Tuesday, May 3, 2011

Beijing October 2010 - Part 3

Aku kena kerja esokkk!!! Arghhhh.....malasnyaaaa.....

Jom aku sambung bahagian ke-3 trip aku ke Beijing last year. Pagi ke-3, seperti biasa bangun awal pagi. Breakfast di restoran yang sama, makanan yang sama. hahaha...makan sajola. Tempat pertama kami lawat ialah kilang jade. Jade mengikut kepercayaan orang-orang cina ianya sangat2 membawa tuah kepada sesiapa yang memakainya. Bagi mereka, jade merupakan simbol kekayaan, kemakmuran dan kebahagiaan. Kalau aku tidak silap, semakin lama jade tersebut, semakin mahal harganya. 

kawasan luar kilang jade

pass untuk setiap pelawat



yang mana original? yang mana palsu?

macam mana dorang ukir ni??? kreatif sungguh!!!

katak besarrr!!!
Seterusnya, kami di bawa pula ke kilang kristal. Another government place...hihihi. itu adalah wajib bagi mereka yang datang melancong ke Beijing. Pihak kerajaan China mewajibkan semua tour guide untuk membawa pelancong ke setiap kedai kerajaan bagi mempromosi hasil-hasil keluaran negara China. Kadang kala, harga yang ditawarkan agak tinggi dan keterlaluan. So, bagi aku yang tidak brape gemar barang-barang macam ini, just tengok-tengok sajelaa....hihih 


bebola kristal yang dipercayai membawa tuah kepada sesiapa yang memeluknya sebanyak 3kali
pegawai memberi penerangan mengenaik kristal
Seterusnya, kami dibawa pula ke kilang tembaga dan juga untuk lunch sekaligus menunaikan solat zohor. Keadaan diluar still berkabus dan sejuk. Bila dah sejuk-sejuk ni, mesti la perut lapar betul tak? hahaha. Disini, kami dapat melihat bagaimana cara-cara dari besi tembaga diubah menjadi hasil perhiasan yang sangat-sangat cantik. Harganya yang ditawarkan juga sangat membolehkan poket rabak. 


cantik tak?



Lunch disediakan di tingkat 3 bangunan kilang tersebut. Restoran muslim tersebut agak selesa dan terdapat juga surau disediakan. Seperti biasa, makanan yang disediakan agak banyak dan sedap. Licin seperti biasa. hahaha...makan banyak la kami nih!






Selepas menunaikan solat zohor, tibalah tempat yang dinantikan oleh kami semua iaitu Tembok Besar China yang merupakan salah satu keajaiban dunia. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menjejakan kakiku disini. Keadaan disini agak sejuk dan berkabus tapi nasib baik tidak hujan. Kalau tidak, memang terbantutlah niat kami nak panjat Great Wall of China. hihihi 

Sedikit penerangan mengenai Tembok Besar China. Sumber dari wikipedia. 


Tembok Besar China (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang") atau (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 Li ()"), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).


pendakian bermula....






pose dulu kejap sambil hilangkan penat lelah. hihihi


curam kan? kene hati-hati ketika mendaki
Wahhh....cabaran ketika mendaki tembok ni amatla menguji kesabaran, kekuatan kaki kerana anak-anak tangga yang patut dipanjat amatla curam dan merbahaya. Terketar-ketar tangan aku duk memegang tempat pemegang besi yang disediakan. takut jatuhhh.....sakit wooo.... Alhamdulillah, aku berjaya memdaki sehingga ke base ke-2. Okla tu, dari tak panjat langsung kan. Alang-alang dah sampai, jangan biarkan ketakutan menguasai diri ok!

tempat menjual cederahati selepas penat memanjat. Di 2nd base

cabaran menuruni anak tangga lak. hayohhhh.....cuakk beb!




Kami beredar dari kawasan tembok besar lebih kurang pukul 4 petang. Keadaan di sekitar pula lebih kurang nampak macam waktu maghrib. Cuaca semakin sejuk dan tanda-tanda untuk hujan pula semakin jelas. Tempat terakhir yang kami dibawa ialah kedai ubat ajaib. Haaaa....nape aku cakap kedai ubat ajaib? Sebab kat sini ada dijual krim @ ubat yang mampu merawat lecur dalam masa yang singkat. Aku pun dah lupa apa nama ubat tersebut. Tapi,krim ini sangat-sangat mujarab. Tukang demonstrasi sendiri yang tunjuk skill pegang besi panas....wahhh.......cuakkk! 



Dari situ, kami terus meninggalkan kedai ubat menuju semula ke Bandaraya Beijing. Btw, jangka masa dari Beijing ke Tembok Besar mengambil masa lebih kurang 1jam bergantung kepada keadaan trafik. Masa balik, hujan turun mencurah-curah dan cuaca tersangat la sejuk. Tambah pula, perjalanan kami serikan dengan kesesakkan lalu lintas yang amat teruk. Terkandas jugala dalam 2 jam lebih. Apa lagi, tidur jela jawabnya kami dalam bas, penat duk daki tembok besar punya pasal.... hahaha anyway, it was a good experience for me. Lain kali, insyaALLAH aku nak datang lagi maybe as a backpacker? 

Jumpa lagi....

5 comments:

  1. bro ko pegi jugak kedai ubat tu , masa aku kena diagnosis dulu aku menidakkan semua benda yg doktor tu cakap sampai muka dia pun tensen , he he

    ReplyDelete
  2. tau xpe...hahaha...time org duk urut tu dorang tnye nk beli x minyak angin urut tu. aku ckp no no...pastu terus bwt muka sambil urut kaki aku tu. hahaha

    ReplyDelete
  3. tengok gambar tangga curam tu teringat aku waktu pegi dulu...kemain pegang tiang takut tersungkur. haha. tp dlm curam2 tu pun ada gak org yg pakai heels..gile!

    ReplyDelete
  4. fatt, betul tu fatt. awal-awal time daki tu kira ok lagi, pastu makin sempit...sempit..curam..curam..kalo berselisih ngn orang nak turun mesti cuak kalo tersentuh pastu tergolek kebelakang.....mak aihhhhh blh mati woooo...

    yang pakai heels tu lagi laaa, x ketaq lutut ka? hahah...tapi aku kagum ngn makcik-pakcik yang dh tua sanggup + still blh daki lagi smpai 2nd base. kental sungguh.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete