Wednesday, October 2, 2013

Victoria 2013 : #1 - The Arrival | Apex Car Rental

G'day Mate! 


Kalo datang Australia, tu antara greetings yang kita akan dapat. Dengan slang pekatnya, nak tiru lidah dah terlalu melayu abes. Hahah. 

Melbourne....? Kenapa pegi Melbourne lagi? 

Tu antara pertanyaan yang aku dapat lepas aku beli tiket, semasa dan balik dari sana tempoh hari. Honestly, maybe sebab aku tak dapat captured the best moment while in Melbourne last year, yela dulu pegi time winter! Sejuk nak mampos okay time tuh! Nak berak pun takut sebab toilet bowl dia takde heater! So, this time around pegi time spring. The best time to visit Melbourne. Katanya kalo ikut website yang aku baca kat internet. Suhu tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Plus, chances nak ada langit biru adalah tinggi. 

Selain tu, sebab kenapa pegi Melbourne lagi adalah kerana aku rasa tahun ni banyak travel ke negara mata-mata sepet. Sesekali nak jugak nak tengok orang putih. Nak pegi europe, blom ada rezeki lagi. So, pilih jela asia pasifik. Nak dijadikan cerita, tengah lunch kat area ofis, tengah duk makan-makan ni ada ofismate kata nak pegi Melbourne, kiranya nak ajak aku skali sebagai masterplanner. 


Try tengok tiket AirAsia lepas tu, which is a good bargain even though time tu bukan big promo or whatsoever. Dapat dalam RM800+ untuk return ticket exclusive of meals and baggage. Time ni lebih kurang dalam bulan April 2013. Aku pun contact jugak kawan aku yang penah join trip NZ dulu. Dorang asyik kata nak berjalan roadtrip. Tu yang aku kontek dorang. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, dorang pun setuju. Terus ler pejam mata beli tiket. Aku ni buat keje giler... semua trip banyak pakai duit. Tapi memikirkan this time nak pegi 10 hari 9 malam. Aku gigih gakla buat saving. Plan kasik paling murah selagi boleh. 

Total ahli rombongan kali ni adalah 6 orang dewasa dan 1 baby less than 1 year. Tapi 3 orang daripada mereka tak join the whole trip aku. Dorang nak relax-relax. So, okla tak kaco aku punya plankan. 

Hari demi hari... plan punya plan... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Time nak fly pun duit Australia Dollar turun sampai less than 3.00 untuk AUD1. Memang bernasib baikla currency tengah murah. Aku tukar dalam RM3200 camtu dengan ada a few accommodations already been paid in full. 

Jom fly~



************************************

Area Victoria adalah 2 jam cepat dari waktu Malaysia. Tu je nak bagitau. 

Ok.. pengalaman kat airport kali ni amatlah aku menyampah, sakit hati dan jugak terkejut! Kitaorang selamat mendarat kira-kira 8:20 pagi waktu tempatan. Biasalah muka pun tak mandi pagi still ada air liur basi semua tuh. Kene lak beratur untuk lepas imigresen. ETA semuanya dah approved time kat Malaysia lagi, so takde masalah yang tuh. Kiranya, passport dah stamped dengan imigresen. Pegila kutip luggage masing-masing. Bila nak lepas tu, ada la beberapa lane yang ada. Ada yang kene lane 1, lane 2, lane 3 ataupun lane 4  - 5. 

Nasib tak baik ntah kenapa... aku dan 2 orang kawan aku kene lane 1. Okla... kitaorang jalan buat macam takde pape yang berlakulakan. Yela, makanan sume memang aku tick untuk declare. Nak takut apakan. Dah la Lane 1 tu takde orang! Kitaorang je plus ada sorang asian ni macam peniaga sebab dia bawak banyak barang souvenirs camtu. 

Kene turn aku kene soal sambil pegawai tu bukak dan geledah beg makanan aku. Semua dia selongkar keluarkan makanan semua tuh sambil dia tanya aku macam-macam soalan seperti berikut:

1. nape datang sini?
2. ada kawan/sedara ke kat sini?
3. stay kat mana?
4. nak buat apa kalo datang sini? 
5. penah datang sini? 
6. bagitau nama kawan yang join datang sini last year?
7. last year datang buat apa? 
8. keje apa?
9. apa nama kawan yang join skali last year?
10. stay mana last year?

Tu antara soalannya... bangang tak bangang? Ok aku tau tu procedure dia. Maybe ni adalah random check dia sebab muka aku macam asian abes. Kononya. Plus, takkan dia tak tengok chop passport aku tuh. Dah lebih banyak kali kot masuk Australia nih.  Tak penah pun kene tahan sampai macam tuh skali okayy! Adoyaii.. dalam hati ni sape je yang tau. Nak marah-marah kang kene hantar balik. Jawab jela dengan jujur. 

Kebetulan time tu, kawan aku sorang lagi pun kene soal kat kaunter lagi satu. Abes dia geledah gak, pastu terjumpa itinerary plus budget yang aku buat untuk dorang. Kawan aku ni rajin print untuk dia tengok kemudian hari. Pastu pegawai tu duk belek-belek la kertas tu. Sambil berkata "this is pretty good". Nak je aku jerit kat telinga dia "of course! it is very very good! "Who the hell you were thinking I am?" Dorang sume macam impressed la sebab nampak travel plan kitaorang tu memang well-prepared. Takdenya nak migrate terus datang sini. 

Kemudian, pegawai tu masuk bilik dia kejap amek scanner untuk scan makanan yang aku bawak tu. Alhamdulillah.. semuanya lepas. Termasuklah teh tarik 3-1 yang dalam sachets tuh! Hahahah. Kejadahnya kenela kemas balik beg. Nasib baik dia bukak beg makanan je. Beg baju aku, aku tahan awal-awal sebab tak payah bukak tu semua pakaian je. Kang satu keje lagi nak kene kemas. Helloo... time is precious okay! 

Dah setel tu, terusla keluar ke arrival hall.. Fuh, lega la nak cakap. Seriously, aku geram! 

Bila dah keluar tuh, duduk kejap sambil pikir nak buat apa. Owh ya... call office Apex Car Rental untuk airport pick-up pegi office dorang untuk collect kereta yang aku dah booked. 

By the way, kalo tak call pun boleh terus keluar dari pintu arrival terus ke seberang jalan. Carik je van putih besar yang ada perkataan Apex Car Rental. Nanti bagitau driver ada buat booking. Dari airport ke Apex Car Rental dalam 10 minit. Tak jauh mana pun. 

Note: LESEN MALAYSIA ADALAH VALID DAN TAK PERLU TRANSLATE DI AUSTRALIA!

Untuk cara-cara booking boleh refer kat entry ---> Apex Car Rental


Proses amek kereta tu agak cepat. Less than 10 minutes camtu. Segala payment dibuat dengan guna credit card. Kat ofis dorang pun ada segala mak nenek peta, brochures. Boleh la kutip kalo nak buat panduan. Lepas tu dorang tunjuk kat mana kereta kitaorang. Check dulu kot-kot ada calar ke apa. Nanti takdela pape yang kene bayar ganti rugi walaupun aku dah amek zero excess insurance which is inclusive kalo ikut entry aku sebelom ni. 

Kereta yang aku dapat adalah tahun 2013 Hyundai Elantra kaler royal blue yang bermileage hanya 4000km! Bau kedai lagi okay! Tercapai jugak cita-cita nak drive kete kaler biru camni. Cool giler bawak. Plus, pemanduan sangat bestt! 


Dah dapat kereta tu, terus set GPS menuju ke tempat penginapan untuk hari tu. 

Okla ni pun dah panjang... nanti aku sambung lagi.

Till then.. bye!

11 comments:

  1. Cuak betul bila di soal siasat mcm tu..TAPI mmg tak boleh terima antara soalan2 yg di ajukan tu..itulah kan..ikut nasib. maybe nasib John tak baik hari tu.. coz like blogger DJ..tak ada lak citer kena tahan mcm tu..

    ReplyDelete
  2. noooooooooooooo! ini tak panjanggggg! cite lagi wehhhhh...haih baru nk enjoy...

    ReplyDelete
  3. Amboi JM, patut tersedak2 pagi ni, ada org sebut rupanya..hehehe betul la, mmg ikut nasib...ktorg tak kena check luggage lgsg tp ketemu sama anjing besar woo...debar giler bila anjing tu lalu sebelah kita...sambil mendabik dada okeh...eksyen!rasa nak sekeh jee...hahaha

    ReplyDelete
  4. hahahahah

    weh
    akak pun kena soal siasat
    tapi idak le camtuh sekali soalan nya?

    itenary pretty impress???
    wajib la weiii...nih kaki berangan ok??? master planner for holiday tau!!!

    heheh (akak is overst?)

    ReplyDelete
  5. Sebelum ni tak pernah nak comment tapi bila baca experience kat airport tu terus kata nak comment. My experience was even worse. My husband and I dah lepas keluar immigration dah tapi kena panggil masuk balik coz our friend kena tahan diorg ingat bawak drugs. Sebabnya dia bawak ketupat instant masuk melbourne! Pengsan!!!!! 2 jam kitaorang kena soal siasat.

    ReplyDelete
  6. Nk tanya la..keta yg u sewa tu muat ek 6 dewasa? Sbb tgh riki2 keta sewa utk 6 org tp 4 kanak2 la...mpv mahal sgt huhu!
    Lizawati...

    ReplyDelete
  7. Salam...nk tanya..keta yg u sewa tu muat utk 6 org ek? Sbb tgh riki2 keta sewa utk 6 org tp 4 kanak2 la...mpv mahal sgt huhu!

    ReplyDelete
  8. Hi nak tanya..apex car ni ade mintak deposit ke? or u just pay amount sewa sahaje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp mmg ade. dia akan mintak credit card. tp dia takkan charge pun. nnt bila dah return kereta, deposit tu akan drop sendiri. tak silap aud300 kot.

      Delete
  9. share la itinerary yg awsome tu sikit..

    ReplyDelete