Sunday, October 20, 2013

Review : Carisbrook Cottage, Queenscliff

G'day Mate!

Hari ni aku nak cerita pasal accommodation aku yang aku rasa agak istimewa berbanding accommodation yang lain sepanjang aku berada di Victoria untuk trip kali ni. 

Jika kita travel dalam 1 kumpulan let's say more than 5 pax, dalam planning mestilah kalo boleh nak duk sama-sama. Takmau berpisah katanya. Lagi best kalo ada dapur skali. Nak jugak main masak-masakkan? ;p 

Jadiknya... since kami dah sampai dari Sorrento ke Queenscliff dah malam. Nak tak nak kene la jugak overnite kat Queenscliff sebelum memulakan perjalanan di Great Ocean Road (GOR) pada keesokkan paginya. Dah memang tugas aku untuk carik accommodation yang boleh memuatkan kami semua. 

Untuk menginap di hostel adalah agak kurang convenient sebab kitaorang ada 1 baby bersama. Ibarat travel with a big family together with one bibik. Hahah ;p So, aku pilih style macam homestay. 

Antara website yang boleh terjah adalah ---> http://www.stayz.com.au 

Tapi kebanyakkannya takleh nak penuhi kriteria yang aku pilih dan jugak ada minimum stay pulak tuh. Aku nak hanya overnite untuk 1 malam saje. Tapi rezeki aku jugak ada terbaca yang ada sorang forumer ni menginap di Carisbrook Cottage. Aku pun, apa lagi... terusla google berkaitan tempat ni. 

Ni adalah details:

Carisbrook Cottage
Rear 15, Symonds Street,
Queenscliff, Victoria 3225
Hosts: Barb and Barry Griffiths


Alhamdulillah... rezeki menyebelahi aku. Ada lagi vacancy untuk kami semua. Harga yang perlu dibayar AUD215 untuk 6 orang dewasa. Actually, cottage ni kalo dia tulis maksimum hanya boleh muat 5 orang je. Tapi dalam nota waktu booking tu, aku request siap-siap nak tambah lagi 1 extra bed. Okla aku paid in full guna credit card. 

Lepas dah setel booked dan buat bayaran. Tak lama lepas tu, host tu terus email aku balik tanya betol ke nak 1 extra bed tu. Dan aku cakap yes la kan. Pastu dia cakap balik, tapi kene tido kat bahagian luar la kot sebab ruang tak brape nak luas katanya! Aku cakap... it's fine. No worries. Giteww speaking bagai. Nanti dah nak tiba waktu berangkat, don't forget to email her back sebab dia nak prepare roti untuk kami samada nak white bread ataupun grain bread. Duh~ hahaha. 

****************************************

Tiba hari yang dinantikan... kitaorang dah selamat tiba di Queenscliff dengan feri dari Sorrento. Dah set GPS siap-siap ikut alamat yang diberikan. Tak jauh pun rasanya less than 1 km dari terminal feri tu. Time ni dah macam waktu Maghrib dah. Semua senyap sunyi je kawasan sekeliling. Macam haunted town! Tapi akhirnya jumpa gak cottage yang dinantikan. Teruslah aku ketuk loceng yang kat luar rumah tu. Keluarlah host yang bernama Bard, makcik tua yang sangat friendly. 

Honestly, my first impression was like... "betol ke nak tido dalam english cottage macam ni?" Sila rujuk gambar kat bawah.... hiks. So, masing-masing dalam pikiran.. ini sudah bagus. Best best la kan dalam hati. Bila lagi nak merasa duk cottage macam ni. 

english cottage?

Tapi itu semuanya hanyalah fantasi semata-mata! Kami takkan menginap pun kat cottage seperti gambar kat atas nih sebabnya... tu adalah rumah host tuh! Sebaliknya... kitaorang akan menginap kat cottage dibahagian belakang rumahnya itu! Kene lalu sebelah kereta tu menuju ke backyard. Gitu... bunyi pun dah macam henglish style! Hahahah. 

inilah cottage yang sebenarnya... kami akan spend 1 malam kat sini

Okla.. pasrah dengan cottage yang diberikan... tapi ruangan dalamnya menggembirakan kitaorang semua. Takde la luas mana pun... tapi dekorasinya adalah skit-skit ciri-ciri yang kitaorang impikan. Agak old-skool.. tapi best! 

Kat dalam tu... ada 2 buah bilik. Kiranya semua ada 6 tilam semuanya. Semua orang dapat tido atas tilam dan bantal yang empuk. Duvet pun bestt sebab skali dengan electric blanket kalo sejuk sangat malam tu. Boleh pakai. 

Cakap banyak pun.. tak guna. Jom lihat sendiri ada apa kat bahagian dalam tuh!

ruang tamu utama... takde yang kedua.. ini je!

view dari different angle. kerusi meja makan tu, old skool abes!

kat sudut ni pulak ada grandma's chair siap dengan blanket bulu kambing biri-biri

keadaan 2 buah bilik tidor

bahagian dapur, cukup lengkap dengan segala benda perkakasan nak masak, makan dan minum!

complimentary juice, milk, bread and cereals for breakfast!

ni pulak bahagian bilik mandi dan laundry room

Apa macam? Menarik tak?

Bagi aku, agak menarik jugak sebab bukan slalu pun try tido kat tempat macam ni. Dinner untuk malam tu kira agak proper la jugak sebab ade bibik yang tiba-tiba angin elok rajin untuk masak malam tuh. Dinner malam tu adalah tomyam sayur, telur dadar dengan sardin? Lupa dah pastu makan buah kiwi as dessert. Dapp errr.... 

Malam tu tido lena sungguh haih dah la sejuk... nasib baik ada electric blanket tuh. Enak sungguh nak berkuntum dalam duvet! 

Esok paginya.... bangun awal macam biasa. Rajin la lagi prepare breakfastkan. Hiks. Makan megi goreng pastu roti bakar sambil hirup orange juice dan susu. Hahaha henglish style lagi except for megi goreng. Very malaysian! 

Since semalam tak sempat nak amek gambar kat kawasan sekitar, meh pulak aku tunjuk gambar kat kawasan depan tu. 

depan cottage aku, siap ada tanaman, kat belah kiri tu siap ada bbq equipment lagi

buah limau dan lemon, sempat amek sebijik letak dalam tomyam nak kasik masam.. hiks

Pagi tu sangatlah elok cuacanya! Tapi still sejuk-sejuk lite-lite. Langit biru semua... semoga perjalanan pagi tu berjalan lancar... Lebih kurang 9 pagi, keadaan kat Queenscliff ni masih lagi sunyi sepi. Takde banyak kedai pun yang bukak. So, amek gambar sekitar dari dalam kete jela... 

Overall, memang aku puas hati dengan tempat penginapan untuk kali ni. Aku rekomen kalo sape-sape nak buat pitstop. 






Jom gerak menuju ke Great Ocean Road!

Till then.. bye!

15 comments:

  1. bestnye dpt duduk kt dlm rumah dorang..suke tgk rumah2 kt OZ, aritu jeling2 dr luar je, takleh nk masuk..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. YEay..mmg baloi lah bayar AUD215 for six person..menarik pulak tu

    Apa yg pasti JM suka tgk pic John dan Irdina ke namanya..like daddy n daugther...rupa nampak seiras..kalau dah kahwin nanti mesti bakal bapa penyanyang ni...dh tak lama leh tu heeee

    ReplyDelete
  3. smart wei umah 2....
    mcm umah sendiri plak aku tgk....

    ReplyDelete
  4. pic last tu lawo. macam lukisan!!

    ReplyDelete
  5. @Yayanrahman,
    tulah! rasa seronok mmg ada time masuk tuh! ruang kecik tp dengan barang2 yg minimal dlm tuh.



    @Jari Manis,
    tu harga yg paling murah yg boleh dapat. tp taktaula kalo ade org boleh dpt lagi murahkan. ;)



    @Takky,
    hahahah smart ke weyy? hahah typical rumah kat sana tak besar dan tak kecik.



    @Fara Mohd,
    terima kasih! insyaALLAH...



    @PM,
    terima kasihhh! mmg cantik pun! ;)

    ReplyDelete
  6. Memang kalau travel big group 4,5,6 orang ni senang dapat accommodation selasa tapi harga tinggi tapi divide jadi murah .. :D

    Comey pulak bila dukung baby tu :D hehehee..

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat stay kat rumah macam tu. Very Aussie style, teringat pulak kenangan lama :P

    Saya dapat rasakan kegembiraan HF di sana.

    ReplyDelete
  8. nampak gaya aku kena buat gak la homestay camni kat palmiera cacatoos hahahaha! sila masuk kot dapur!

    ReplyDelete
  9. @Time Traveller,
    haaaa betol2. ;) dpt la spread the cost tu. comey? hahaha baby tu yg comeyy. aku? *pitam* hahaha



    @Naramas Aman,
    akak lagi la kan.. penah stay kat Melbourne bertahun lamanya. msti rindu kan. ;)



    @Janggel,
    mai amek kunci! hahaha



    @Khairudin Lim,
    suka jugakk! kat malaysia tak tumbuhkan pokok bunga ni.



    @Biqque,
    hahahah terpaksakan! hahah motip masuk ikut dapur? choiii! hahaha

    ReplyDelete
  10. serius best giler cottage tuh!
    wah wah ada potensi untuk jadi bapa mithali nie...:P
    last picture..perfect!

    ReplyDelete
  11. @Mrs. Smile,
    hiks... contoh mithali? pitam~ hahaha

    ReplyDelete