Happy Belated Labor Day!
Jom sambung travel aku ke Beijing bahagian 2. Pagi ke-2, malam pertama kat Beijing, bangun awal pagi dalam 530 pagi. Awal kan??? Kat umah pun tak bangun seawal pagi macam nie. Hahahaha....what to do, nama pun ikut pakej, Kenala ikut timing dorang betul tak? ;p Kami kena berkumpul di lobby hotel dalam pukul 7 pagi untuk memulakan aktiviti kami.
|
Keadaan di luar hotel |
|
lobby hotel |
Tapi sebelum itu, kami pegi breakfast dulu. Kalo tak breakfats camno nak jalan-jalan??? hahah. Kami dibawa ke sebuah restoran, tp aku pun dah lupa apa nama restoran tu, not bad keadaan dia, Restoran muslim di Beijing tidak susah untuk dicari kerana, mempunyai papan tanda yang berwarna hijau. Itulah restoran muslim.
|
keadaan di dalam restoran muslim tingkat atas |
Seperti biasa, bila di tempat orang kita tak boleh nak ikut kepala kita sendiri sahaja. Makan apa yang disediakan yea. Kalo tidak, bye2. Kami dihidangkan dgn nasi goreng cina, roti bakar + jem, telur dadar, char koy dan air nescafe yang tak brape nak kaw. Tapi, telan saje la labu....licin! hahaha
|
Penjual di jalanan: Hati-hati kalau membeli dgn diaorg. |
OK! lepas sudah breakfast semua, kami menuju ke tempat lawatan kami yang pertama iaitu, Tianamen Square. Mengikut dari hasil kajia aku melalui pakcik google, sedikit ringkasan mengenai Dataran Tianamen.
"Tiananmen Square is a large city square in the centre of Beijing, China, named after the Tiananmen Gate (Gate of Heaven's Pacification) located to its North, separating it from the Forbidden City. Tiananmen Square is the largest city square in the world (440,000 m² - 880m by 500m). It has great cultural significance as it was the site of several important events in Chinese history. The square was the center of the 4 June 1989 protests, where soldiers opened fire on protesters, killing 400–800, and perhaps many more"
Keadaan di sekitar dataran agak berkabus, menyebabkan gambar pun tak brape nak cantik. Layan jela ok. Sangat-sangat ramai orang yang datang melawat, seingat aku hari tersebut bukannya public holiday pun. Kebanyakan pelawat adalah dari kalangan rakyat China sendiri. Helloo...they have like more than 1 billion citizen. haha....
|
our tour guide sedang memberi keterangan |
|
easy way to trace your group members, hats! |
|
hats again! |
Di Tianamen Square juga terdapat Tianamen Gate yang terdapat Mao Zedong. Pintu masuk ke Forbidden City a.k.a Kota Larangan. Kompleks istana yang terbesar di dunia dan telah diwartakan sebagai salah satu warisan dunia oleh UNESCO.
di dalam kawasan Kota Larangan juga terdapat taman diraja yang sangat-sangat cantik dan tenang di mataku... kami tidak mempunyai banyak masa untuk menjelajah ke seluruh kawasan kerana tersangat2 besar dan tour guide kami pun ntah apa-apa nak cepat aje.... haishhh.... what to do..
|
beli lukisan kota larangan 20yuan. Mesti beli! |
|
penat berjalan....huhuhu |
|
lantai zaman dahulu |
|
lantai zaman sekarang |
|
ramainyaaaaa... |
|
salah satu singgahsana |
|
makcik..pose! |
|
kawasan luar dari kota larangan |
Kami keluar dari kawasan kota larangan lebih kurang pukul 1130 pagi. It's time to go for lunch people! hungry hungry! Kami dibawa menuju ke Restoran A Fun Ti. Satu lagi restoran muslim yang terdapat di Beijing. Restoran ini menjadi pilihan di kalangan tour guide untuk membawa para pelancong ke Beijing. Restoran ini diserikan lagi dengan hiasan ala-ala timur tengah. Pilihan makanan yang dihidangkan juga agak lazat dan enak. Kami dihidangkan dengan lebih kurang 9 -10 jenis lauk. Dan semuannya licin! lapo bebenor kome ye! ahaha
|
pintu masuk |
|
|
Selepas itu, kami dibawa pula ke tempat urut kaki, another government place to go. We spent about only an hour over there. Kami di beri penerangan mengenai urutan kaki yang dapat mencegah dan mengesan penyakit-penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Penerangan diberikan oleh pegawai yang bertugas yang boleh berbahasa melayu-indonesia. Urutan kaki ini hanya boleh diberikan kepada yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.
Oh ya, disini juga di ingatkan supaya tidak membeli sebarang ubat-ubatan yang dijual. Anda mungkin ditipu oleh mereka. Bagi mereka yang mempunyai lebihan duit, silakan. Kepada mereka yang kekurangan, sila katakan tidak! hahaha....just my opinion.
Selepas itu, kami dibawa ke sebuah masjid untuk menunaikan solat zohor-asar di salah sebuah masjid yang tertua di Beijing, iaitu berusia lebih dari 1000 tahun...lama tu!
Kemudian, acara kami yang terkahir untuk hari yang ke-2 adalah untuk menonton akrobatik yang dipersembahkan oleh peserta yang berkebolehan. Persembahan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Secara keseluruhan, persembahan ini amat-amat menakjubkan bagi pandangan mata kasar.
Itulah acara kami yang terakhir pada hari itu, wahhh...sangat-sangat penat! tapi best!
ni baru part 2.. chaiyok2! keep on writing bebeh...
ReplyDelete