Monday, October 20, 2014

Bhg.7 | Neuschwanstein Castle, Germany

Anda peminat dunia fairy tale?

Zaman kecik-kecik dulu mesti suka gakkan? Tak kira lelaki ataupun perempuan. Dunia khayalan putera puteri raja yang ada macam-macam cerita yang tinggal pulak dalam sebuah istana gah nan indah kat atas bukit. 

Fuhhh~ indahnya hidup camtukan?

Realitinya benda camni adalah wujud pada zaman dahulu. Arini aku akan pegi ke istana Neuschwanstein yang terletak di Hohenschwangau berdekatan dengan sebuah pekan Füssen kira-kira 2 jam dari bandar Munich. Nak pegi sana boleh pegi secara tour yang agak banyak ditawarkan di Munich. Harga pun aku tengok agak berpatutan kira macam 1 day trip camtu. Tapi since aku sorang je, malas nak ikut tour-tour ni. Aku lebih prefer ikut masa aku sendiri. 

Maka, untuk ke Füssen, aku beli je tiket train untuk ke sana yang berharga EUR23/return. Harga ni adalah off-peak price tau. Meaning tiket ni hanya boleh naik train hanya selepas pukul 9 pagi. Kiranya takde waktu nak balik pukul brape pun boleh. Walaupun, masa beli tiket tu ada diberitahu waktu departure outbound and return.

Aku rasa korang mesti susah nak hadam ape yang aku cakap ni. Takpe, kalo susah sangat nak beli kat mesin tiket, boleh je terus beli kat kaunter tiket yang ada banyak kat Munich Haupbahnhof (Central Station). They will assist you. Tapi queue dia.... fuhhh~ panjang! 

Gambar bawah ni adalah tiket yang aku beli untuk ke sana. Takde bahasa inggeris pun. Semua bahasa Jerman.  How how how?


Actually, ni yang aku nak cerita skit apa yang berlaku kat aku time beli tiket ni kat mesin tiket. Ok... aku dah pilih sekian-sekian waktu untuk pegi dan balik. Seingat aku, waktu berlepas yang aku pilih adalah tak silap jam 11 pagi camtu dan untuk balik pukul 6 petang. Alih-alih, bila dah setel buat payment bagai keluar tiket macam kat atas tu. Takde masa berlepas dan waktu balik. Dan dan dan tu jugak aku macam blur, "eh, pukul brape aku punya train nanti?" haaaa sudahh... yela takut la kalo salah naik train, kang kene turun dari coach tu pulak. Taknak buang masa, aku terus tanya kat kaunter tu kot-kot dia boleh bagitau pukul brape train aku tu. Alih-alih dia kata "you go and ask the machine"..... 

Haaaaa boleh gitu? 

Fuh~ rasa macam rude pun ada mamat tu. Tapi negara orangkan. Takkan aku nak naik angin kat situ. 

Maka, aku amek keputusan aku akan amek the earliest train available untuk ke Füssen nih. Train dia ada banyak kekerapan. Takdelah runsing sangat. Plus, aku kalo boleh taknak sampai sana tengah hari. Rasa macam buang banyak masa lak. Dah la travel journey pun dah amek masa 2 jam nak sampaikan.

Off I go tomorrow morning! Train pagi tu jam 7:30 pagi tak silap. Terusla aku naik macam orang dah bersalah. Yela, dah ade tiket kan... ape nak risau. Tunjuk jela kalo ada pegawai yang datang check. 

Lebih kurang 30 minit train bergerak meninggal Munich. Datanglah beberapa pegawai train datang check tiket. Dengan yakin aku keluarkan tiket aku. Dan dan tu jugak pegawai wanita gemuk tu cakap kat aku 

"do you know what you just did?" 

"i don't know..." *blur*

"you are know suppose to ride this train. your ticket can only be used after 9am"

"errrrr..... how do i suppose to know the timing then?"

dengan muka sinis dia tunjuk waktu yang tertera kat tiket tu. clearly tunjuk pukul 9 pagi sampai 3 pagi esoknya. *faceplam* aku tak perasan okeh! 

"What should I do then?"

"U either get-off this train on the next station or you need to pay EUR55 for the ticket"

"It's ok then... I will wait for another train after 9 am"

Giler kau nak kene bayar EUR55 lagi. Mana nak cekau duit. Tak pasal-pasal kene jual diri nanti. Tu pun kalo laku la. Ahaks. So, aku turun la next station untuk tunggu the next train ke Füssen ni. Rupanya ada jugak 2 orang minah korean yang bersituasi sama macam aku. Tapi dorang macam tak friendly. Hurm.. ok takpe. So, aku tunggu la kat situ selama sejam tak silap aku untuk train sampai. Nasib baik awal lagi. Takde masalah bagi aku. 

Panjang mukadimah aku nih... Mesti takde sape yang baca hanya tengok gambar then komen "cantiknya". Nanti aku terus delete! Ahaks! 

Train yang dinantikan telah sampai. Lega aku... Let's go!

View menuju ke Füssen ni sememangnya cantik sebab dah menuju ke area pergunungan dah. Jangan tido tau...

Jom layan gambar bila dah dekat nak sampai ke stesen Füssen nih. 






Dahhhh sampai akhirnya! 

Kecik je stesen Füssen ni, kiranya penghujung railway. Untuk ke Neuschwanstein Castle ni tak susah pun, sebabnya kat sebelah stesen ketapi ni terus ada hentian bas untuk ke sana. 

Okeh ni nak bagitau. Tiket yang aku beli tadi berharga EUR23/return tu merupakan Bavaria Ticket.  Meaning boleh naik turun train dalam region Bavaria secara unlimited. 

Untuk more info boleh refer website ---> Bavaria Ticket 

Maka, aku naik bas tu pun FREE je sebab dah termasuk dalam Bavaria Ticket. Hanya perlu tunjukkan tiket tu sahaja kat driver bas tu. 

Perjalanan menuju ke istana tu adalah amek kira-kira dalam 10-15 minit gak. Bergantung kepada trafik. Jem jugak katanya.... Maybe sebab skang ni summer holiday kot. Ramai pelancong. 





Okeh dah sampaiii ke hentian bas yang sepatutnya. Dari kaki bukit memang dah nampak istana ni dari bawah.  Tersergah indahlah orang kata. Time ni, memang ramaiiiiiiiii gilerrrrr pelancong! Too touristy la orang kata. Yela, benda cantik mesti ramai yang datang nak tengok sendiri. Mainstream to be exact! 

But then... who cares? Hahaha 

Untuk naik sampai ke pintu istana, ada dua cara samada naik kereta kuda untuk sampai ke atas dan cara lain adalah berjalan kaki selama 30 minit untuk sampai ke atas tu. Nak naik atas tu tak mahal pun tak silap maybe less than EUR5/pax. Aku kurang pasti sebab aku naik turun memang guna kaki ni. Kudrat orang mudakan. Hiks. 

Tapi tak perlu risau sebab walaupun menapak naik atas, memang ada proper jalan. Plus, seronok sebenarnya sebab ramai lagi yang membuat benda yang sama. Tak kira, orang tua, ibu bapa, muda-mudi. So, ayuh menapak sambil membakar lemak-lemak tepu nih. Jangan lupa sebotol air dalam beg untuk minum kalo penat nanti. 

dari bawah pun dah nampak istana nih

menuju ke atas

nampak tak orang beratur panjang tu untuk naik kereta kuda naik ke atas? usah berfeeling princess la kalo kene tunggu lama camni, bukannya kuda tu berlari pantas pun untuk naik ke atas

naik pulak sambil berhimpit camni

30 minit diperlukan untuk sampai ke atas, kalo jenis jalan laju maybe 15-20 minit dah sampai kot

Tips: Kalo berminat nak masuk ke dalam istana ni, mohon beli tiket ketika anda berada dibawah lagi ye. Kerana bila dah sampai kat depan istana, tidak akan ada kaunter tiket untuk masuk. 

Tips ni turut ada dalam website rasmi ---> Ticket Purchase 

Tips ni actually aku tak tau sampailah aku dah sampai ke puncak tu. Maka, aku tak masuk ler dalam tu tengok rupa sebenar ruangan dalam tu. Takpelah janji dah sampai. Eceh... ayat nak sedapkan hati sendiri. 

Hohenschwangau Castle - the childhood residence of King Ludwig II tapi macam dah diovershadow oleh Neuschwastein Castle dah

perjalanan menuju ke atas

view bila dah sampai kat resting point, tak jauh dari pintu masuk istana dah ni, indah bukan?

zoom skit

Kalo time ni dah sakit kaki ke ape, boleh la berehat seketika, ada macam kedai jual roti, souvenirs, toilet dan beberapa kedai sebelum jejalan lebih dalam kat situ. 



Sebelum aku bercerita lebih panjang dan kasik tengok gambar lagi banyak, rasanya lebih afdhol kalo aku ceritakan sedikit sebanyak trivia pasal istana ni. Maybe certain tu kita semua dah tau. Maybe ada lagi yang taktau. Ni pun aku baca-baca skit before pegi aritu. Saje nak share-share ler...

  • sebuah istana pada kurun-19 yang ciri-ciri Romanesque Revival
  • dibina dengan harta King Ludwig II sendiri (buat loan weh) tanpa menggunakan public funds
  • pada asalnya digunakan untuk kegunaan sendiri tapi dibuka untuk tatapan umum setelah kematiannya pada tahun 1886. 
  • lebih 61 juta pelancong yang sudah melawat istana ni sejak ianya dibuka.
  • merupakan inspirasi buat Walt Disney untuk membina istana buat the Sleeping Beauty.
kalo nak cerita panjang, penatlah jari-jemari aku ni nak menaipkan. 

Maka, boleh la baca kat wikipedia ---> HERE 

Actually, bila aku duk baca pasal sejarah istana ni. Ianya agak menarik apabila raja ni sanggup berhutang sampai berjuta-juta euro untuk menyiapkan istana ni, tapi sampai kematiannya pun istana ni far from complete. Tapi demi untuk membayar segala hutang piutang untuk membayar balik, mereka yang berkenaan telah membuka istana untuk orang awam secara berbayar. Beli tiket ler untuk masuk. 

Ada certain area inside the castle managed to be completed. Some of them are still under construction. Anyway, such a beauty kan...

Anyway, untuk pergi ke tempat viewing point yang slalu orang amek gambar tu, kene pegi ke Marienbrücke (Mary's Bridge) lak. Kene jalan skit dalam lebih kurang 10 minit camtu je untuk sampai untuk dapatkan view the boom la orang kata...

view menuju ke Marienbrücke (Mary's Bridge)

jalan yang elok je

anak mat salleh yang comel
Apa tunggu lagi... layan gambar jela ekkk...

Time ni, memang ramaiiiii orang atas bridge tu, sampai ada satu ketika aku macam takut duk atas jambatan tu sebab takut berselisih dengan manusia kat atas tu then kamera ataupun handphone aku terjatuh dalam gaung tu. Fuhhhh~ nangis tak berlagu kang. 









Takleh lama-lama atas jambatan tu, sebab aku gayat! Hahahah... kene la patah balikkan. 

Then, terusla ke pintu istana tu walaupun tak dapat masuk. Nak tengokla bagaimana rupanya. 




Agak-agak dah takleh buat ape dah, eloklah aku turun semula ke bawah. Perut pun macam dah lapar skit. Ingat nak pegi ke pekan Fussen tu kot-kot la ada kedai makan yang boleh terjah untuk makan. 




Banyak kedai yang ada tapi tak hati ni macam tak yakin. Takde jumpa lak kedai makan yang halal kat sini. So, aku yakinkan diri untuk masuk satu kedai asian ni. Ada menu tengok ikan sweet and sour with rice. Order yang tu jela. Beserta apple juice. Sedap sungguh! Maybe sebab dah lama tak makan nasik kot. 


Usai makan tu, teruslah aku balik semula ke Munich. Sebab ada satu tempat lagi aku nak terjah kalo sempat. Dalam duk tunggu train tu, sempat gakla aku tertido atas bangku kat train station tu. Nasib tak berdengkur je. Bangun bukak mata, tengok kat station dah penuh dengan penumpang. Ahaks. 

Okeh nanti sambung. 

Till then...

Bye!

28 comments:

  1. Ya Allah, ramainya ummah manusia bro.... JZKKK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn! Ramai giler! jzkk sbb sudi singgah ^_^

      Delete
  2. cantik sangat gambar2
    thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaa ..ahaks. ..
    €55 mak ai mahal nya. .baiklah tunggu pukul 9 kan. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ^_^

      Tula, tggu jela pukul9. Mmg x sanggup nk bayar sampai eur55 tu. Huk huk huk

      Delete
  4. Thank you, Thank you John. Ini lah yang di tunggu-tunggu. Nak pensan tengok gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius.. I keep on coming back for this. Lutut dah start goyang ni sebab excited

      Delete
  5. Sorry dik yer..hakak baca dah belek setiap huruf yang awak tulis yer..
    Siap gelak mengekek sorg2 kat opis ni..hehe

    Kalau hakak muda belia lagi..akak berangan la jadi puteri kat istana tuh.
    Tapi atas faktor umur yg tak mengizinkan..akak berangan jadi tukang masak puteri dah la..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sbb sudi baca akak. Jgn gelak kuat2 sgt kang boss dengar :p

      Jgn la jdk tukang masak puteri. Aim higher cth jdk ratu ke? Ahaks. Dh nk jdk puteri takleh kan.

      Delete
  6. Cantik! *jap ada sambungan jangan delete dulu*

    Hahaha oi jangan bias ngan komen feminat!

    Haritu ada orang tanya aku, si John xgi ke istana fairy tale kat German tu sementelaah dia kat Europe. Gitukan soalan macam aku ni PA ko. Dah ada entry ni senang aku link kan.

    Btw, orang muda kena menapak naik demi untuk bakar lemak berkilo2 gak. And noted pasal beli tix kat bawah tu. Rugi ko xmasuk so ayat penyedap ko 'janji dah sampai' tu xleh pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haipppp! tak delete haih. dont worry k ;)

      amboihhhh ko nak ke jadik PA tak bergaji aku nih? ahaks. yela, aku pun gigih la menapak. ade la keluar peluh skit-skit tak banyak pun.

      nnt kalo ko pegi, aku mohon ko masuk okeh. nnt share gambar banyak2 nanti.

      Delete
  7. picture semua awesome ;) bilalah dpt pi sini

    ReplyDelete
  8. Cantiknyaaaa!!

    Jangan delete, saya baca semua. :) Language barrier teruk tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.

      takde masalah bahasa sbb english digunakan meluas kat sana. dont worry. ;)

      Delete
  9. John, tiket ni kalo beli kat kaunter ada extra caj....sbb tu dia tak nak layan....tp blh pulak dia suh gi tanya mesin tu....hahahahah mmg sgt rude okay...*sambung gelak*

    Actually ada bas mini naik sampai kat bridge....then dari bridge tu jln kaki smpi pintu istana....tp mmg kena q jugak utk naik bas...kalo jln dgn kaki sendiri mesti terserempak dgn bhn buangan dari kuda2 kan? Errrkkkkk bersilat kejap nak mengelak....hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh yeke ade extra charge tak tau la pulak. tp mmg plan nak beli kt kaunter tp bila tgk kene bratur panjang tu, malas la. tu terus beli kt mesin je. hiks.

      laaa tu bas shuttle ke? aku ingatkan bas macam persiaran tu sbb nmpk yg turun naik semuanya yg jenis tour pakai pakej. gud info. thank you.

      yang taik kuda tu takyah ckp ler, mmg ada betompok2 haaaa atas jalan tu. hahaha.

      Delete
  10. oii mak ooi penuh giler kat atas bridge tu sampai berlaga2 bontot kekdahnye, masa iols gi thn 2010 takler seramai tu. sakan la dpt posing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tau xpe. yang ramai tu maybe sbb summer holiday kot. tu yg pakat2 duk keluar jejalan. maybe musim lain tak lah seramai camni.

      Delete
  11. My favourite place in the world. Rasa nak repeat lagi.... Masa jalan kat jambatan tu tak gayat, tapi bila tengok gambar, baru perasan tinggi rupanya. Pekan Alstadt tu cantik kan? Sampai sekarang terbau bratwurst....bau sedap tapi semestinya tak halal hehe....Tak turun jalan kat bawah jambatan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh sampai mcm tu skali. yupp actually aku mmg gayat bila duk atas jambatan tu sbb tinggi kan. alamakkk taktau la aku ape tu bratwurst. hiks. kene check balik la mcm ni.

      Delete
  12. aku dah pegi. nanges jalan kaki nak tgk istana tu sbb jalan membukit. sbb gemok kan haha stamina takde. yg penting sampai. tapi tak sempat pegi bridge tu sbb xtau pun. cuma nampak la dari neushwanstein tu. mampu tgk dari jauh je la. heheh tp sbb aku g tu hujung tahun, winter time, makanye, boleh la nampak org skiing semua.

    owh meriah pekan Fussen tu masa ko pegi. masa aku pegi tu, sunyi aje. maybe sebab semua duduk dalam kedai kot sebab sejuk. hehehe aku bawa bekal. so merasa la makan nasik goreng depan tasik tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tauu takpe! kalo takde stamina agak semput gakla. that's why kene jalan slow2 tp lambat la skit nak sampai atas tu kan. ahaks. kalo cuba bayangkan kalo winter mesti lg cun dgn putihhhh salji je semua.

      Delete
  13. tergelak bila sampai bab " u go and ask the machine" hahaha... anyway, bila gambar berbicara mmg speechless lah, mmg tererlah John ambik picture :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks! saya pun speechless bila kene camtu kat kaunter. terus berlalu pergi la org kata. ahaks. thank you~ ;))

      Delete
  14. Cerita yg sungguh indah dengan gambar2 yg super nice... Kedai makan Halal kt Pekan Fussen Tu nama ape bro ? kedai Turki ke Indian ?

    ReplyDelete