Wednesday, May 11, 2011

Solo Trip - Hong Kong Part 5 (Final)

Helloo!!! Jom aku ceritakan part terakhir aku di Hong Kong. Untuk entry-entry yang terdahulu, sila klik link dibawah ye... 

Part 1 Hong Kong

Pada hari terakhir di Hong Kong, aku bercadang untuk ke Macao kerana jarak dari Hong Kong ke sana hanyalah memakan masa selama 1jam menggunakan jet ferry yang terdapat di terminal Hong Kong. Tapi oleh kerana bila aku sampai di stesen terminal, aku lihat terlalu ramai warga cina berpusu-pusu sedang membeli tiket dan waktu yang ada untuk ke sana yang tinggal hanyalah pada jam 12 tengah hari. So, aku fikir better aku tangguhkan dulu dan kemudian on my next trip. Sebabnya, aku perlu ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur pada jam 4 petang. Takpelah, takde rezeki....sob sob sob.

Pada hari terakhir ni, aku just lepak-lepak dalam bilik dan tidur je. Dah taktau nak pegi mana dah....ZzzZZzZz. Tepat jam 3 petang aku bersiap-siap untuk check-out dari hostelku. Btw, aku kena bayar extra sebab aku extend masa aku di hostel sebab dah tak jadi ke Macao. Kali ni, untuk ke airport, aku memilig untuk menaiki bus ke sana. Perhentian bas hanyalah 5 minit jaraknya dari Chungkin Mansion dengan berjalan kaki. Bas untuk ke airport adalah bernombor A21 dengan tambangnya sebanyak HKD33 sahaja. Agak selesa dan 2 tingkat. Untuk sesiapa yang menaiki Airasia, anda di sarankan untuk turun di Terminal 2, manakala yang menaiki MAS sila ke Terminal 1. Jangan risau, selepas bas berhenti Terminal 1, ianya akan bergerak dalam 500 meter untuk sampai ke Terminal 2.




Sementara menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur jam 10 malam, jom makan malam dulu. Aku mendapat tau terdapat restoran makanan segera yang halal di Terminal iaitu Poyeye Chicken. Harga set aku amek berharga HKD60. Boleh la tahan...tapi tak sesedap KFC, finger lickin' good~ Hahaha....



Sementara, menunggu lagi flight yang delayed!!! Terjumpa lak internet free kat terminal. Dapat laaa update fesbuk nak bagitau orang kampung aku dah nak balik dahhh....hahahha. Ni rupanya...

Terminal Airasia ni, adalah yang terakhir sekali...jenuh duk menapak. Ramai lak yang dah menunggu kat terminal. Ada yang tidur, ada yang duk berborak..etc.So, bila dah kena panggil untuk berlepas, kena naik bus shuttle ke pesawat sebab takde aerobridge pulak. Hahahah....

 Oh ya....meh aku tunjukkan apa yang aku bawak balik dari Hong Kong, hasil tangkapan aku. Hihihi






 Itu sahaja laaaa pengalaman aku di Hong Kong. Nanti nak datang lagi!!! InsyaALLAH....

Bye!

9 comments:

  1. poyeye chicken? bukan popeye ke? haha..

    ReplyDelete
  2. hahaha....betol la.salah eja! popeye yee...poyeye chicken!

    ReplyDelete
  3. bro, xnak listkan brp budget g sana ke? I'm going to travel alone jugak ni to HK.

    ReplyDelete
  4. @Fird,
    bro, total habes semua dalam rm2400 sahaja. ni dah termasuk flights, makan, shopping, tiket masuk dan bla bla...

    sorila, dh tak ingat bro. hihihi

    ReplyDelete
  5. salam bdk2,
    menarik sgt2 citer mu kt HK ni

    anyway,kalau me bwk twin stroller,agak2 leh x berjalan sane sini kt HK tu

    kalau xbwk,kang lg sorang kanak penat or dua2 tido serentak..haru jugek

    kot nk naik public transport dia mcm bus/tramp tu...rs2 mcm payah je nk lepas..alahaiii

    me pegi oct nanti...ada org kata mth tu xramai org..hopefully la

    sekian..titibe nk soal :)
    zazi

    ReplyDelete
  6. @Zazi,
    hi zazi...thanks for visiting my blog. hurm...psl ur question tu i susah nak ckp. tp pendapat i, agak susah kot nk bwk twin stroller yela kan hk ni penduduk padat. jalan lak kecik2. unless masuk shopping mall, or jalan2 kat kwasan yg luas shud b ok.

    utk naik tram @ bus @ mrt susah jugak. sbb kene mendaki dan mcm2 la. mmg agak susah la kalo bwk bdk2 kecik2 ni. october mybe just nice sbbnya tak panas sgt. nyaman je angin.

    ReplyDelete
  7. Hi John, sorry hijack post yg dah setahun nie...heheheheh...key chain disney tuh u beli kan mana?? Ladies market ker??? Berapa harga??? Sesuai nak bagi souvenir nih..

    ReplyDelete
  8. @Owen,
    beli kat ladies street je sbb ade je jual kat situ. tp bukan yg original ler. kekek. harga dlm rm20 utk sepapan tu kalo x silap. tp time u dh malas bargain. mybe ko boleh turunkan rege lagi. gud luck!

    ReplyDelete
  9. Hi John. your blog mmg informatif sgt. nice! anyway t-shirt2 yg ko beli tu brapa harga? sbb nak ke HK gak bulan 5 ni. so nak plan my bujet. tq....

    ReplyDelete