Monday, May 7, 2012

India is Incredible? - Day 6, Part 1 (The Taj Mahal)

Assalamualaikum!!!

Ok dah pindah rumah, so for the time being memang takde internet kat rumah aku. Terpaksa tunggu office hour kalo nak main internet atau blogging sume. Hurm...sedihnya. Ada sape-sape nak provide internet? Hahah.

Tanpa melengahkan masa… mari aku sambung cerita India aku untuk hari ke-6 ni. Kemuncak segala-galanya bagi trip kami yakni melawat Taj Mahal! Salah satu dari 7 keajaiban dunia. Wallaweyy! We are here!!!

Pada asalnya kami nak gerak awal pagi, konon-konon nak sempat tengok sunrise kat Taj Mahal. Tapi sumenye dusta semata-mata sebab kami semua tido dengan nyenyaknya. Siap boleh berlengah-lengah lagi dalam bilik tu. Kami gerak keluar lebih kurang jam 10 pagi dah time tu. Giler lambat kan? Siap boleh breakfast lagi kat bawah tu order lempeng pisang dan jugak toast. Air teh O pekat panas menjadi pilihan kami. Yela, cherry berry kot..itula ubatnya. Bak kata orang dulu-dulu.

Kami amek je tuk-tuk yang kat depan Tourist Rest House tu. Dia quoted untuk kami untuk 1 hari berjalan ialah sebanyak 500 rupees. Okla tu kan. Dia akan bawak kami pegi ke Taj Mahal, Baby Taj, Bazaar, Mehtab Bagh. Tapi untuk sesi pertama, kami terus menuju ke Taj Mahal. Driver tuk-tuk ni kata dia muslim. Kalo dia tipu aku, maka aku pun tipu korang jugak. Hahaha. Perjalanan ke Taj Mahal tak tau pun dalam kira-kira 10 minit kalo naik tuk-tuk. Untuk masuk ke kawasan Taj Mahal, boleh melalui 3 pintu utama iaitu pintu barat, timur dan selatan. Kami dibawa masuk mengikut pintu barat. Kat kawasan pintu barat tu terdapat jugak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis souvenirs yang korang boleh beli. Kene bargain la ye. Kami tak beli lagi time ni sebab nak tengok Taj Mahal dulu. Takmo buang masa…




Owh ya, lupa nak bagitau tema kami ketika melawat Taj Mahal ialah menyambut hari raya. Hahah Kami pakai pakaian rasmi rakyat Malaysia. Lengkap bersongket bagai ok! Hahah. Meriah tak? Dah la warna sume sedondon..happy! Boleh buat lagi next time. Hehehe. Ok jom beratur beli tiket. Wallaweyyy! Ramai giler orang duk beratur. Time ni cuaca pun dah semakin panas. Matahari terik memancarkan cahayanya. Tapi kalo takmo beratur panjang, jangan risau. Ada kaunter khusus untuk foreigner macam kita semua. Harga tiket masuk ke Taj Mahal adalah yang paling mahal dalam semua tempat-tempat bersejarah kat India ni iaitu sebanyak 750 rupees!!! Seperti biasa, rakyat dorang dapat diskaun 99% dari harga kami kene bayar. Cis! Kat sini jugak, sila make sure anda dapat kembali baki duit anda kalo bayar guna note besar. Sebab ape tau, orang jaga kaunter tu tak kasik balik duit baki MasMZ sebanyak 250rupees! Siot gilerr…Bila kami dah jalan masuk ke dalam baru perasan yang dia bayar paling mahal yakni 1000 rupees!!! Sedih….pilu dan kesal. What to do.. bertabah jela.

Jom beratur masuk ke Taj Mahal. Waduhhh…ramai benor orang duk beratur nak masuk. Sekali lagi kene scan satu tubuh badan. Beg pun kene geledah ok. Peraturan utama ialah tidak dibenarkan membawa gula-gula dan makanan. Air mineral masih lagi dibenarkan. Yelakan, plastic gula-gula tu kalo dibenarkan masuk, mesti bersepah orang duk buang merata. Yang bagus kat India ialah semua benda perempuan mesti diberikan priority. Nak queue masuk entrance pun ade lane khusus untuk mereka. Untuk foreigner, jangan risau kita pun dapat priority ok untuk masuk. Takyah beratur bersama rakyat local. Yela, dah bayar tiket sikit punye mahal nak mampos, takkan kene beratur panjangkan. Mau tak aku mengamuk kat depan tu jugak. Hahaha. Jom masukkk!!!


Lepas dah setel security check sume, tak masuk lagi tau jumpa Taj Mahal… ada satu kawasan lapang yang menemukan 3 pintu masuk utama sebelum tiba di gerbang masuk Taj Mahal… Dan….dari jauh…dah nampak kelibat Taj Mahal..lambang cinta agung Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Ok dah malas nak cerita.. jom layan gambar.













I am SUPERMAN!!!
Dah sampai betol-betol depan Taj Mahal tu, begitu kagum kami. Banyak simetri yang dari jauh nampak lain, dari dekat nampak lain. Menakjubkan! Begitu cantik senibina dorang dengan bangunan tu dihiasi dengan pelbagai jenis semi-precious stones. Berserta Islamic kaligrafi. Teliti dan kemas. Menurut Andaque, one of the blogger said to me, sebelum ni ada orang pecah masuk Taj Mahal untuk korek semi-precious stones tu. Gilerr jahat manusia ni kan? Tamakkk… Kat dalam bahagian Taj Mahal tu tak dibenarkan untuk amek gambar, so takdelah gambarnya. Tapi seriously, kat dalam tu memang sejukkk je. Maybe sebab batu marmar tu sendiri yang memang sejuk. Dah abes masuk ke seluruh pelosok dalam Taj Mahal tu kami beredar ke bahagian luar pulak. Makk aihh…punyelah ramai orang duk bersila atas lantai tempat yang teduh tu. Yela, cuaca arini agak panas. Macam berkelah pulak tengok. Hahaha. Kami pun tak melepaskan peluang buat benda yang sama. Tapi tak sempat nak panas punggung, kami semua dihalau oleh security. Katanya menggangu aliran trafik. Hurm…beredarlah kami…








Pastu terjumpa pulak tiang menara kat bucu Taj Mahal tu, kami lepak situ pulak since macam teduh je. Sebab masing-masing macam pening dan sakit perut. Hahah. Pastu sempat lagi duk baring atas lantai duk posing macam-macam gaya. Hahah.  




Lebih kurang 3 jam kat Taj Mahal, kami beredar untuk balik ke Tourist Rest House kami. Sebab dah tak larat gilerr. Nak tido petang dulu untuk rehatkan badan. Petang nanti baru keluar balik untuk ke Baby Taj dan catch sunset from the other side of Taj Mahal. Jomlah balikkkk….



Sebelum tu, kami terpandang pulak ade booth India Post kat situ. Alang-alang tu terus kami poskan semua poskad-poskad kami untuk teman-teman di tanahair. Gigih tau tulis sume pastu sign kat setiap kad. Hahaha. Macam hantar kad raya pulakkk. Hahah. Harga setem aku dah lupa tapi tak mahal. Ramai pelancong tak melepaskan untuk hantar jugakk.. Bagus dorang ni kan..



That's it for now...till then, wasalam..

19 comments:

  1. akak first..
    ok bai
    nak sarapan...
    jab lagi komen betul2...
    hahah
    gituuu

    ReplyDelete
  2. Smart move to pick the colour blue (nice shade too) and the whole get-up. Back when I travel, everyone dresses simpler and bring a skirt was abit overd0 (even now, but I peduli apa, janji gambo lawa and unique).

    ReplyDelete
  3. Yeay dah sampai Taj Mahal!!!!!!
    Nak pakai baju melayu blink2 la lepas ni, kain saree kekdahnya!!! Hahhaha.

    ReplyDelete
  4. mana poskad utk saya?


    zany

    ReplyDelete
  5. kat mana tukar baju? ke pakai dari hotel? balik salin tak?

    wah banyak soklan plak...curios!

    (mana la baju kembang ijau aku tu...beli semata nak tangkap gambar kat taj mahal, skang tak pakai dah hahaha!)

    ReplyDelete
  6. tgk gambar post ni,teringat cerita slumdog millionaire :)

    ReplyDelete
  7. yeayyy third kalao kira blakang kcc ngan janggel, yeay first sebelum Ely, Maszuber, Chawanna... Muahahahahaa terel tak buat matematik!!!

    Taj Mahal tu memang cantik sangat.... Amazing larr rasa bila dapat tengok salah satu keajaiban dunia tu. Tak sangka dalam g mencapai cita-cita ngan korang!!! Sakan taw!!! Ekekekeke... Thank you so much. Ecehhhh tetiber tacin!

    Biqque,

    Kemonnnn.... cari balik... korek. korek mana ko tanam baju tuh... hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Hey JOhn!

    pergh semangat korang pakai baju melayu bagai! haha...cepat2 hantar salam perantauan..haha

    tapi serious taj mahal cantik! tapi bab karcis ticket yg melampau mahal tu T_T sadis!

    ReplyDelete
  9. ada satu gambar tuh...siap tjuk org minum air...
    unik wehh...

    heheh

    ReplyDelete
  10. Korang memang gigih bersampin bagaiiiii!!!

    ReplyDelete
  11. menarik aaa konsep jalan2 korang, siap pakai baju melayu lengkap tu ahakssss ...

    setiap pengunjung memang wajib pakai ke sarung kaki plastik tu ? macam masuk kilang makanan / elektronik lah pulak !

    tengok2 gambar2 kamu ni, memang best aaa senibinanya. kalau Wakjan, mau explore dari awal pagi sampai petang hahahaha ...


    azam nak kesana juga satu hari nanti ! pernah juga ke situ sebelum ni, tapi yang kecik punya kat Taman Tamadun Islam di Terengganu tu. berskala kecik punya dulu hehehe ...

    Gambar2 kamu snap, memang best ! keep it up ...

    ReplyDelete
  12. Stunning photos Bro!



    Disebalik keindahan,terkubur azab kuli-kuli yang menbinanye.

    Pietre Dura....

    ReplyDelete
  13. Nice blog and post.. Will definitely revisit.

    ReplyDelete
  14. tak pe lah mahal sebab ada priority tu.. kira oklah kann..hee

    wamboii... baju melayu bagai.

    ReplyDelete
  15. @Kak Anash,
    ahahah kiasu gilerr kak anash nih!! bertabah jela. hahah



    @Lily Riani,
    we never tot that this color would match the surrounding. love every moment of it! heheh. takpe...i akan bwk 1 pasang prop utk bergaya. a lil bit different. heheh. why not kan! hahah



    @Janggel,
    nk pakai saree??? oh no!!!! hahaha



    @Zany,
    akak, nnt kasik alamat k...insyaALLAH sy akan poskan kalo berkesempatan.

    ReplyDelete
  16. @Biqque,
    pakai dari hotel ler!!! hahaha. gigih x kami? lol. pegi carik baju hijau ko now! hahaha.



    @Pineapple,
    hahaha sy xpenah pn tgk smpai abes cerita ni. heheh.



    @MasMZ,
    ni sorang lagi! hahaha...gigih! alhamdulillah...tercapai jugak cita2 kita semua kan. heheh. thank you sooo muchh jugakkk!



    @Rayyan Haries,
    hahah gigih tak kami??? hahah. nnt nk antar la satu nnt. kekeke. mmg cntikkk gilerr taj mahal tu, tp bab tiket masuk biasela, die ingt tourist sume kaya. hahah



    @Kak Anash,
    sy duk pikir yg mana satu rupanya. ok dh jumpa. hahah.

    ReplyDelete
  17. @Maszuber,
    kami mmg gigih!!! hahaha.



    @Azizan Zolkipli,
    wakjan, sy selalu mmg suka pakai baju melayu kat negara org. kalo trip2 yg lama2 la. kalo pegi kejap2 je mmg tak sanggup nk bawak. hahha.

    yup, setiap pengunjung mmg wajib pakai sarung kaki tu. katanya takmo lantai taj mahal tu nnt kesat akibat tapak kasut masing2.

    insyaALLAH, waktu wakjan akan tiba jugak nnt. boleh tenung lama2 taj mahal yg indah tu ;) thank you!!!



    @MrJ,
    thank you bro! mmg btol, disebalik keindahan, dah brape ramai yg terseksa.



    @Daddy,
    Thank you for visiting my blog.



    @Azian Elias,
    hehehe..tula. bukan slalu kan. pengalaman masing2. ;)

    ReplyDelete
  18. Congrats john!! to blogger lain yg menang gak, congrats jugak..korang mmg daebak!!! best gilos blog korang ^^ V

    ReplyDelete
  19. aiskkkkkk!! apsal gi sini lak posting ni..aku nak post kat page depan..akakakaa...copy paste semula..

    ReplyDelete