Monday, November 25, 2013

Review : Capsule Hotel Asahi Plaza, Shinsaibashi, Osaka

Ohayōgozaimasu!!! 

Haaa arini pun aku nak kongsikan accommodation aku dan teman-teman ketika berada di Osaka. Sepanjang trip 7 hari di Kansai, Japan, kitaorang sempat stay di 4 buah hotel/hostel yang berbeza. Untuk malam ke-2 di Osaka, kitaorang memang dah pakat nak stay kat capsule hotel. Yela, hanya untuk merasa, tapi it turned out to be a nightmare untuk kitaorang sume. Ahaks. Kelakar pun ada bila dipikirkan balik. T_____T 

Kalo cakap pasal capsule hotel ni, actually ianya dibuat bagi menyenangkan penduduk Jepun yang tinggal jauh dari tempat tinggal ataupun mereka yang nakkan tempat persinggahan sementara untuk take a nap barang sejam dua, mandi, berehat dan lain-lain. Selain tu, remaja yang baru lepas berpartey sakan kat area kelab-kelab hiburan pun turut amek peluang untuk rehat sekejap kat sini. 

Selain tu, tujuan utama ianya dibina adalah untuk menyediakan tempat penginapan yang murah dan facilities yang basic untuk tetamu yang tidak memerlukan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan oleh conventional hotels. Kiranya macam no-frills hotels macam Tune Hotels gakla tapi bilik dia lagi kecik! Hahaha. 

Untuk info lanjut ---> Wikipedia 



Details berkenaan Capsule Hotel ni adalah seperti berikut:

Capsule Hotel Asahi Plaza, Shinsaibashi
2-12-22 Nishi-Shinsaibashi,
Chuo-ku, Osaka, 
Postcode 542-0086 Japan
No. tel: 1-800-814652 (Malaysia Toll Free)‎


Ayuhhh jom tengok ape yang ada kat dalam Capsule Hotel nih! 


Reception dan kawasan sekitar lobby

Kitaorang selamat sampai ke hotel ni dah malam dah tak silap aku lebih kurang 8:30 malam lepas mintak tolong dari 2 orang negro yang dah lama menetap kat Jepun ni. Nasib baik tak kata "don't talk black with me". Ahaks. Kawasan sekitar Asahi Plaza ni banyak kelab malam, so suasana agak meriah dan bingit gak. Kebetulan malam tu dorang celebrate Halloween. Jadik, memang ramai remaja yang duk pakai pelbagai kostum untuk sambut Halloween tu. Tapi don't worry, takde yang jenis kacau orang lain pun. Masing-masing buat hal sendiri. 

Dah masuk kat lobby tu, kene tanggalkan kasut ye. Takleh pakai kasut kat dalam kawasan capsule hotel ni. Semua kasut haruslah disimpan dalam loker yang disediakan kat lobby tu. Boleh dikunci siap. So, tak risau kalo kasut tu hilang ke apa. 

Pada mulanya, kitaorang memang nak book group capsule yang mana kami semua tido dalam 1 bilik sebab senang nak jaga beg masing-masing ni. Kalo amek individual capsule macam renyah nak simpan barang eventhough ada loker turut disediakan. Tapi loker tu terletak di tingkat bawah. Renyah disitu. 

Disebabkan untuk buat booking group capsule tidak boleh dibuat secara online, jadiknya untuk secure our accommodation untuk malam tu, just book individual capsule je dulu. Nanti bila sampai kat sana, baru slow talk untuk upgrade kepada group capsule. Takde masalah. Tapi yang jadik masalahnya nak berkomunikasi dengan orang kaunter tu. MasyaALLAH nak terangkan nak upgrade pun jadik payah sebab dorang tak faham yang aku cakap. Dahhh pulak, jadik orang kurang siuman duk buat macam-macam lukisan atas kertas tu nak kasik dorang faham. Akhirnya... faham jugak! Fuh~ 

reception, panas kat sini wehh! tak bukak aircon ke ape

loker untuk kasut bagi setiap tetamu yang boleh dikunci, kat belakang tu ada free pc for the guests


Bilik yang disediakan

Since kitaorang amek group capsule, bilik terletak di tingkat paling atas iaitu tingkat 3. Tapi lif hanya ada sampai tingkat 2, maka kenela naik tangga pulak lepas tu. Nasib baik 1 tingkat je. Takdela penat sangat. Owh ya, harga untuk group capsule ni adalah 18,000 yen/night. So, kalo bahagi 5 dalam 3,600 yen/pax. Actually agak mahal berbanding dengan hotel kami sebelom ni. Tapi sebab nak merasa punya pasal, kita try je. 

Untuk jenis kapsul dan rate ---> Room types & Rates 

Jom tengok ape yang ada dalam group capsule tuh!

Antaranya adalah:
  • 4 bilik capsule (ala cabin dalam ktm, agak luas dan selesa)
  • 1 extra bed
  • tv
  • 6 bijik loker 
  • sepasang sepersalinan (baju tido)
  • selipar jepun
  • meja mahjong *pitam*
  • air-conditioner




Bila masuk dalam group capsule tu, okla not bad jugak kat bahagian dalam tu. Tak terlalu luas dan tak terlalu sempit. Cuma satu je masalahnya iaitu toilet sume kat tingkat bawah. Unless, kalo setakat nak kencing, berak ataupun nak gosok gigi, cuci muka semua ada disediakan washroom kat setiap level. Kecuali nak mandi basah-basah tu kene turun kat level paling bawah iaitu B1 untuk buat benda tu semua. 


Facilities yang disediakan

Bila bercakap berkenaan dengan facilities yang disediakan, aku boleh katakan semuanya cukup lengkap dari segi keselesaan untuk ummah japanese yang datang menginap kat sini. Tapi ianya bukanlah untuk rakyat Malaysia especially Melayu yang mana mungkin tak biasa dengan culture yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun, especially bila bab nak mandi! Dorang kan memang terkenal dengan onsen, hot spring dan lain-lain. Kat sini kene mandi bogel ye! Tanpa seurat benang, ataupun hanya gunakan our own birthing suit. Huk huk huk. 

Time nak mandi kene turun ke tingkat bawah sekali. Tempat mandi bagi lelaki dan wanita adalah asing-asing ye. Tidak bercampur langsung. Aku ingatkan adalah macam private shower whatsoever sume tu, tapi rupanya tidak ada ya! Open shower duduk bertinggung mengadap cermin sambil scrub tubuh masing-masing. Adoyaiiiiiii tak best langsung! Nasib baik time tu hanya ada 2-3 orang pakcik duk mandi dalam kolam air panas tu. Buat taktau jela, mandi cepat-cepat terus naik atas. By the way, lupa nak amek gambar tempat lelaki punya sebab terlupa nak bawak handphone. Gambar kat bawah ni hanya tempat mandi wanita yang sedikit kecik. Yang lelaki punya kawasan lagi luas!

Tempat mandi wanita a.k.a ONSEN! hahaha 

Facilities lain yang disediakan di Capsule Hotel ni adalah seperti gambar kat bawah: 

Bilik komik! Semua komik yang ada kat jepun ni mungkin ada kat sini untuk setiap jilid yang dikeluarkan! nasib dalam bahasa jepun ni, mau tak tido kalo baca kat sini

bilik air kat tingkat atas, hanya untuk kerja2 berat dan ringan sahaja. mandi takde!

arcade anyone? 

tempat tengok tv berserta kerusi rehat ada speaker kat kepala. ada siaran 4 buah cerita termasuk PORN! 

tempat makan, kat tepi tu ada mesin air panas kalo nak buat megi ke ape

komik lagi.... 

bilik berhias, lelaki dan perempuan adalah berasingan. turut disediakan bedak, minyak rambut, ubat gigi, disposable toothbrush and etc. 

ni pulak kafe dorang kat tingkat 2. kalo nak beli makanan kene beli kupon dulu kat 1 vending machine ade kat tepi tu. air kosong adalah free of charge.

ni pulak individual capsule, sebijik macam bilik mayatkan? time ni memang takde orang pun, sunyi sangat! 

sape-sape yang ade fobia tempat sempit memang tidak digalakkan la... mau lemas kat dalam ni



Map and how to get there

Untuk sampai ke sini actually tak susah mana pun walaupun pada mulanya kitaorang macam menggagau gakla nak tau ke mana arah yang sebenarnya. Nasib baik ada dua orang negro yang sudi tolong. 

Direction:

* By subway Midosuji Line (Red Line)
* Stop at Shinsaibashi Station (Exit 7)
* From Exit 7, turn right and walk straight until you reach 3rd traffic light
* Along the road, you will see a big Apple Store & Puma Store on your right before you reach 3rd traffic light
* From 3rd traffic light, turn right and walk about 200 metres. 
* Kalo sesat, just tanya kat mana Asahi Plaza. Confirm orang tau sebab femes! 
* Untuk lebih info boleh klik ---> SINI skrol sampai bawah skali. 




Overall, kalo ikutkan pendapat jujur aku, aku tak rekomen untuk korang menginap kat sini kecuali terpaksa. 

Antara sebab yang aku kenalpasti adalah:

  • rate yang bagi aku agak mahal berbanding hostel yang biasa yang jauh lagi selesa
  • tempat mandi yang jenis onsen, unless korang jenis sanggup berbogel depan orang lain
  • nak carik microwave nak panaskan instant rice ke ape, unless beli kat cafe yang agak mahal
  • jauh dari exit subway (dalam 15 minit jalan kaki bagi bukan orang Jepun)
  • takde wifi dalam bilik, hanya kat common room sahaja

Ok dah tu je sebab-musababnya yang aku dapat pikir skang. Tapi tu hanya pendapat aku, and again yang kitaorang stay sini hanya untuk merasa. I think this is the first and the last. No more after this. 

Tapi, kalo korang nak try jugak... be my guest. Setiap orang akan ada pengalaman menarik sendiri untuk diceritakan. 

Ok dah la tu.. now back to work!

Bye!

25 comments:

  1. Hai John,

    sumpah takmau stay capsule hotel..
    seram ok..
    betol sebijik mcm peti simpanan mayat..
    haishhh

    ~watie79~

    ReplyDelete
  2. Nightmare yang ko maksudkan tu sebab onsen ke sbb tmpt simpan mayat tu?hehehe

    ReplyDelete
  3. Facilities semua tiptop... tapi tang bilik air tu, ya ampun... tak sanggup aku nak mandi vogel2 sesambil duduk atas stool putih tuh...

    ReplyDelete
  4. 7 day? 4 hotel/hostel..why?..why?...

    Lepas baca reveiw berkenaan capsule hotel ni seram lah pulak..bila John ckp not recommend so tak jd lah tggal sini..silap hari bulan masuk capsule tu pastu x bangun2 hahaha...eeeee

    ReplyDelete
  5. part shower tu. haha..skeri tul. ko x kena usha dgn pakcik2 situ ke john..hahaha.

    btw. mmg 'rules' kah kena pakai birth-suit shj? or bole jer redah pakai kain pelikat mandi? hehe.

    ReplyDelete
  6. @Watie79,
    hahahah sumpah tu dah penah try ke sebelom ni? hiks, tp group capsule yg kami amek tu actually ok je. takdela mcm sesak nafas pun. besar dia mcm kabin KTM tu.



    @DJ,
    hahahah onsen tu! hahah yg tempat simpanan mayat tu, kitaorang tak tido situ. dalam group capsule tak rasa pun mcm dlm peti. lebih kepada kabin ktm sbb agak luas yg group capsule tu.



    @Azra,
    hahahah kannnnnn! sebab utama adalah tempat mandi tu je. yg lain sume agak ok bagi aku.



    @Jari Manis,
    yela.. takkan nak 7 malam, 7 hostel kot. giler penat nak asyik tukar2 je. ;p



    @Agip Roslan,
    hahaha takde nak usha bro. lgpn aku rabun jauh so tak nampak secara detail ape yg berada kat sekeliling. abes mandi terus blah. hahaha. "rules" dia mmg kene birth suit, tp kalo xde orang nampak boleh je pakai seluar kecik/kain pelikat. buat bodo sudahhh. hahaha

    ReplyDelete
  7. hahaha.. klu aku taubat tak tidoq dah! dengan sempit suma bagai.. mati lemah japg..

    psstt..psstt.. best tak citer porn kat sana? ok baibai !

    ReplyDelete
  8. mmmm

    camneh bole ada gambo bilik mandi pompuan nih?

    adakah????
    ker akak salah tengok??



    ReplyDelete
  9. tak sanggup nak tido kat individual capsule camtu, lemas campur risau kang sampai sudah tak tido2...

    tapi facilities kat hotel ni not bad banyak yg diorang sediakan!

    kalo darurat boleh kot stay kat sini, tapi bab nak mandi tuh mmg hazab lah, kena angkut kain batik mak jah la pulak ke sana hihi






    ReplyDelete
  10. @Syafiq Sholihin,
    hahaha ko x try lg mana ko tau? ntah2 ko masuk sana just nice je ke? ;p porn tu kene byr!



    @Kak Anash,
    hiks... rahshia akak!



    @Janggel,
    yeke ni? hurm... hahahah



    @Mrs. Smile,
    hahah ye betol. kalo darurat bolehh la kalo dah terpaksa sangat. tp honestly agak mahal la.

    ReplyDelete
  11. Kompom akak akan lemas dok dalam kapsul ni...sesak dada, rasa nak muntah, otak tertekan, semua ada la kot..haha

    ReplyDelete
  12. very de mind your own bisnes temanyaaaa otel konsep cenggini...

    kalau takde org sgt, agak seremss la nak tido kt capsule tu...

    ReplyDelete
  13. teringin la nak tido dlm capsule tu...hmmmm...

    ReplyDelete
  14. scary giler tidur mcm mayat tu.. boleh semput mati kalau fobia sempit hahahaa.. tapi best untuk try nie hehehe..

    ReplyDelete
  15. @Khairuddin Lim,
    haaa mohon try utk pengalaman berganda. ;)



    @Aku seorang pengembara,
    taklah akak, ok je actually kalo akak amek yg group capsule tu. luas dan agak besar. kalo amek yg individual tu mybe lemas. ;)



    @Nana Tron,
    hahaha yezza! ko buat hal ko, aku buat hal aku gitu konsepnya. ;)



    @Biqque,
    mohon try nanti k... ;)))



    @Time Traveller,
    hahaha scary gakla kalo xde dipasang lampu. kalo cerah, shud b ok skit. tp kalo nak merasa pengalaman, mohon try. hiks.

    ReplyDelete
  16. nak tergelak pun ada baca pasal hotel ni, memang aku sanggup tak mandi la gitu, unless memang takda orang langsung, ahaha...

    ReplyDelete
  17. aku sanggup tido atas lantai dr jadi mayat idup lam peti simpanan tuh..akakakakkaka..but interesting..tahniah john ko merasa dok lam tuh..ekekee

    ReplyDelete
  18. Banyak gilaa komik! Kalau yang tahu baca tulisan Jepun, mesti heaven gila lepak dalam bilik tu.

    ReplyDelete
  19. mohon review capsule hotel kat KL pulak nanti. Hehe.

    Seram pulak bab2 mandi tu. aduyai

    ReplyDelete
  20. Tapi condition hotel capsule tu ok ker ?

    kang kotor giler susah gak -_-

    ReplyDelete
  21. @Derreck Lim,
    sangat okay dan bersih. ;)

    ReplyDelete
  22. Aiyoo..menangis ank aku tido dlm ni.. abis org lain x leh tido plak nanti..ha..ha.. tp setiap kali bace citer2 ko ni john, mesti gelak.. ko ni mmg klakar la kan..? Cara ko describe sesuatu tu... full of expression. ..:)

    ReplyDelete
  23. hi john..nanges sgt lama tak menjenguk blog uols
    kekdahnyer duk dalam kursus mcm duk dalam hutan
    iols rasa kalau masuk yang solo capsule tu
    aku mati lemas terus...haha giler sempits

    ReplyDelete