Monday, May 9, 2011

Beijing October 2010 - Part 6 (Final)

Monday Blues everybody!!! Mesti sesiapa yang bekerja terasa monday blues kan? Sama la macam aku jugak, tapi esok aku ada exam, so, mintak cuti siap-siap. Hihihihi....kalau tak, tak sempat nak prepare. Walaupun.... 

Jom aku sambung bahagian terakhir trip aku ke Beijing untuk hari ke-6 dan hari pulang ke Malaysia. Terasa berat hati pula nak meninggalkan Beijing. Best woooo......nanti nak datang lagi. Kali ni, as a backpacker. InsyaALLAH kalau ada kelapangan masa, tenaga dan sumber kewangan. Hihihi. Hari terakhir ni, kami mulakan dengan melawat Zoo Panda. Panda Zoo ini terletak di kawasan Zoo Bejing. Di dalam Beijing Zoo ini terdapat lebih kurang 16 kawasan pameran yang berlainan. Dan yang paling popular adalah Panda Hall. Disini terdapat giant panda. Seperti sedia maklum, panda merupakan haiwan yang paling popular di China. Mungkin disebabkan bentuknya yang comel seperti teddy bear. Dikatakan panda juga menjadi simbol diplomatik untuk negara-negara lain. Harga tiket untuk masuk ke dalam Panda Zoo adalah sebanyak 15Yuan @ RM7.50 sahaja. Murah kan? Jangan kata mahal pulak.

Arini kelihatan agak ramai pengunjung yang datang, maybe sebab hari minggu. Banyak bas-bas persiaran yang masuk ke dalam kawasan letak kereta zoo. Tour Guide kali ni pun buat hal jugak. Kami hanya diberikan masa selama 1 jam 30 minit sahaja untuk melihat panda-panda ini. Hurm....aku sungguh tak faham dengan dia ni. Nak kata ada lagi kedai kerajaan tak dah singgah semua dah....haishhh.... Malas nak melayan. Jom layan gambar....



comel kan??? terasa nak bawak balik je sekor 2 ekor.
Sourvenir shop. Harga berpatutan.
time ni, dah keluar dari kawasan zoo
boleh buat cover album tak? Hihihii
Kemudian, selepas itu, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh makcik-makcik, pakcik-pakcik, akak-akak, abang-abang dan remaja seperti aku iaitu shopping ler apa lagi. Hahahah....kali ni kami dibawa ke Yashow Market. Salah satu gedung membeli-belah yang besar yang terdapat di Beijing. Semuanya yang anda idamkan mungkin berada di sini. Memang boleh jadi gila sekejap atau rambang bijik mata la dengan pilihan-pilihan yang ada yang ditawarkan pada harga yang tinggi. Tapi harus diingat disini anda boleh membuat acara tawar-menawar dengan penjual tersebut. Aku pada mulanya, agak takut untuk tawar-menawar nie, tapi sebab mendapat tunjuk ajar dari En Usop, akhirnya aku jadi pro. Sampai ada ahli rombongan aku yang lain bawa aku untuk tolong dorang tawarkan. Hihihi... 

Teringat kisah ketika aku di Sunny Gold Market semalam. Aku teringin sweater turtle neck jenama Jeep. Kainnya sangat tebal dan jahitannya pula smart. Memang nampak macam original abesla. Harga yang tauke kedai tu letak mahal nak mampus! Dalam 500 - 600Yuan. Mahal giler wehhh....so, aku minta pertolongan En Usop untuk tawarkan untuk aku dengan harga 100Yuan sahaja. Mati-mati penjual tu tak nak kasi. Ok xpe, tak nak kasi sudah, kami blah....tapi dia panggil balik cakap "ok ok...serious price how much?" aku cakap la "'100yuan" pastu dia balas balik "no no....tunjuk muka bengang" En Usop pun tolong balik "come on laaa, we want to buy 2 shirts" pastu tauke tu macam tak nak kasik jugak. Kami blah laaa lagi sekali....pastu dia panggil balil, tanya lagi "how much you want" kami jawabla "100yuan". Dia dengan muka bengangnya...baling kalkulator di tangan pastu jawab..."ok ok...100yuan". Sumpah weiii....memang happy nak mampus bila dapat harga tu, aku duk siap gelak-gelak tak tahan tengok gelagat tu. Itu dia ya tuan-tuan dan puan-puan. Hati kena kering abes bila buat tawar-menawar ni. Jangan takut, tauke kedai tu senyum jek bila dapat duit. Dorang sebenarnya dah dapat untung dah. Kalo tidak, masakan dia sanggup jual dengan harga kita minta tu. Betul tak? Jom layan hasil-hasil tangkapan aku....

Disini terdapat banyak tingkat yang memjual pelbagai jenis baranga termasuk pakaian, tas tangan, beg luggage, kasut, cadar, sutera, dan lain-lain.


Hasil-hasil tangkapan aku sepanjang aku berada di Beijing agak banyak....sampaikan aku dijolok dengan gelaran Johan Shopping. Hahahah.....thanks kepada ahli rombonganku. You guys rock!

itulah sweater turtle neck yang aku cakapkan tu. ada 2 kaler, biru dan putih
Sebelah petang pula, kami di bawa ke Hong Qiao Pearl Market. Market ni agak tidak ramai orang yang datang mengunjung dan juga tidak banyak pilihan seperti Yashow Market. Tapi disini, aku dapat beli tali leher Paul Smith yang elok kualitinya dengan hanya RM4 sahaja....murah gilerrr kan??? Aku angkut dalam 7 helai. Nak pakai pegi keje....Hihihihi

Sampai di hotel, aku, hazwan dan adiknya diberitahu bahawa esok kami akan pulang ke Malaysia menaiki penerbangan pada pukul 8pagi. So, kami dikehendaki berkumpul seawal jam 5pagi. Awal kan? Nak buat camne kan....ikut sahaja laaa....so, packing-packing barangla. Ingatkan dan lebih berat dah...cuak jugak...hihihi.

aku bawak 1 beg je, balik 3 beg. Hahahah....beranak sakan.
Dragonair menuju ke Hong Kong untuk transit
En Usop yang best!
Breakfast dalam flight.
Berlepas pulang....sayu je
Subhanallah....cantiknya gunung-ganang tue....
Di awan biru....
Itulah sahaja pengalaman aku untuk trip ke Beijing. Sangat berpuas hati dengan pakej dari Poto Travel. Murah.....berbaloi-baloi untuk sesiapa yang ingin menyertai pakej yang ditawarkan. Terima kasih kepada Hazwan sekeluarga, Abg Nabhan dan Kak Intan, Doc Rashid & Doc Saleha sekeluarga, En Usop, Rina. Korang semua sangat-sangat best dan happening! Rindu dah korang semua.... 

Aku harap aku dapat datang lagi ke Beijing dan kemudia explore Shanghai, Xian, Guangzhou kalau ada kelapangan masa, tenaga dan wang. Hihihi...insyaALLAH. Oleh itu, sekian. Wasalam...

3 comments:

  1. ko mmg johan shopping. brp byk ko abis ni??? haha..tp worth catch aite? :)

    dlm banyak2 tu mata aku tertarik kat glove tnf la. brp ko dpt utk glove tu? material waterproof ke?

    ReplyDelete
  2. total aku abes utk shopping ni dlm rm1300 je. bg aku mmg berbaloi laa....especially baju2 yang aku beli tu. mmg puas hati. kalo nk beli yg ori, hai...alamatnya rabak jgk. tp sebab kat sini mmg murah tu yg beli tu.

    glove tu aku beli ramai2 skali ngn team mmbrs yg lain. kami tawar smpai 1 dlm rm10 je...nk kata water proof blh jgk la. tp mmg tebal jgk. tp utk yg macam leather tu, x brape tebal, tp dalam die ada kain bulu2.

    ReplyDelete
  3. beb, brapa ko beli satu fridge magnet tu? aku beli mahal la RM5 satu..mangkuk pny peniaga. kasar gile, tarik2 boleh jd sexual harassment ni. siap peluk kalau x nak beli. thanks for sharing bro.

    ReplyDelete