Wednesday, April 4, 2012

India is Incredible? - Day 2, Part 1 (Red Fort)

Assalamualaikum!!! 

Takde pape yang berlaku kat hidup aku 2 3 hari kebelakangan ni. Segala masalah yang timbul akan diselesaikan dengan segera atau just let it go. Kalo asyik duk pikir sangat, makin banyak rambut ku gugur. So, live your life to the fullest ok! 

Baiklah...jom aku sambung cerita aku ketika trip ke India bulan lepas. Kali ni bermulalah hari kedua berada di New Delhi. Ibu kota negara India yang tersohor dengan tema tourismnya iaitu "Incredible India". How incredible? You guys need to see, feel and experience by yourselves. U will never regret it. It's awesome! A lifetime experience i must say... 

Hari ke-2 bermula seawal jam 6 pagi. Dah siap-siap sume..breakfast pakat bantai megi jek celup air panas. Btw, hot water is free. Just ask from the receptionist and they give you a big tumbler of hot water. Okla tu kan. Minum pulak air milo panas. Perghhh! Mencengkam urat perut. Aku tak makan sangat breakfast sebab malas. Hahaha. Dorang je bantai megi celup air panas tu. Biskut simpan makan kemudian. Kami gerak dalam pukul 9 pagi camtu. Macam biasa lah, putera raja macam aku bangun last sekali. Hahah *riak*

Ok dah bersiap pakai baju smart-smart ala-ala tourist mat salleh dari Germany. Ayuh kita tuju ke Red Fort! Sebelum tu, tanya dulu orang hotel camna nak pegi sana, tambang tuk-tuk brape yang akan dikenakan dan sebagainya. Buat bekalan untuk bargain nanti katanya.. Aku ni tengah cerdik pulak cakap kat Janggel and MasMZ yang better kita tunggu je tuk-tuk kat jalan besar. Kalo amek tuk-tuk kat depan hotel mesti driver ni akan charge mahal. Maka dengan lurus bendulnya mereka pun bersetuju. Hahah. Berjalanlah kami terkontang-kanting ke jalan besar. Susah gak nak jumpa tuk-tuk. Last-last dapat jugak tuk-tuk dengan tambang sebanyak 100 rupees. Kalo tak salah aku, jaraknya tak brape jauh sangat. Less than 10km. Wallahualam...tak pulak aku bawak pita pengukur nak ukur jarak. 

Lebih kurang 20 minit camtu, tibalah kami diperkarangan Red Fort. Dari jauh lagi dah nampak binaan kubu yang gah berdiri. Perghhhh hebat! Kagum jap. Tuk-tuk tue dropped kami kat tepi jalan. Kene menapak sejauh 200 meter untuk tiba di kawasan membeli tiket masuk. Hari yang indah.....awesome!




Sedikit sejarah mengenai Red Fort ni aku nak cite kat korang. Sebab aku tau korang mesti malas macam aku kan nak google sendiri pasal sejarah dan senibina ni kan? kan? kan? *rendah diri*

       Red Fort ialah binaan kompleks kubu pada kurun ke-17 semasa era pemerintahan Shah Jahan yang mengelilingi kawasan Old Delhi (sekarang dikenali sebagai Delhi je). Kubu ini digunapakai sebagai tempat tinggal atau istana kepada maharaja Mughal pada zaman dahulu. Kompleks Red Fort telah diiktiraf sebagai salah satu warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2007. Ianya dibina di tebing sungai Yamuna pada tahun 1638 dan siap pada tahun 1648, 10 tahun kemudian. Senibina Red Fort merangkumi hasil seni yang meliputi Parsi, Eropah dan juga India yang menghasilkan sesuatu yang unik dan kaya dalam bentuk warna dan ekspresi. Red Fort telah dianggap simbol kebijaksaan dan kekuatan untuk India pada ketika itu. 

Untuk bacaan lebih lanjut boleh pegi ke SINI 





Sebelum kita masuk ke dalam Red Fort, mestila kene beli tiket dulu ok. Harga masuk untuk orang asing (foreigner) seperti kami ialah 250 rupees seorang. Manakala untuk local hanya 20 rupees kalo tak salah aku. Cekik darah seperti biasa. Adakah government dorang tak mau menggalakkan tourism berkembang dengan maju? Hurm...something to discuss about. Red Fort sangat cantik dan gah ok!!! Kalaulah Kota A Famosa kat Melaka masih lagi wujud, tentu kita pun akan gembira kan? Tapi tinggal gerbang jela... *hint untuk next trip* 

Seperti biasa, kene lalu security sekali lagi. Kene scan bagai sume. Beg kami pun kene check ok. Tak sampai 100 meter, akan temui satu bazar yang panjang (tak brape panjang). Sesuatu telah menarik perhatian Janggel and MasMZ. Apakah dia??? Jeng jeng jeng~ Jom tengok!!! Lama gak kami kat situ, ade la jugak dalam 30 minit....masing-masing tekun melakukan aktiviti tangan dan mata. Hahaha. BEG MANIKKKK!!!!


Impian mereka untuk memborong beg manik akhirnya telah tercapai jua akhirnya!!! Harga sangat murahhh ok! Dahla kami pelanggan pertama. Bermacam-macam jenis dan corak beg manik yang boleh kita tengok. Boleh rambang bijik mata la kalo nak angkut sume. Hehehe. Beg manik ni oleh dibawa ketika menghadiri majlis Oscar, Grammy, Golden Globe dan jugak Anugerah Skrin. Owh ya, tak lupa juga majlis makan malam tahunan syarikat masing-masing. Tatkala melalui red carpet, boleh bagitau reporter yang beg ni jenama Chanel ataupun Louis Vuitton. Hahaha. *drama giler* Jahitan beg manik ni agak kemas dan teliti. Aku diberitahu oleh pakar beg yakni MasMZ dan Janggel, beg manik kalo kat Malaysia adalah sangat mahal kerna buatan tangan ok. 

Leka asyik memilih. Aku tak beli pape pun, just duk tengok gelagat dorang masing-masing berebut beg manik yang menjadi pilihan hati. Katanya nak balik jual kat Malaysia. Banyak tempahan yang diterima katanya. Kalo anda semua mau beg ni, boleh email dorang k...selagi stok masih ada rasanya... Murah-murah aja... Tauke kedai tu pun sangat hepi. Mana taknya dorang amek lebih kurang 15-20 bijik sorang beg manik yang macam-macam jenis! Time ni memang best duk pecah telur masing-masing. Mula-mula takde orang, pastu makin ramai orang datang kerumun kedai beg manik ni. Pembawa rezeki kami ni rupanya.....hehehe. Alhamdulillah... 




Bazaar ni kita kan jumpa kat depan pintu masuk Red Fort, macam-macam barang kraftangan yang akan anda jumpa. Harga kene bargain ye... Lepas dah setel beli beg manik, kami meninggalkan beg plastik masing-masing kat tauke kedai tu. Yela, buat ape nak bawak beg plastik berbondong-bondong dalam Red Fort. Buat leceh je. So, kami percayakan tauke kedai tu untuk tinggalkan beg plastik tu buat sementara waktu. Nanti balik kami kutip ok... 

Chhattar Bazaar
Maka bergeraklah kami menuju ke dalam kawasan kompleks Red Fort. Pintu gerbang yang kami jumpa adalah seperti dibawah... iaitu Naqqar Khana


Struktur pertama yang akan anda jumpa selepas melepasi Naqqar Khana ialah Diwan-i-Am. Sebuah pavilion yang besar dikelilingi taman yang indah untuk para kerabat diraja untuk bertemu dengan maharaja kerana terdapat sebuah takhta diatasnya. Takhta tersebut dicat dengan warna emas dan perak untuk menandakan permisahan antara golongan diraja dengan rakyat jelata. 

Diwan-i-Am





Time tengah syiok duk amek gambar, ada seorang budak ni asyik duk ikut kami dan tanya "where are you from?" maka kami jawab dari Malaysia. Nak kata pengemis macam bukan sebab dia pakai proper attire. I mean, clean attire. Pastu suruh amek gambar dia sekeping, tidak menghampakan budak tu aku amek sekeping gambar dia dan tunjukkan kat dia. Gembira sangat dari riak muka dia. Tak penah tengok kamera kot....hehehe. Budak-budak la katakan... 

Jom kita gerak ke bahagian yang seterusnya... 

Di belakang kawasan Diwan-i-Am, terletaknya Diwan-i-Khas. Yakni sebuah bangunan yang digunapakai sebagai Dewan untuk private function. Disinilah maharaja zaman dulu menyambut ketibaan para pemimpin dari luar negara. Seluruh bahan binaan bangunan ini adalah diperbuat daripada batu marmar. Dan dihiasi dengan corak-corak bunga. berbentuk segi empat dan mempunyai banyak tiang. Owh ya, kat bahagian depan Diwan-i-Khas ni, terdapat banyak kerusi. Katanya pada waktu malam, terdapat light show. Tapi tak pasti samada masih diadakan atau tidak. Setiap binaan dibina dengan begitu teliti dan indah. I bet, kalo aku ada mesin masa, aku nak singgah ke zaman ni untuk melihat keindahan kompleks Red Fort ni. Sejukkkk je. Sebab terdapat banyak aliran air terjun yang dibina merentasi setiap struktur bangunan. Pandaikan orang zaman dahulu....

Diwan-i-Khas








Bersebelahan Diwan-i-Khas pula, terdapat Moti Masjid. Masjid ni adalah binaan tambahan yang dibina oleh Aurangzeb yakni succesor kepada Shah Jahan. Ini ialah private mosque for the emperor. Binaannya tak besar hanya mempunyai 3 domes dan diperbuat daripada batu marmar putih. Moti Masjid juga dikenali sebagai Pearl Mosque. 



Next, kami menuju ke kawasan... Hayat Bakhsh Bagh ataupun "Life-Bestowing Garden". Ianya dihiasi dengan 2 pavillion disetiap hujung utara dan selatan disambungkan dengan laluan air. Sejuk je tengok... 






Lebih kurang 2.5 jam berkeliaran kat dalam kawasan Red Fort ni, it's time to get going to another place. Hari semakin panas, perut pun semakin lapar.... Sempat kami beli buku poskad kat sini dengan harga 100 rupees utk 10 keping. Ok kot...tapi actually kami boleh dapat lagi murah. Bertabah jela...



Till then....wasalam... 

19 comments:

  1. eh, baru prasan name ko dah jd danny/john.. haha..

    amboi, beg manik2 ye.. pasni bleh la g awards2 tu.. =p

    ReplyDelete
  2. Lurus bendul? Aipodacit!!!! Ekekekekeekee.... Kami layan anak raja, cam tu larrrrr ;p

    Bila ntah ni nak wat aksi model ala2 red carpet ngan beg manik nih... hihihi...

    Red Fort ~ yes, a must go :D

    ReplyDelete
  3. red fort ni sebijik macam lahore fort di pakistan, mungkin sebab sultan yang sama memerintah dulu :)

    ReplyDelete
  4. Danny
    akak rasa blog nih akan meletuppp
    rating akan naik..percayalaaaaa...

    Gambar budak baju merah tu kah yg mintak ambek gamba dia?

    satu gambar menunjukan sume ada dslr...gambar dlm gambar tjuk janggel sedang hambek gambar...
    cool...

    ReplyDelete
  5. Huh lurus bendul???

    Sebenarnya lebih nak menjaga hati Retiss kan MasMZ kan!

    Oh i miss all my beg manik! Kat mana lah diorang semua skg...

    ReplyDelete
  6. Janggel,

    Setujukkkkkkk... Gagagagagaga...
    Cepat beg manik ke oscar ada lagi pat je untuk direbut dan dimiliki.... Ekekekeke....

    ReplyDelete
  7. great trip..!! rasa melompat2 nak pi pulak..

    ReplyDelete
  8. pernah ke new delhi tahun lepas...tak sempat nak ke red fort...pepun, gambar memang comel.

    ReplyDelete
  9. @Iwa,
    hahaha. nama baru skung ni. katanya nak berubah angin. hehehe. beg manik ler skung ni. katanya trend.. eheh



    @MasMZ,
    hahaha....lurus katanya. xmo belok2 dah. haha terima kasih..katanya aku seorang putera. kene la turut perintah.



    @KNizam,
    owhh yeke?
    bila awak sebut Lahore, ingtkn kat India, rupanya kat pakistan. fort kat agra pun lebih kurang sama mcm kat red fort jugak.



    @Kak Anash,
    wahhh! dh danny danny dah skung nih! muahaha. #suka

    meletup? bese2 je...ibarat percikan api kecil-kecilan sajork.

    aah..budak baju merah tu la yg suruh gmbr dia diambil. gigih!

    ReplyDelete
  10. @Janggel,
    hahaha lurus bendul ke??? ngaku ke tak??

    terima kasih ler sbb sudi jaga hati aku dan MasMZ. kekeke jasamu dikenang. nnt aku kasik pingat PJK k..

    beg manik dh laku sume tak? kene buat promo ni lebih2 lg nih...



    @Mulan,
    hehehe terima kasih.. jom kita lompat sama2!!!



    @Jimmy,
    ye ke? pegi fort yg kat mana2? i mean, kat agra pn ade fort yg sama jugak. so, sy pilih yg salah satu coz binaan lebih kurang sama je.

    terima kasihhh!!!

    ReplyDelete
  11. wheres my pic???? cis... nyesal lak tak masuk red fort.

    ReplyDelete
  12. best jugak red fort ni nampak gayanya.. sayang betul masa kitorg ari tu dia tutup ciss!!

    Lily jom kite ke sana..

    Muka sekor2 time shopping tak leh blah, memang bernafsu je semua hahahah..

    ReplyDelete
  13. seperti yg anda sedia maklum, gambar sume cun kebabom!

    ReplyDelete
  14. Blue Fort ada tak hehe...
    Apa pun nice pic...

    ReplyDelete
  15. best bc blog ni.one day mmg haruss g india...drp zaman kuch2 hota hei dh ngidam nk g india...good info n tips

    ReplyDelete
  16. Nice shots :).

    Terima kasih kerana sudi menjadi rakan kembara saya :)

    ReplyDelete
  17. Ni pasai apa jadi danny pulok nih?

    Weh ko jual berapa hinggit beg manik2 vogi de vas tu?

    Anddddd...gambar kapel tu.. awek tu tgh majuk dgn boipren dia ke hehe.

    ReplyDelete
  18. hi, best gila baca you nyer blog..gambar sgt best...

    ReplyDelete