Saturday, August 3, 2013

Hanoi, Vietnam - Hoan Kiem Lake & Restoran Nisa

Gigil-gigil!

First of all, terima kasih atas segala komen-komen ucapan tahniah pada entry yang lepas. Semoga jasa anda semua akan aku kenang sampai akhir hayat! Arini perjalanan sejauh 8 jam merentas beberapa negeri untuk sampai ke kampung halaman tercinta! Doakan aku selamat perjalanan. InsyaALLAH... 

Pfft! Gigil nak abeskan cerita Hanoi ni. Tak sabar aku nak cerita bahagian lain lak. Banyak gak entry tertunggak nak abeskan. Ewahhh macamlah banyak travel nak compare dengan orang lain yang lagi banyak travel dari aku ni haa... Papepun, Alhamdulillah dapat travel gakkan. 

Dah puas kitaorang berpeluh-kesah dalam market tadi, kitaorang berjalan pulak menuju ke Hoan Kiem Lake. Kiranya lake ni femes abeslah kalo datang Old Quarters, Hanoi ni. Ibarat taman tasik Shah Alam, sebab boleh tengok ramai muda-mudi duk lepak-lepak, pelancong lain duk bersiar-siar. Tasik ni takdelah besar mana pun tapi di tengah-tengah tasik tu ada pulak bridge yang kaler merah. 

Sedikit info pasal tasik ni yang aku cilok dari Janggeltrekker: 

        Hoan Kiem Lake. A pleasant park in the centre of town, within easy walking distance from anywhere in the Old Quarter. It's the locals' favourite leisure spot, and a great place to watch people practising tai chi in the morning or to sit and read in the afternoon. Hoan Kiem means "returned sword", and the name comes from a legend in which King Le Loi was given a magical sword by the gods, which he used to drive out the invading Chinese. Later, while boating on the lake, he encountered a giant turtle, which grabbed the sword and carried it down to its depths, returning it to the gods from whom it had come. (You can see a version of the legend at the Water Puppet Theater - see below.) Rumour has it the giant turtles still inhabit the lake. A mummified specimen is on display at the Ngoc Son Temple. 







Kat kawasan depan tasik ni lah kitaorang mulakan aktiviti shopping kitaorang yang lain-lain. Banyak kedai-kedai beg duk jual pelbagai brand seperti Deuter, North Face dan lain-lain lagi. Kualiti dia agak elok sebab Vietnam tak silap aku dapat license daripada original manufacturer. Lebih kurang macam tu la ceritanya. Tapi beg-beg ni semua bukanlah 100% original. Tapi yang authentic. Kira quality wise memang gred AAA. Masing-masing rambang bijik mata duk pilih beg mana yang berkenan. Murah murahhh! 





Selain dari beg-beg ni, ada gak macam kasut, pakaian semua yang aku rasa kualiti pastu murahh! Jangan lupa bargain ya.. penting tuh! 

Dah penuh dah tangan duk bimbit plastik shopping masing-masing, perut pun lapar la weh.. Aim kitaorang tengah hari ni adalah nak makan kat Restoran Nisa yang terletak tidak jauh dari tasik ni. Kali ni, buat pertama kali Kak Anash menjadi kitaorang punya tour guide. Berpandukan sekeping peta di tangan beliau. Beliau mengatur langkah menuju ke Restoran Nisa. Mula-mula tu sesat gaklah. Ntah ke mana hala dia bawak kitaorang. Tapi berkat kegigihan... akhirnya sampailah jugak kitaorang. Alhamdulillah.... 


Kecik je restoran ni, tapi time kitaorang sampai orang pun tak brape nak ada. Terus naik ke tingkat atas sebab ada aircondkan. Panas wehhh duk kat luar nih. Orderla makanan yang berkenan di hati. Antara makanan yang diorder adalah seperti dibawah: 








Ni adalah alamat Restoran Nisa:


32 Hang Tre Str., Hoan Kiem Dist., Hanoi - Vietnam
 Email: nisarestaurant@yahoo.com.sg 
Tel: (84-4) 39261859 / 38243860 Fax: (84-04) 39261916 
Mobile: 0912 040 537 
Website: http://nisa-restaurant.com

Dah setel makan tu, terus la balik semula ke hostel untuk rehat, mandi dan shalat. Nak berjalan pun masing-masing dah tak larat dah dek kerana tangan penuh dengan plastik beg! Hahaha.. haru sungguh kalo jenis kaki shopping neh. Ehem ehem. 

Malam tu kitaorang keluar pulak untuk menerjah pasar malam di lokasi yang sama. Saje nak tengok ape yang dorang duk jual tu. Sempat malam tu beli tshirts I Love Hanoi etc. Harga agak murah. Tapi kualitinya hancus sebabnya kain dia jenis yang takleh stretch tuh. Ketat je manjang pakai. Hurm.. nasib baik beli 3 helai je. Tapi lepas dah setel beli baju semua tu, tak semena-mena guruh pastu hujan turun dengan leeeebatttttt yang amattt! Stranded kitaorang kat kaki lima kedai sambil terkena tempias air hujan. Kesian pulak duk tengok para penjual ni duk bertungkus-lumus balut barang jualan masing-masing dari terkena hujan. Lama gak kitaorang duk tunggu hujan reda, tapi tak reda-reda. Nak tak nak, belila baju hujan sorang sehelai. Kualiti agak tebal dan elok. Maka teruslah pulang ke hostel. Nak shopping pun, banyak gerai dah tutup. Sob sob sob.. 




Malam tu terus pack bag masing-masing. 

Esoknya, kitaorang dah arranged siap-siap dengan receptionist hostel suruh sediakan minivan untuk kitaorang pegi ke airport. Flight kitaorang pagi tu jam 9.10 am. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. 


Dalam flight, terima kasih banyak-banyak kepada TanSree Coco sebab sudi belanja kitaorang biskut dalam kapal terbang AirAsia ni. Semua steward dan stewardess pakat kerumun beliau sebab paling banyak beli kali ni. Hiks. Terima kasihhh!!!



Overall, trip sepanjang 2 weeks ni memang banyak boleh kenal hati budi masing-masing tatkala susah, senang, sedih tawa dan semualah! Walaupun aku rasa banyak sungguh halangan yang perlu kitaorang lalui, tapi aku puas hati dengan segala benda yang terjadi. 

Ucapan jutaan terima kasih kepada MasZuber, AnaZuber, Nazura, MasMZ, Dan Arif, Janggeltrekker dan TanSree Coco atas segala pertolongan, kebaikan, ketabahan, kegigihan, keseronokkan, kegembiraan yang kita alami sepanjang trip 2 minggu ni. Ampun maaf atas segala kekurangan, kesilapan tingkah laku disepanjang perjalanan kita. Amin...

Till then.. Bye!!!! 

11 comments:

  1. hihi
    iya..akak bawak korang sesat sebelum sampai restorant nissa tu
    kiki...

    tansree le sangat..beli biskut je dlm flight...

    overall..akak puashati dgn trip bekpek-paling-lama-first-time akak merasa...

    ReplyDelete
  2. aku nmpak ko ni sangat rajin menulis.. tiap tiap hari ade update.. tahniah.. beri kat aku sket vitamin rajin ko tu.. susah sangat aku nak tulis expidition aku yg tertunggak ni..

    ReplyDelete
  3. salam. terbaca artikel ttg sdra dlm HM. teruja nak baca blog ni n terus follow sekali.

    ReplyDelete
  4. Tulisan blog anda membuat saya terpikat untuk ke vietnam.. oh best nyerr.. :D

    ReplyDelete
  5. Aha...dah sampai kampung halaman dah yer..Selamat Hari Raya :-)

    Akhirnya khatam sudah story for 2 weeks travel khennn...next entry story ke mana pulak..sabar je tunggu nih..

    Best aaarr travel ngan kak Anash..manjang dpt mkn free..hihihhi..kakak yg prihatin dan sporting

    ReplyDelete
  6. @Syieda,
    selamat hari raya jugakkk! maaf zahir batin! ;)



    @Kak Anash,
    thanks for your support akak! nnt belanja lg ek. ;p



    @Lavender,
    hiks... takdela rajin sgt tp aku dah muak cite ni x abes2. tu yg kene rajinkan diri skit. hihihi. tak bestlak duk tangguh2. ;)



    @Abe Kie,
    thanks for your support bro. really appreciate it. ;)



    @Time Traveller Boy,
    thanks bro for your support! ;)



    @Janggel,
    kannn! akhirnyaa!!!!



    @Jari Manis,
    alhamdulillah... dah selamat sampai. ;) selamat hari raya! Maaf zahir & batin.

    tu la... akhirnya abes jugak! kene rehat jap dlu then baru sambung blk. kekeke

    ReplyDelete
  7. Aku pernah singgah Hanoi thn 2007 atas urusan kerja kat Ha Giang utara vietnam selama 10 hari. Makan mmg susah, terpaksa makan maggi beberapa hari sebelum makan nasi dgn kicap!! kawan indonesia aku belasah apa saja hehehe..balik malaysia kurus kering hahaha...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Bestnyer baca blog u.. Teringin nak travel camni. Blog u akan sentiasa menjadi panduan saya tuk travel. Daebak :)

    ReplyDelete