Wednesday, May 11, 2011

Solo Trip - Hong Kong Part 4.2 (Disneyland & Mid-Central Escalator)

Salam! Arini aku cuti sebab kereta aku buat hal tengah malam semalam. Haishh....nasib-nasib. Terima sajela. Sementara aku tunggu mekanik tue baiki kereta aku, aku balik umah dulu siapkan entry untuk Hong Kong ni yang lama tertangguh. Kali ni, tempat yang aku lawat selepas balik dari Ngong Ping 360. Untuk baca entry sebelum ini, sila klik SINI untuk Part 4.1.

Selepas puas meneroka Ngong Pong dan Big Buddha, aku pun mula beredar dari kawasan tersebut dan turun dari bukit tersebut dengan kereta kabel menggunakan return tiket yang telah aku beli terlebih dahulu. Kemudian menuju ke MRT Tung Chung untuk pulang ke Hong Kong semula. Tapi memandangkan Tung Chung line terdapat station yang menuju ke Disneyland, maka dengan tiket season pass yang aku ada, aku nak intai-intai apa yang ada kat sana. Stesen yang menuju ke Disneyland ialah Sunny Bay. Kaler line dia ialah merah jambu @ pink! Wahhh....ceria kan.

Rupa gerabak MRT yang menuju ke Disneyland juga istimewa, ialah direka seolah-olah train yang menuju ke alam fantasi. Kanak-kanak mesti gembira, kalo orang dewasa macam aku pun dah teruja kalo tengok. Hahahaha...



Tingkap yang berbentuk kepala Mickey Mouse!
Okeh....dah sampai ke stesen Disneyland. Keadaan rupa stesen Disneyland juga berbeza, memang menarik. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Agak panas juga dan kelihatan ramai pengunjung yang datang walaupun dah petang. Anyway, tiket masuk ke Disneyland adalah berharga HKD350 @ RM175 untuk 1-day ticket. Better book online yea, kalau tidak berasak la korang beratur kat kaunter. Ramai woooo.... Aku tak bercadang untuk masuk memandangkan ini ialah solo-trip. Rasa macam tak have fun pulak kalo masuk sorang-sorang. Maybe next trip, aku akan masuk. Just pusing-pusing keadaan sekeliling je dulu. Amek mood..... Hihihi

Jom layan gambar-gambar yang ada....













Memandangkan hari pun aku tengok semakin mendung, aku patut beransur pulang. Kang basah lak. Betol tak. Tapi pengunjung tidak putus-putus datang. Haishhh....gigih korang ni kan. ;p


Kemudian, sementara hari masih lagi siang ketika aku tiba di Stesen Central, aku bercadang untuk mencari Mid-Levels Central Escalator yang dikatakan terpanjang di dunia. Ialah dibina untuk memudahkan penduduk untuk menaiki ke tempat yang tinggi. Ialah kan, kat Hong Kong di keadaan di dalam bandarnya agak berbukit, dan bangunan yang dibina juga di atas tempat yang berbukit. Kalau nak naik tangga yang tak bergerak, berpeluh la ketiak nanti. Hihihi....ni la keadaanya.






Okla, memandangkan aku berjaya sampai ke hujung eskalator ni, aku pun dah penat menapak. It's time to go back to out hostel. Rehat ler, esoknya plan nak pegi ke Macao sekejap. Bye.... 

0 left their thoughts:

Post a Comment