Assalamualaikum!
Akhirnya tiba ke entry yang terakhir untuk trip Germany ni. Fuh~ lega rasanya bila akhirnya nak abes dah. Pasni boleh la proceed ke trip lain lak. Eh, ada ke? Ahaks... dah almost dua bulan tak naik kapal terbang ni. Hurm... rindu lak kat seat kapal terbang yang sempit itu~ hahaha.
Ayuhh! Ni berlaku selepas aku dah balik ke hostel tengah hari tu untuk mandi dan shalat dan tukar baju yang lebih selesa skit. Cuaca pun macam agak panas skit arini. Okla dari gloomy hujan je kan. Takleh sesiakan cuaca yang elok camni.
Aku naik semula metro menuju ke stesen Brandenburg Gate. Sebelah kiri gate yang besar ni terletak satu memorial yang aku rasa agak simbolik la dengan sejarah Jerman ni sendiri. Pembunuhan beramai-ramai orang yahudi yang berlaku antara tahun 1941 - 1945.
Nama tempat ni adalah "The Memorial to the Murdered Jews of Europe @ Holocaust Memorial". Tempat ni bukan kubur ye... tapi hanyalah sekadar memorial yang mengundang sedikit kontroversi yang dikatakan tidak perlu sebenarnya buat benda ni.
kawasan memorial yang seluas 19,000 meter persegi yang terdiri daripada 2,711 bongkah simen yang berlainan ketinggian |