Sunday, May 8, 2011

Beijing October 2010 - Part 5

Selamat berhujung minggu ye kawan-kawan! Dah hari ni sabtu, pastu esok ahad...pastu exam? Arghhhh....tak study pape pun lagi nie! Apa nak jadik nie~ huhuhuhu.

Tapi takpe, aku nak sambung Part 5 trip aku ke Beijing....Joms!

Alhamdulillah.... Pagi ni still lagi menyelebelahi kami, after breakfast, destinasi kami yang pertama ialah apa lagi kalau bukan Stadium Sarang Burung @ Bird Nest Stadium. Excited giler aku bila nak datang sini, sebab nak tengok sendiri dengan mata aku keunikan seni bina stadium ni, yelakan...kat Malaysia takde lagi stadium macam ni.Hihihi..... Sebelum ni, asyik duk tengok kat Discovery Channel je on how they built this kind of structure using tonnes of metal. Perghhhh...kagum sekejap, tapi jangan taksub ye. Pastu nak tengok Kiub Air @ Water Cube. Ianya ialah stadium akuatik. Kedua-dua bangunan ini adalah tarikan utama ketika berada di Beijing Olimpic Green Park. Ianya dibina sempena Beijing dilantik sebagai tuan rumah untuk menganjurkan sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik 2008. Opening ceremony untuk sukan ini telah berlangsung pada 08.08.2008. Semuanya 888 kan? Kaya kaya kaya....hahahaha...

Dah nak sampai di perkarangan olimpic park tu, dah start snap-snap pictures dari jauh dah. Tetibe, our "beloved tour guide" Mr Chan ckp, bas tak boleh berhenti ditepi jalan. So, kami diberikan masa selama 15minit untuk mengambil gambar stadium dari tepi jalan iaitu luar dari pagar olimpic park. Arghhhh......aku dah start bengang dah ni, nape jadik macam tue???? 15minit je???? Tepi jalan??? Bangang ke apa dia ni??? !@#$%^& memang kami semua ahli group agak bengang plus memberontak. Nape jadik macam ni??? Asal tak masuk dalam kawasan dia je, free je kan. Ni mesti kes gara-gara semalam ahli group kami tidak memberi untung komisen kepada dia kot, that's why arini dia balas dendam. Cilakak betul! Korang tengok gambar kat bawah ni, jauh tak? Berbaloi tak datang dari jauh hanya nak amek gambar dari luar pagar yang tak nampak keseluruhan stadium. Apa korang rasa? Nak mencarut tak?





Selepas sesi bergaduh dengan tour guide yang bangang tu, akhirnya dengan bantuan travel agent kami iaitu En. Usop telah berdiskusi dengan Mr.Chan supaya membawa kami masuk ke dalam perkarangan stadium tu. Btw, sesiapa nak masuk ke dalam kawasan olimpik, bayaran masuk hanyalah PERCUMA. Kecuali, anda ingin melihat sendiri keadaan di dalam stadium, akan dikenakan bayaran sebanyak 50Yuan @ RM25 sahaja. Tapi sekali lagi, tour guide kami yang kaki kelentong tu, kami kena bayar sebanyak 100Yuan. Sebab dah malas dan memang nak masuk sangat-sangat, kami semua bayarlah 100yuan. Aku tahu harga masuk stadium 50yuan saja sebab dah buat research, tapi sebab dah malas nak argue, bayar jela. Haaa....ketika sesi bergaduh tu, akula yang kepala protes kaw-kaw punya siap buat muka lagi. Yela, aku datang jauh-jauh dan memang sangat2 nak tengok stadium ni, alih-alih kat luar pagar je???? Apobondo ni? Mengamuk la apa lagi. Akhirnya, amukan aku berhasil, group members semuanya duk side aku. Hahahaha....aku menang!

masuk sekejap hotel sebelah Olimpic Park sementara tunggu tour guide beli tiket masuk
jalan masuk ke kawasan olimpik stadium





Puas hati dapat masuk stadium walaupun kena tipu. Huhuhu....jadila sebagai pengajaran untuk semua. Struktur stadium ni sangat unik dengan jalinan besi-besi besar yang membentuk seperti sarang burung gergasi. Sedia maklum China memang berusaha untuk menganjurkan sukan olimpik yang terbaik pernah diadakan. Hasilnya memang superb! Water Cube pun aku kagum. Macam nak picit kasi sampai pecah je gelembung udara tu. Hahahah.

pemandangan dari tingkat atas


Pemandangan dari tingkat bawah
C untuk COMEL!


Selepas itu, kami di bawa pula ke Diamond Centre. Ianya terletak tidak jauh dari kawasan stadium, kira-kira dalam 10minit perjalanan. Another government place, pegi jela. Kali ini, okla skit sekejap je kami singgah, Kat sini, manager Diamond Centre ni ialah orang Malaysia iaitu kalo tak silap namanya Mr. Steven. Banyak sungguh dia bercerita keadaan yang berlaku kepada para businessman yang berada di Beijing. Rasuah banyak berlaku. But there is nothing they can do. Kalo tidak, tutup kedai la jawabnya. 


kat sini ada jual sourvenir yang murah - di luar pintu masuk Diamond Centre
 Menurut Mr. Steven, di kedai mereka harga yang ditawarkan adalah harga yang telah di mark-up dengan tinggi. Untuk kami pada hari itu, dia kasik kami semua special discount iaitu harga yang begitu murah. Sampai membuatkan aku membeli rantai leher perak untuk adik perempuan aku. Hahahah....Beli jela. Sebelum beredar dari Diamond Centre, Mr. Steven memberikan kami cenderahti berupa rantai jade. Kecik je, tapi orang dah kasi ambek jela. Thanks a lot for the gift! 

Di bahagian luar Diamond Centre terdapat satu bahagian menjual sourvenir. Suprisingly, harganya sangat-sangat murah. Untul fridge magnet yang besar hanyalah 3 untuk 10yuan. Aku pun apa lagi...borong sakan la untuk bawak balik untuk kawan-kawan. Pastu untuk keychain, harganya sama juga. Nasib baik, aku beli kat sini dah banyak. Sebabnya, bila ke market seprti Yashow @ Sunny Gold, harganya sangat mahal berbanding di Diamond Centre. Aku ada beli keychain berupa maskot sukan olimpik yang ada 5 orang tu. Pasu dapat lak free gift keychain set yang kecik-kecik dalam 10 bijik. Mmg bertuah sungguh. Harganya dalam 40yuan untuk 5 keychains maskot tu. Mmg cantik dan special edition ye. Kat situ je ada.

Kemudian, kami dibawa untuk menikmati makan tengahari di sebuah restoran muslim. Ni picturenya. 


Selepas kenyang perut suka hati, kami dibawa untuk menunaikan solat zohor di masjid ketiga yang berada di Beijing. Sebenarnya, tak susah untuk mencari masjid dan juga makanan halal disini kerana terdapat ramai penganut agama Islam di Beijing. InsyaAllah, keberadaan kita disini tidak akan menemui kesukaran kecuali masalah bahasa. Itu dia bahasa aku. Hahaha


erkhhh? bahasa melayu?

bersama Imam Ibrahim
Kemudian, another government shop iaitu Dr. Tea! Kalau di Malaysia, kita ada Dr. Love ye....hihihi. Disini, terdapat serbuk-serbuk teh yang bermutu tinggi dan juga berkhasiat untuk tubuh serta kesihatan kita. Dipercayai, semakin lama teh tersebut, semakin berkhasiatlah ia. Kata mereka...bukan kataku. Harga juga boleh tahan.


Kami diberikan penerangan mengenai khasiat teh, jenis-jenis teh yang dan juga diberikan peluang sendiri untuk mencuba pelbagai jenis teh.



Sesiapa yang membeli teh tersebut akan diberikan hadiah percuma iaitu, alat mengesan kepanasan air, iaitu PEE BOY. Hihihi...ialahnya akan memancutkan air dari A*u kalau air yang dicurahkan ke badannya adalah panas.

pee boy
Seterusnya, kami singgah di Hard Rock Cafe Beijing hanya untuk membeli sedikit sourvenir. Aku agak ralat sebab lupa nak beli sweater @ jumper tu. Bila dah sampai KL asyik duk teringat-ingat. Pengajaran, kalo dah berkenankan sesuatu di negara orang ketika melawat dan ada duit, better beli. Jangan tak beli ok!



Acara terakhir kami, iaitu shopping tiba jua. Sebab hari dah hampir senja, kami hanya dibenarkan untuk membeli-belah untuk 2 jam sahaja di Sunny Gold Market. Market ini, bagi aku sangat-sangat kecil berbanding Yashow Market @ Silk Market. Pengujung pun tidak berada ramai. Sebab dah terlalu ghairah nak belanja duit yang dibawa dari Malaysia, aku beli terlebih pula. Agak menyesal sebab kat sini tak ada banyak pilihan. Tapi sebab excited punya pasal....xpela.

Kemudian, kami pun pulang ke hotel. Tapi sebelum itu, kami dibawa untuk makan malam di restoran yang biasa kami pegi. Makan jela.....

Nantikan bahagian terakhir trip aku ke Beijing nanti. Kalau la aku rajin type ye. Selamat malam~ 

p/s: Arghhhhhhh.....tak start study lagi!!!

6 comments:

  1. aku dah agak dah pesen tour guide cam gini mmg jenis jaga poket dia je..nasib baikla korg fight. dulu aku p sini Olympic Park naik train, wlpun train dia byk line, tp efisyen. mula2 mmg ko pening tp lelama leh paham. sbnrnya line train kat shanghai lagi byk compared dgn beijing.

    aku pun tak taula bila nak ripit china ni. thn dpn nak ke india pulak. but somehow nak repeat..insya allah. mana tahu kot2 nak ripit boleh form 1 group. kan?

    ReplyDelete
  2. tula....memula mmg pyh la kot nak faham line-line subway ni. lama2 paham ler.

    bab-bab nk ripit ni, kalo kene masa boleh je fatt. aku ni jenis yg x kisah sgt. as long as ada masa, ada duit...hihih. insyaALLAH.

    ReplyDelete
  3. Salam ...first time nak bagi komen kat blog ni Best betul baca blog ni & tau blog ni pun sbb lurk kat forum cari. Akak pun dulu follow gak pototravel end tahun 2008 ke Beijing ni pegi plak masa winter . Bile baca pasal stadium ni teringat kisah yg sama berlaku kat grup kitaorang. Samale sungguh sayup jauhnya nk ambik gambor stadium. Pastu tkde sorang pun terpike nak protes hihi. Mst best kalu ikut grup bdk2. Thanks for sharing your experiences.

    Ksara

    ReplyDelete
  4. @Ksara,
    thanks akak sbb sudi masuk blog sy. hihi....yup..mmg trjadi kat grup kami. mmg sy protes abes2an mmg sgt2 nk masuk stadium tu. yela, bwt ape amek pics dr jauh je...tak besttt!!! dah la bukan slalu smpai sana.

    ReplyDelete
  5. waa best2 ak neh lm dh silent reader jerk...hihi tp kalo korang nk ripit beijing backpacker leh la ak join ye dak;p

    ReplyDelete
  6. Ohh..situasi sama...tour guide kaki kelentong..pastu kalau masuk kedai2 gomen mcm silk, tea n kejadah yg alin tu x beli apa2 mulalah muncung panjamg sedepa...

    ReplyDelete