Sunday, December 29, 2013

Kansai, Japan 2013 : #12 - Kiyomizudera Temple | Kinkaku-ji Temple

Ohayōgozaimasu!!! 

Hari ke-4 di Kyoto, nampaknya arini kitaorang akan berangkat pulang ke Osaka. 

Tapi... disebabkan ada beberapa lagi main attractions yang takmau dilepaskan kat Kyoto ni, maka kitaorang sepakat untuk balik ke Osaka lepas Zohor macam tu. Kiranya separuh hari ni, kitaorang akan jejalan setakat mana yang sempat je kat Kyoto. 

Packing bag dan check-out siap-siap dulu. Tinggalkan beg semua kat hallway hostel. Dan terus keluar menuju ke bus stop, sebelum tu beli Kyoto City Pass (500yen) dulu siap-siap kat Family Mart berhampiran. 

Pagi tu, nampaknya tak hujan. Alhamdulillah... kiranya tak menggangulah perjalanan kitaorang arini untuk menuju ke destinasi yang pertama iaitu Kiyomizudera Temple. Harap-harap, kalo datang awal pagi macam ni tak seramai semalamlah. Tapi still pagi tu, kitaorang bawak payung, just in case kot-kot hujan turun secara tiba-tiba. Takke kene beli payung lagi?

Dari bus stop Kiyomizudera menuju ke pintu masuk, kenela menapak secara mendaki bukit kira-kira 500 meter camtu melalui celahan lorong. 



Tanpa membuang masa, kaki melangkah gagah hingga ke puncak pintu masuk.. sesekali tu tangan sempat la amek gambar yang mana ikut berkenan di hati ni.

Entrance fee: 500yen/pax

ada orang suka makan ke timun jeruk ni? 

gerbang yang menyambut untuk menuju ke temple, tapi bukan kat sini beli tiketnya, nama gate ni adalah Deva Gate

view dari atas

Sedikit info berkaitan Kiyomizudera Temple (the temple of clear water):

Sebuah kuil yang terletak di Gunung Otawa di bahagian timur Kyoto yang merupakan kuil bersejarah yang dibina pada tahun 778, sebelum Kyoto menjadi ibu negara Jepun. Lama kan? 

Sejak penubuhan kuil ni, ianya telah mengalami beberapa kejadian seperti kebakaran, gemba bumi. Dan kemudiannya dibaikpulih ketika era Shogun Tokugawa Ietmitsu yang ke-3, pada era Edo (1631 - 1633). 

Untuk nak baca lebih ---> SINI 

telaga air suci

di tepi Three-Storied Pagoda

ukiran pada bumbung bangunan, artistik dan berseni

depan : Kaizan-do Hall, belakang : Three-storied Pagoda

merahnya daunnn! ^_^


Kiyomizudera Temple kompleks ni telah didaftarkan sebagai salah satu binaan warisan dunia UNESCO pada tahun 1994 dibawah monumen bersejarah Kyoto Purba. 

Bangunan yang paling femes kat sini adalah Main Hall yang mana Eleven Headed and Thousand Armed Kannon Bodhisattva yang amat popular untuk memakbulkan doa dan hajat. Selain tu, Kiyomizudera Stage merupakan lagi satu binaan yang femes yang telah menjadi landmark kepada kuil ni. Mana-mana foto orang amek, mesti ada gambar dari sudut seperti dibawah nanti. 

pagoda di kejauhan

pemandangan bandar Kyoto dari puncak Kiyomizudera Temple

kak Coco pose skit

colok hijau untuk berdoa dan berhajat

mereka sedang menyalakan colok masing-masing

Otowa Waterfall - yang mana pengunjung boleh minum untuk mendapatkan kekayaan, panjang umur dan kejayaan di dalam pelajaran

diatas Kiyomizudera Stage - rasa macam nak terjatuh bila berdiri kat atas nih

doa-doa dan hajat-hajat



view yang wajib amek kalo datang sini

Kiyomizudera Stage dibina menggunakan proses yang berbeza yang mana tiang (Japanese Zelkova) setinggi 12 meter disambung tanpa menggunakan sebarang paku (teringat Istana Adabi di Perak) dan jugak lantainya dibuat menggunakan lebih daripada 410 papan cypress. 


Kitaorang spent tak lama pun kat sini, tak sempat nak explore semua dek kerana kekangan masa, dan dapat ape yang dihajati, kitaorang mula berjalan menuju ke bawah semula. Time ni musim luruh masih belum berada di puncaknya. 

view dari bawah... gerun tengok sebab takut runtuh

keindahan musim luruh... nyaman dan damai

ada satu pokok dah penuh daun merahhhh! 

menuju ke jalan pulang

kepadatan negara Jepun

langit dah mula biru

selfie secara berkumpulan

time turun, gila padat!

Tunggu bas pulak nak pegi ke mana? Last tempat yakni Kinkaku-Ji Temple (Golden Pavilion). 

Jauh skit nak sampai sini lebih kurang 20 minit perjalanan jugaklah dari hentian bas Gion tu. Nombor bas? Carik sendiri bila sampai okeh? Hiks. 

sempat amek Yasaka Shrine yang terletak di tepi jalan kawasan Gion

Jom layan gambar jela ek.. takde mood nak bercerita sangat sebab hari last di Kyoto ni, takde benda-benda menarik nak bercerita...

Entrance fee: 400yen/pax

Tapi sebelum tu, sedikit info pasal Kinkaku-Ji Temple:

Merupakan salah satu Zen Temple terletak di utara Kyoto yang mana dua tingkat binaan diperselaputi dengan dedauanan emas. Lebih dikenali sebagai retirement villa kepada Shogun Ashikaga Yoshimitsu. 

Untuk bacaan lanjut --> SINI 


peta kawasan Kinkaku-Ji Temple, hanya cover yang dalam bulatan merah je, tak cukup masa! T___T









coin toss





Cerita tak banyak nak menceceh sebab takde mood nak menaip panjang-panjang. 

Lepas tu, terus kitaorang balik ke hostel untuk amek bag dan terus menuju ke Kyoto Station untuk mengalami menaiki shinkansen dari Kyoto menuju ke Osaka. 

Tapi... dalam next entry la ye. 

Bye!

6 comments:

  1. Bg JM view di kedua2 temple ni sgt menarik time autumn season dengan daun2 yg colourful tu

    No bus cari senduri hahaha betul tu jgn malas2 takkan semua nak mkn bersuap kan

    ReplyDelete
  2. Lawa2 gambar2nya :)

    1. Timun tu best sebab rangup tapi tak pernah plak try versi jeruk. hehe

    2. Kalau lalu bawah deva gate tu jadi diva ke nanti? ahaha

    3. Kiyomizudera Temple bahagian platform tu pakai kayu ke semua? giler lah, aku tengok dari gambar pun nampak cuak. haha

    ReplyDelete
  3. serious lawa gambar no.11 dari bawah...

    *lari pegi bank nak check duit asb dah blh draw ke idok - aku nak beli jugak tiket ke osaka hehehehe*

    ReplyDelete
  4. @Jari Manis,
    yup.. kalo nak dtg peak autumn is the best time.



    @Khai,
    hahaha aku pun tak teringin bro nak try versi jeruk. hahah ko nak jadik diva tak? boleh la try lalu nanti. hahaha yg bangunan tu, yup memang palang dia kayu. aku tengok pun macam scaryyyy!



    @Liza,
    terima kasihhh. ;) insyaALLAH, one day akan jejak kaki ke jpun jugak.

    ReplyDelete
  5. xpelah bro. xpyh lah diva-diva ni. susah2 je kena lalu bawah gate tu. haha

    ReplyDelete
  6. Lepas visit temple ni, ada makan sample yatsuhashi dekat kedai kedai souvenirs bawah tu sampai kenyang tak?

    ReplyDelete