh manis dan pisang goreng panas. Cuacanya dingin seperti di Genting Highlands manakala pemandangannya cantik dan memukau iaitu air terjun Sipiso-piso.
Air terjun Sipiso-piso yang ketinggiannya 110 meter. Dengan cuacanya yang dingin dan kabus tebal, kami dapat melihat Danau Toba keseluruhannya. Indahnya alam ciptaan Allah. Air terjun ni terletak di hujung Danau Toba. Memang cantikkk.....ketika ni hujan turun renya-renyai. Tapi selamba jela sebab dah sampai. Pastu angin bertiup memang sejuk time tu. Aku pun kene keluarkan sweater sebab tak tahan. Tapi air terjun tu memang superbb! Sipiso-piso berasal daripada perkataan piso bermaksud pisau. Derasnya air dari bukit berketinggian seratus meter itu diumpamakan berbilah-bilah pisau tajam.






Kemudian, perjalanan diteruskan ke Brastagi. Hujan masih lagi turun. Keadaan jalan jugak berlubang-lubang. Sakit belakang. Lebih kurang puku 5.30 petang kami sampai di pekan Brastagi. Iaitu di pasar segar buah-buahan. Hari pun dah makin gelap macam pukul 7 kat Malaysia. Tapi kami layan jela. Masuk pasar, kot-kot ada buah yang lazat untuk dibeli. Yang femes kat sini ialah buah marquisa. Yang boleh buat jus tu. Memang sedap, but i'm not a kipas susah mati buah ni. Aku suka limau. Hihihi....awesome. Buah kat sini agak murah jugak. Tapi harga strawberry agak mahal, tapi sangatlah manis! Kawan aku sempat beli paket kecik untuk hilangkan rasa mengidam. Okla tu kan. Then, later singgah beli jagung rebus dan jagung bakar. Makan time sejuk-sejuk ni memang syiokkk!!! Tak mahal pun, 5000 rupiah untuk 2 ketul jagung. 






Lebih kurang pukul 6.30 petang, kami bergerak menuju ke tempat penginapan kami untuk malam itu iaitu Mikie Holiday Resort. Berdasarkan review kat internet, hotel ni dapat good rating plus hotel ni bersebelahan dengan theme park! Pemiliknya berasal dari Singapura. I wonder, laku ke tak theme park kalo bukak kat sini. Hotel ni memang comel bagi aku. Cantikk! Plus, ade free wi-fi. Hihi...kat Brastagi, udaranya memang sejuk. Memang kene pakai sweater la kalo kat sini, unless korang kulit tenggiling. Hahaha. 



Dinner seawal jam 8 malam. Time ni aku dah rasa panas badan dah. Maybe sebab kene hujan kot tadi. Kepala pun asyik berdenyut je. Kawan aku lagi 2 orang pun rasa tak sedap badan. Siap cirit-birit dan muntah-muntah. Mesti keracunan makanan ni, akibat makan kari kambing kat Parapat time lunch. Huhuhu...sume orang kene kecuali kawan aku lagi sorang sebab die tak makan kari tu. Dinner was served! Memang sedapp abesla lauk die. Tapi aku memang tak lalu langsung nak makan. Makan 2 3 suap je. Pastu makan buah. 





Sebab tak lalu makan, aku balik bilik. Siap muntak segala bagai yang aku makan aritu. Later, terus makan ubat dan tido dalam kedinginan malam. Sob sob sob...tapi sempat jugak duk layan korang kat blog and facebook. Esok dah nak balik Malaysia......

Till then. Wasalam... 


12 comments:

  1. bdk2...

    sampai muntah2 semua ek...len kali jgn dok belasah sgt smp mcm tu..aku lemah skit klu muntah2 time travel...mmg xde mood dh...

    ReplyDelete
  2. eee aku jeles la beb tgok gambo ko ni ! ko pakai dslr ape ah? nikon eh? brand ape? ko pakai lens ape?

    sbb aku tatau nak beli slr ape ni..hihi

    eh, aku ade nmpak die tulis AirAsia dlm bot tu.. kihkih..

    bangunan2 die cun !

    ReplyDelete
  3. beb. ko tau x AA bukak route baru pi Da Nang? santek siot da nang tu..

    aku cek tix rm150 return.. x nak rembat ke?

    *sesi meracun*

    ReplyDelete
  4. ko ni mmg 'peracun' makanan la...aku tgk telur mata tu pun bernapsu ok!

    bab budak berenang blk duit syiling tu maybe bukan rejeki lo...kalo tak, ko baling sekali, diorang harap ko baling lagi, patu yg kat atas feri ni pun dan2 dtg kat ko! hahaha!

    masa aku jalan2 konon nak tgk batu2 tu, ceh siap ada offer ni nak explain, tak perlu kasi apa2...abih je, terus mintak duit ok! kata ikhlas derma tapi paksa2, siut tul! tapi kitorang blah tak kasi, sbb dah masak sgt dah...bkn kejam, tapi nak ngajor skit :D

    bbq manusia? *pengsan*

    sipiso2 tu menakjubkan kan? rasa cam memanggil2 je nak suh terjun bunuh diri hahaha!

    yg jalan tepi cliff tu mmg cun! kitorang benti gak amik gambar...

    gile gempak hotel ko! hahaha!

    ReplyDelete
  5. @Travel&Food lovers,
    tula...mybe sebab duk kene air hujan. menambahkan lagi pening kepala dan panas badan. huhuhu. mmg kene beringat la lain kali. thanks for the nasihat!


    @Kemang,
    jeles ke? bese2 je...aku pn still and improve skill aku. aku guna nikon d3000 je. pastu aku pnjm lens kwn aku 50-105mm.


    @Kemang,
    tula...aku pn ade perasan. agak2 kene racun tak aku nanti? sob sob sob.....xtau nak pegi bila dah ni.


    @Biqque,
    ya ALLAH....ko tengok gambo aku bernafsu jugak ke??? hahaha.......kuat mentekedarah ko nih biqque! hahaha.

    aah tula...aku duk nanti2 jugak mane laaa bdk2 nih. kalo nk baling sekali atau 2 kali mybe still ok. kalo nk baling berkali-kali, ingt aku cop duit ke???

    haaa...yg bab-bab offer diri ni mmg aku nyampah. mmg aku bolayan terus. rimas! mmg kene ajar dorang nih!

    bbq biqque! ko penah rasa tak? hahaha. air terjun tu mmg cantikkk giler! kalo larat, aku sanggup turun ikut lereng bukit tu. tp bila si ramli ckp jauh jugak nk turun. nak turun still ok, tapi bila nk naik tu yg lemah skit.

    mmg cantikkk giler tepi lereng tu! aku rse mmg tercantik la kot! hotel tu aku pun tak tau...kwn aku yg pilih sbb dah masuk dalam pakej. die kasik 2 pilihan samada hotel ni atau hotel lg satu. aku pun dah lupa nama ape. aku tak rasa mahal beb....

    ReplyDelete
  6. kehkeh.. beli la beb, danang cun

    *racun lagi*

    ReplyDelete
  7. Waaaaa aku sangat kagum tengok air terjun tu tau! errrr dan juga jagung bakar itu! Aduh santek semuanya!

    ReplyDelete
  8. @Kemang,
    cun tu memang cun bro...tapi travel date aku dh penuh. xtau nak masuk tang mana dah...tgk2 la kalo2 aku bwt kejutan ke. hihihi.


    @Janggel,
    mmg cantik bro air terjun tu! jagung tu maniss! hihih

    ReplyDelete
  9. Eee..cm best jr..cmane cra nk g cne dri melaka? Ad ke bot @ feri direct ke medan..

    ReplyDelete
  10. Sy nk mtk tlong r..leh tlg suggest dri awal smpi abez prjlanan ap nk dbuat..tmbg pegi..tmbg balik..nk naik apa..pmginapan.pakej nr...semua r..x tao nk pilih..tkot kena tipu..

    ReplyDelete
  11. @Aeiryn,
    mcm mana saya nak tolong awak? awak baca abes x entry saya? kan sy dh bgtau, saya amek pakej kat matta fair. tu pun kawan saya belikan. sy takde involve langsung dalam planning trip ni. mcm mana nak tolong awak? semua dlm entry saya, sume sy dah tuliskan semua.

    dalam entry saya tu, sy dh tulis:
    1. naik ape
    2. hotel ape
    3. buat xtvt ape

    sume tu dh diuruskan oleh tour agent kami yg sy pn takde no. contact.

    harap maklum. sekian.

    ReplyDelete

  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete